Sinopsis Drama Cinta Buat Emelda Akasia Tv3

Mari sini tengok Sinopsis Cinta Buat Emelda pula , satu drama baru dalam slot Akasia TV3 , Pernah tak baca entry saya yang lepas, tentang drama yang akan mengantikan drama Atas nama cinta , sebelum ni saya entry kan Drama seindah sakura arahan Zul Huzaimy akan mengantikan drama Atas nama cinta , tapi sebaliknya berlaku drama Cinta buat emalda ini yang akan di tayangkan dahulu.. mungkin ada sebab kenapa TV3 menunda penyiaran drama Seindah Sakura tersebut , saya tak sabar tunggu drama arahan Zul Huzaimy tu.

Tapi tak mengapa lah , bagi saya mana-mana je , kalau drama tu sedap saya tengok sampai habis , kalau tak sedap, buat-buat lupa je drama tersebut. Kali ni sinopsis drama Cinta buat emelda pulak ye .. layan ..

cinta buat emelda poster

Sinopsis Cinta Buat Emelda

Emelda sama sekali tidak menduga begini lipatan takdir yang dijanjikan untuknya. Namun dia tetap pasrah dan reda dengan setiap ujian yang datang. Yakin… Sesukar mana pun perjalanan hidup, masih ada keindahan dan kemanisan yang akan dikecapi. Lantaran itu, dia rela bila melihat derita yang ditanggung oleh si kakak.

Jika inilah yang dinamakan pengorbanan, dia tahu dia telah melakukan pengorbanan yang tidak ternilai harganya. Masa depan dan harga diri! Namun, apa pilihan yang dia ada? “Tapi… dalam hidup ini tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apa lagi bila melibatkan perasaan orang lain.” Akur dengan kata-kata itulah, Emelda akhirnya rela memperjudikan nasib bersama Aril Fatah. Meskipun saat memandang wajah itu tidak ubah seperti melihat kertas putih. Tapi demi Atiea dan Dania, dia tetap mencuba sedaya yang boleh.

Walaupun dia tahu, bila kebenaran terbongkar, dia yang akan karam sendiri! “Benarkah perkahwinan tanpa cinta itu teguhnya seperti sebuah istana pasir? Diusik ombak, pasti akan goyang. Apatah lagi jika gelombang yang tiada taranya.” Lantas hati kecil Emelda bertanya, “Inikah balasan atas pengorbanan yang kulakukan selama bertahun-tahun ini?” Sedangkan dalam waktu yang sama, Aril Fatah leka memikirkan kata-kata tulus Hakimi yang lebih kepada cabaran. “Kalau benar sayang, berusahalah untuk mendapatkan cintanya!”

Jadi kepada semua, jangan lupa saksikan Cinta Buat Emelda keluaran Metrowealth yang akan menemui anda menerusi slot Akasia, TV3 pada Febuari ini pada pukul 7.00-8.00 malam setiap hari Isnin-Khamis. Untuk pengetahuan semua drama Cinta Buat Emelda ini diadaptasi dari novel Kasih Antara Kita oleh Aleya Aneesa. Nantikan….
Mungkin akan ditayangkan selepas tamat drama.

Sumber : CTHOney

Para pelakon Cinta Buat Emelda :

Almy Nadia, Rabecca Nur Al-Islam, Erry Putra, Fizo Omar, Alex Yanz, Mustapha Kamal, Amran Ismail, Aida Khalida, Nuremy Ramli, Diana Amir, Shima Anuar, Kamal Faridz, Uncle Amin termasuklah pelakon cilik yang kecik dan comel, Mia Sara Nasuha dan Rykal Iskandar kepada anda semua dan ramai lagi.

18 Comments

  1. lennysha 24 March 2013 Reply
  2. wakron 29 March 2012 Reply
  3. kimmie 14 March 2012 Reply
  4. Adibah 11 March 2012 Reply
  5. Ummi Hanie 11 March 2012 Reply
  6. kakyong 10 March 2012 Reply
  7. maya mustwany 10 March 2012 Reply
  8. Juan 10 March 2012 Reply
  9. Rina As 10 March 2012 Reply
    • Juan 10 March 2012 Reply
  10. budakserius 9 March 2012 Reply
    • Juan 10 March 2012 Reply
  11. ummiross 9 March 2012 Reply
    • Juan 10 March 2012 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.