Sinopsis Drama Bunga Bunga Syurga TV3

Share

Drama bunga bunga syurga adalah penganti drama Dingin Lavende dalam slot zehra TV3. Waktu siaran adalah jumaat pada jam 9 malam. Sebanyak 13 episod di persembahkan bagi drama bunga bunga sakura ini.Sinopsis Drama Bunga Bunga Syurga panjangnyaaa fuhhh layan .. tak pernah jumpa sinopsis panjang gini.  Baca sinopsis ni memang menarik dan tertarik , lakonan Johan tu pastinya dapat menambah rasa siyokk nak layan drama ni ye tak ?

bunga bunga syurga tonton

bunga bunga syurga poster

Drama ini mengisahkan tentang perjuangan seorang pemuda dalam memberi pendidikan agama kepada kanak-kanak dan menyelamatkan kehidupan tiga anak yatim piatu yang dipelihara oleh ibu saudaranya yang kejam selepas ibubapa mereka mati dibunuh. Emilia (Eyka Farhana), 17, Nadia (Eira Hazali), 13 dan Haziq (Daniel Hakim), 12, terpaksa diserahkan kepada bapa saudara mereka, Azmin (Hilal Azman), selepas ibubapa mereka, Imran dan Mira mati dibunuh. Kematian Imran dan Mira masih misteri walaupun kes sudah bertahun berlalu.

Bapa saudara mereka, Azmin sanggup menerima amanah untuk memelihara anak-anak saudaranya tetapi isterinya, Baidah (Rozita Che Wan) berasa terpaksa. Apabila Baidah mengetahui Emilia, Nadia dan Haziq mewarisi harta jutaan ringgit, barulah dia tersenyum untuk menerima kedatangan mereka. Bagaimanapun Azmin mengkhianati amanah tersebut apabila memakan sebahagian daripada harta anak-anak yatim itu kerana hasutan Baidah. Baidah tidak pernah puas dengan apa yang dimilikinya, dia memaksa Azmin mengambil lagi walaupun Azmin tidak berani kerana peguam mula mengesyaki pengeluaran wang yang berlebihan.

Dalam satu pertengkaran, Azmin ditembak oleh Baidah menyebabkan dia lumpuh. Sewaktu lumpuh, Azmin sering bermimpi perkara-perkara buruk seperti dibakar dalam api neraka, meminum darah busuk dan banyak lagi. Ini membuatkan Azmin mula insaf akan perbuatannya dan kembali ke jalan Allah s.w.t. Dia juga enggan menandatangani borang pengeluaran wang yang diminta oleh Baidah. Baidah yang marah pada waktu itu telah menolak kerusi roda Azmin menyebabkan Azmin terjatuh.

Namun kepulangan anak kedua Azmin, Aiman (Johan As’ari) selepas tamat pengajian di Australia memberi sinar harapan buat Emilia, Nadia dan Haziq. Aiman pulang ketika Baidah dan kakak Aiman, Zila (Bea Rameshan) sedang menyeksa mereka bertiga. Aiman bertindak membawa ketiga-tiga anak ini keluar dari rumah tersebut. Walaupun menuntut dalam bidang perakaunan, Aiman banyak menimba ilmu agama di madrasah pengajian Islam di Australia. Aiman mula mengadakan kelas tuisyen dan menghafaz al-Quran bagi pelajar yang berhampiran dengan rumahnya.

bunga bunga syurga sinopsis
gambar kredit pada : anamarzablog.com

Atas bantuan Haji Halim (Dato’ Eizlan Yusof), Aiman pergi ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan tauliah dari Jabatan Agama bagi meneruskan kelas hafazannya. Haji Halim banyak menceritakan tentang anaknya, Shaffiyah yang terpaksa bekerja di bandar untuk membantu membiayai pusat pengajiannya. Haji Halim menceritakan sahsiah Shaffiyah sebagai gadis baik dan pandai mengaji. Bagaimanapun, apabila melihat gambar Shaffiyah, Aiman terkejut kerana Shaffiyah adalah Sofia (Wawa Zainal), perempuan simpanan bapanya, Azmin.

Sofia enggan pulang ke kampung kerana malu dan dihantui rasa bersalah dengan bapanya. Oleh kerana dendam yang menebal, Zila bertindak mencederakan Sofia sehingga Sofia terpaksa menerima rawatan selama sebulan di hospital. Haji Halim membawa Sofia pulang walaupun masih lemah dan memerlukan masa untuk Sofia sembuh sepenuhnya. Pertemuan di surau mengejutkan Sofia kerana Aiman tidak pernah membangkitkan tentang hubungan Sofia dengan bapanya. Akhirnya, Sofia sendiri menceritakan kepada Aiman bagaimana hubungan sulit itu terjadi.

Aiman mahu Sofia berterus-terang tentang perkara sebenar kepada bapanya walaupun Sofia cuba untuk terus merahsiakannya. Apakah yang berlaku seterusnya setelah Haji Halim mengetahui hal sebenar? Apa pula yang bakal dilakukan oleh Baidah dan Zila untuk menuntut ‘hak’ mereka?

Saksikan barisan pelakon, Johan As’ari, Wawa Zainal, Hilal Azman, Rozita Che Wan, Bea Rameshan, Eyka Farhana, Eira Hazali, Daniel Hakim, Dato’ Eizlan Yusof dan ramai lagi dalam Bunga-Bunga Syurga di slot zehra, setiap hari Jumaat jam 9.00malam bermula 9 Mac ini.

Sumber sinopsis : TV3.com.my

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

15 Comments:

  1. Wah! tajuk Bunga-Bunga Syurga ni macam tajuk lagu “Bunga-Bunga Cinta” yang pernah hot carta dulu. Drama melayu kini harap semakin diminati ramai… =)

  2. Pingback: Bunga bunga syurga selitkan kisah anak yatim | Puanbee Blog

  3. ada rozita che wan , pelaris drama tu… wawa zainal plak pelakon baru yg sdgn naik namanya…same juge dgn Johan…

    nis ade tgk sikit2 , boleh thn best juge 😉

  4. maya mustwany

    yes,jalan citer macam best ni.semalam tengok memang best gak. jaat cik ta dalam citer ni.suka tgk wawa zainal..comel je.

  5. mcm best jer citer nih

  6. oh ada tengok iklannya dah

  7. citer pe plak ni?? tak tengok lagi… malam ni ada ke?

  8. dr sinopsis mmg best..mmg panjanglah sinopsisnya hehe

  9. mesti tonton ni..mesti best 😉

  10. Laku betul Johan ni sekarang, drama byk keluar muka dia je..ini dinamakan rezeki.

  11. malam ni start drama baru ni….ada Johan la…cam best utk ditonton je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *