( Sinopsis Drama ) Dejavu Di Kinabalu Slot Akasia TV3

Salam … Dejavu di kinabalu macam pernah tengok je rasanya , bukan saya cakap ..tetapi si kakak yang cakap , mesti dia terbayang drama lepas di mana Akashah berlakon kan.. Tapi Dejavu di kinabalu ni nampak best juga. Tengah menonton hari ni episod 3 . Jangan ketinggalan untuk menyaksikan DEJAVU DI KINABALU menerusi slot Akasia mulai 18 Jun 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam TV3

Sinopsis dejavu di kinabalu TV3

KEABADIAN CINTA INARA TERSEMADI DI JIWA NADIRA

Kehilangan dan kekosongan dalam hati Ammar masih terasa walaupun insan yang tercinta sudah 3 tahun meninggalkannya. Mungkinkah ini hanya satu kebetulan ataupun takdir apabila dipertemukan dengan Nadira yang mempunyai ciri-ciri sama seperti arwah tunangnya? Perasaan dejavu yang dirasai setiap kali mereka berjumpa telah mewujudkan satu ikatan yang istimewa antara Ammar dan Nadira.

sinopsis drama dejavu d kinabalu slot akasis

pelakon drama dejavu di kinabalu – budiey

Mengisahkan kehidupan Nadira selepas pemindahan jantung, tanpa disedari dia juga menerima sebahagian sifat-sifat penderma tersebut. Takdir menemukan Nadira dengan Ammar, teman lelaki kepada penderma jantung tersebut. Pertemuan pertama di KLIA antara Ammar yang baru pulang dari Australia dengan Nadira yang hendak bercuti ke Kundasang, Sabah telah membawa seribu satu kisah.

Kaki Nadira tercedera ketika bergegas untuk bertemu dengan kawannya, Yuzra. Nadira telah jatuh di hadapan Ammar. Ammar terpaksa membantu Nadira membeli kasut baru dan membalut kakinya. Ketika bersama dengan Nadira, wujud satu perasaan yang sukar dijelaskan dalam hati Ammar kerana perwatakan Nadira yang mirip kepada arwah tunangnya, Inara.

Ammar dan Nadira berada dalam pesawat yang sama menuju ke Kundasang Sabah. Ammar pulang ke Malaysia untuk membantu sahabat baiknya, Zahir, seorang pemilik syarikat perekaan dalaman yang akan mengendalikan sebuah projek di Sabah. Ammar sendiri tidak pasti apakah kepulangannya dengan satu jiwa baru ataupun Inara masih kuat bertakhta di hatinya. Kundasang Sabah seindah kisah cinta Ammar dengan Inara, di situ berseminya cinta mereka dan di situ juga bersemadinya tubuh seorang gadis yang amat dicintainya. Cinta itu terlalu indah buat Ammar dan tidak semudah itu Inara dapat dibuang dari hatinya.

Yang pasti pertemuan antara Ammar dan Nadira membawa satu perasaan dejavu yang luar biasa. Ammar tidak pernah mahu mencintai sesiapa walaupun Inara sudah meninggal dunia pada 3 tahun lalu. Bagi Ammar, cinta buat Inara adalah pertama dan terakhir. Ammar dan Nadira bertemu sekali lagi di Kudansang apabila Nadira yang asyik mengambil gambar terjatuh dalam gaung. Mereka berdua gagal naik ke atas kerana hari sudah lewat petang dan terpaksa bermalam di situ.

Selepas pulang ke Kuala Lumpur, Nadira dan Ammar berjumpa sekali lagi. Mereka akan bekerjasama atas projek pengubahsuaian Hotel Vila milik keluarga Bazli iaitu tunang kepada Nadira. Nadira dan Ammar selalu berjumpa atas urusan kerja. Mereka cepat mesra kerana mempunyai banyak persamaan dalam perbincangan untuk projek tersebut. Ammar gagal mengawal perasaan dan telah meluahkan isi hatinya kepada Nadira. Kakak Nadira, Uzra yang sangat menyukai Ammar telah mengetahui kaitan arwah tunang Ammar dengan adiknya tetapi dia memilih untuk tidak memberitahu sesiapa.

Benarkah cinta Ammar untuk Nadira atau sebenarnya hanya untuk Inara? Apakah kesudahan bagi cinta tiga segi antara Ammar, Nadira dan Bazli  ?

SUMBER : Budiey.com – banyak lagi gambar menarik di sana

Search

Comments

  1. With havin so much content and articles do you ever run into any problems
    of plagorism or copyright infringement? My blog has a lot of exclusive content
    I’ve either authored myself or outsourced but it seems a lot of it is popping it
    up all over the internet without my authorization.

    Do you know any ways to help reduce content from being stolen?
    I’d really appreciate it.
    website recently posted..websiteMy Profile

  2. saya tengah layan cerita ni …best la drama ni :)
    kimmie recently posted..Butterfly : Dejavu di KinabaluMy Profile

  3. erkkk macam sinopsis cerita korea, “summer scent” je….
    padin recently posted..Sukan MARA vs Audit ISOMy Profile

  4. ada tiz zakiah. mesti ramai tengok ni..
    titan recently posted..Eyriqazz vs DenaihatiMy Profile

  5. Myra setakat ni tak miss lagi citer ni ;)
    Myra Jay recently posted..Punca Trafik mencanakMy Profile

  6. jalan citer menarik..
    Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Hadiah Hari Guru 2012 ;)My Profile

  7. peminat tegar akasia ni :D
    sweetkurma recently posted..kuasa cinta….!My Profile

  8. ssh cinta bersegi2 ni..huhu
    Jebeng Otai™ recently posted..Google Snippets : Ubahsuai Tema Genesis 1.71My Profile

Trackbacks

  1. [...] oleh puanbee Tiada Komen Drama kau yang terindah adalah drama yang akan menggantikan drama Deejavu di kinabalu.Sinopsis kau yang terindah telah tersebar di blog-blog namun tiada promo yang sebenarnya di [...]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

Hakcipta Terpelihara · PuanBee.com · Diselia dan diselenggara oleh AI MEDIA NETWORK
%d bloggers like this: