Sinopsis Bella Calamidades TV3

Yuhuu telenovela baru akan muncul di TV3 , saya suka telenovela dari Asia dan Amerika Latin seperti MARIMAR, “SHE – WOLF, The Last Sentinel” & Stairway To Heaven (Filipina), THANK YOU (Korea), STRIVING FOR A SUN (Thailand), LALOLA dan MARINA (Sepanyol). Suka .. seperti yang semua orang tahu kaum hawa suka drama berbentuk romantis dan sarat dengan emosi yang menampilkan gandingan wanita jelita dan jejaka tampan? Formula berkesan kata TV3 kan kan kan..

Selepas tamat Marimar nanti akan muncul lah telenovela Bella Calamidades di TV3 , sebanyak 140 episod pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 3.00petang. Wow ! 140 episod mesti masuk bulan puasa ni , tak boleh layan sgt kot batal puasa kang …

BELLA CALAMIDADES Dalam bahasa sepanyol yang membawa maksud ‘si jelita bernasib malang’

Sinopsis

“BELLA CALAMIDADES” mengisahkan perjalanan hidup seorang anak yatim piatu, Dolores Lola Carrero (Danna Garcia) yang penuh dengan pelbagai rintangan sebelum keajaiban muncul menyelamatkan nasibnya yang malang. Sejak bapanya meninggal dunia, Lola terpaksa menumpang di rumah makciknya dan membesar tanpa kasih sayang. Malah, Lola sering diperlakukan sebagai seorang hamba dan tidak pernah menerima layanan baik daripada keluarga makciknya.

Malangnya, satu hari tragedi menimpa dan Lola melarikan diri pulang ke kampung halamannya setelah menganggap dirinya sebagai penyebab kepada kemalangan yang menimpa makciknya. Lola telah menyembunyikan diri dalam pondok kecil di sebuah tanah perkuburan yang terletak jauh daripada kawasan bandar.

Memandangkan penampilan Lola yang selekeh dan tidak terurus, penduduk di sana menganggapnya sebagai orang kurang siuman dan pembawa sial. Dia juga dituduh sebagai punca terjadinya beberapa insiden yang telah bertukar menjadi tragedi. Sedih dan kecewa dengan nasib, Lola benar-benar mengharapkan perubahan positif dalam hidupnya yang akan membawa kebahagiaan kepadanya.

Namun, semuanya bakal berubah dengan kemunculan jejaka tampan bernama Marcelo Machado (Segundo Cernadas)! Siapakah Marcelo sebenarnya dan bagaimanakah jejaka misteri ini bakal membantu menceriakan kembali kehidupan Lola yang suram selama ini?

Ok pelakonya saya tak kenal hahah… di samping menonton telenovela Bella Calamidades ini , penonton setia TV3 juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik menerusi Kuiz SMS Telenovela Bella Calamidades sepanjang telenovela ini keudara. Anda hanya perlu menaip BELLA dan hantarkan ke 33399 untuk mendaftar sebelum menjawab semua soalan dengan betul selepas setiap episod bagi mengumpul mata. Uniknya, setiap 2 minggu, pihak penganjur akan mengumumkan seorang pemenang yang telah berjaya mengumpulkan mata tertinggi berserta slogan terbaik untuk membawa pulang hadiah menarik seperti LCD TV, peti sejuk mini, ketuhar gelombang mikro dan macam-macam lagi.

Jangan lupa saksikan kisah cinta romantis Lola dan Marcelo dalam BELLA CALAMIDADES menerusi slot Telenovela mulai 19 Julai 2011, setiap Isnin hingga Khamis jam 3.00petang, hanya di TV3! Dan puanbee.com

erk ! ada ke di puanbee.com ni ? Saksikan Bella Calamidades di Tv3 19 Julai menggantikan telenovela Marimar. Tonton di tonton.com.my secara online , saya dah tengok .. boleh tahan best !

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

21 Comments:

  1. Pingback: Sinopsis Drama Endless Love TV3

  2. salam ziarah ;),dah hujung2 ni sy lyn kat tonton
    geram dgn marcelo,sekarang baru bertindak sebagai hero
    hehe

  3. sape tak tengok rugggggggiiiii

  4. ooo… inilah yang wife saya ceritakan tu..
    saya mmg tak follow cerita kat tv kecuali berita..

  5. nis pun suke tp ikotkn rase xsanggup jer nk follow lama2 … huwahhh ~ dolu2 masa belum bertenet ni igt lg , lepas satu , satu telenovela kulayan … filipina pun layan..korea jer xlayan … :p

  6. Ni ala2 Marimar jugak ni, dari gadis kampung yg selekeh bertukar cun melecun. Pelakon depa ni cantik2lah bee, yang tak tahan seksi bebeno,,hik!

  7. hero tak kacaklah.huhu tp apapun klu tgh keje terpaksa la melangut jugak tgok.kt umah kirim slm..:)

  8. dulu selalulah layan.. tapi sekarang dah tak cukup masa.. huhu..

    JOM BACA NI : MADAMMONDOQ DI MALAM GALA SIMPLYSITI

  9. taufiq arifin aka topimagine

    hehehe.. cam best je kak citer ne.. kalau leh aku shared la link video online yerk.. coz saya jarang dpat nengok tv 🙂

  10. wrizuan[dot]net

    wah seronok juga layan sinetron latin nie…heroin pun boleh tahan hiihi 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *