Jun
2013

Sinopsis Drama Demi Dia ( Slot Akasia TV3 )

Drama Demi Dia akan mula di tayangkan pada 3 julai , jika tiada aral melintang kata penerbit. Drama Demi Dia ini bersiran setiap jam 7.00pm dalam slot akasia di tv3 semestinya. Siapa peminat drama tv3 pasti ternanti-nanti episod drama seterusnya betul tak ? Bulan puasa ini kita akan di sajikan dengan drama berunsurkan keagamaan juga tetapi dalam slot samarinda dengan tajuk Ramadan yang hilang.

Drama-Demi-Dia-Akasia-TV3

Sinopsis Demi Dia

  • Di katakan sebelum ini mereka ingin meletakkan tajuk asal Diari Azura dan di ilhamkan oleh filem Azura 2012.
  • 24 Episod.
  • Terbitan dari Acemotion.
  • Para pelakon: Zoey Rahman,Elfira Loy, Amar Baharin,Dynas Mokhtar,Ucop Wilca,Erma Fatima,Niena Baharun dan ramai lagi.
  • Lokasi pengambaran nya sangat menarik di Jerman sana.

Drama Demi Dia Akasia TV3 ini mengisahkan tentang Zack, seorang lelaki kaya tetapi tidak pandai berdikari dalam hidupnya. Tan Sri Puteh (bapa Zack) menentang Perkahwinan Zack dengan Azura, ini kerana Bapa Zack menganggap bahawa Zack tidak mampu untuk menjadi ketua dalam keluarga. Walaubagaimanapun Tan Sri Puteh akur dan terpaksa bersetuju, tetapi dengan satu syarat, Zack harus menghabiskan dahulu pelajarannya, dan Zack akur.

Atas arahan Tan Sri Puteh (bapa Zack), Wanda (kakak tiri Zack) diarahkan cuba untuk memisahkan Zack dan Azura secara perlahan-lahan. Wanda telah mengupah Shiela untuk menjadi dalang perpisahan Zack dan Azura. Percintaan zack dan Azura diduga. Zack kemalangan dan memorinya bersama Azura hilang. Azura cuba mengembalikan ingatan Zack namun campur tangan Wanda dan Shiela memusnahkan segalanya. Azura kehilangan Zack. Sikap Mak Su (ibu saudara Azura) yang terlalu obses dengan wang menyebabkan Mak Su hampir menghancurkan anak saudaranya… SUMBER SINOPSIS : Yanmionline.com.

Tak sabar tunggu episod akhir teduhan kasih yang meroyan tu .. dan sama-sama nantikan drama Demi Dia muncul di kaca tv anda.  :)

Search

5 thoughts on “Sinopsis Drama Demi Dia ( Slot Akasia TV3 )

  1. Pingback: Sinopsis Drama kampung girl ! adaptasi novel oleh Umi Kalsom ( Slot zehra tv3) | ~ Ini lah FaMiLi @ Puanbee.com ~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge