Sinopsis Bini – Bini Perkasa

Sinopsis Bini – Bini Perkasa

sinopsis drama bini - bini perkasa
Poster drama bini-bini perkasa

Dah tengok drama Bini-bini Perkasa ni ? alahai kelakar boleh tahan lah. Tengok episod pertama je dah rasa kelakar ya amat , so boleh lah layan hingga ke akhirnya , lagi pun memang suka dengan Yana Samsudin tu.

Drama Bini-bini Perkasa di adaptasikan dari filem Bini-bini Ku Gegster di tayangkan mulai 3 september , setiap isnin 9 malam , dalam Slot Aksi TV3. Drama bersiri 13 episod ini diterbitkan oleh MIG Production.

Sinopsis drama Bini-bini Perkasa

Mengisahkan tentang Manja (Yana Samsudin) yang terpaksa menolak lamaran Hairi (Fezrul Khan) kerana berasal dari keluarga gangster. Berkat usaha adik Manja, Eddie (Nizam Zaidi), akhirnya Manja dan Hairi berbaik semula dan berkahwin. Rumah tangga mereka mula bergolak apabila Din Unta (Fadzil Zahari) cuba membunuh ayah Manja untuk merampas kuasa. Manja terpaksa campur tangan.

Dari dulu Manja tidak suka dengan pekerjaan serta cara hidup ayahnya. Dia telah meninggalkan keluarganya dan membuka kedai bunga. Namun, atas amanat arwah ibunya, Manja bersetuju untuk kembali ke pangkuan keluarga demi menjaga ayah dan adik lelakinya, Eddie. Manja sering menyerahkan semua tugas kepada adiknya tetapi Eddie merupakan seorang lelaki yang berjiwa sensitif dan mudah tersentuh hatinya. Oleh itu, Manja terpaksa bertindak sebagai ketua dan bersiap sedia menentang musuh ayah dan adiknya.

Selepas ayah Manja diserang oleh Din Unta sehingga mengakibatkan dia koma, Manja bukan sahaja perlu berdepan dengan pelbagai masalah yang dicetuskan oleh Din Unta tetapi juga kemelut rumah tangganya apabila Hairi tidak memahami keadaannya. Hairi bersikap dingin terhadap Manja kerana kecewa dengan penglibatan Manja dalam kegiatan gangster dan juga kemungkinan yang Manja mandul.

Demi cintanya pada Hairi, Manja telah melamar Riana (Intan Ladyana) untuk menjadi isteri kedua kepada suaminya. Manja berharap Riana mampu memberi zuriat kepada Hairi, sekaligus menyelamatkan kemelut perkahwinan mereka.

Riana yang berperwatakan lembut merupakan seorang feminis yang selalu mahu membuktikan kemampuan dirinya yang boleh bersaing dengan abangnya, Ringgo. Riana menganggap ayahnya lebih menyayangi anak lelaki dan tidak mempercayai kebolehannya. Apa yang Riana tidak tahu adalah sebenarnya ayahnya terlibat dalam kegiatan gangster dan merupakan musuh ketat kepada ayah Manja. Riana yang pada mulanya menurut arahan ayahnya untuk mendekati Hairi akhirnya jatuh hati dengan sikap penyayang Hairi.

Din Unta mula goyah dengan pengaruh Manja dan semakin terdesak untuk menghapuskannya. Akhirnya, Din Unta bersubahat dengan Ringgo untuk menculik Hairi. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Jangan ketinggalan untuk menyaksikan “Bini-Bini Perkasa” menerusi slot Aksi, bermula 3 September 2012 setiap hari Isnin jam 9.00 malam bagi mengetahui kesudahannya.

Sumber : http://www.tv3.com.my

Jika terlepas tengok drama ni boleh tengok melalui tonton . Pelakon Bini – bini Perkasa ialah Yana Samsudin dan Intan Ladyana serta menampilkan pelakon-pelakon popular seperti Fezrul Khan, Fadzil Zahari, Nizam Zaidi, Alex Yanz, Epy, Along Ezendy, Zul Suphian, Ruzaidi Abd Rahman, Zaidi Omar dan Afira Liyana.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

10 Comments

  1. filem n drama tue xpernah tgk..blk kerja letih tidur awl mlmnya…xsmpt sgt nk tgk tv..huk3

  2. bini2ku gengster pun x tgk lg….

    mula2 igtkn bini2 perkasa ni filem jugak, ropa2nya drama bersiri…

  3. dah tengok dah cerita ni. Boleh tahan juga. tapi tak dapat kot nak sambung tengok dah , nak masuk belajar balik .

  4. Hehehe..memang sedap cerita ni puanbee..sy tak lepas peluang sokmo..tengok dan terus setia..sedap dan kelakar..kalau dapat bini mcm ni, dah lama suruh kije bodyguard..hahaha

  5. tak tgk pun lg.. hik3
    nantilah kalau ada mood nak tgk pelakon yg sama
    baru aku ON..

  6. Aku ade tengok slot aksi ni…tapi…takde chance orang rumah pilih korea…hu..hu..sabar jer lah…!

  7. kalau SAM jadi hero lagi best kot.. hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *