Sinopsis Adam Dan Hawa

adam dan hawa novel akan di jadikan drama bersiri

Adam dan hawa drama novel dan sinopsis drama adam dan hawa mengikut dari novel

Novel Adam dan Hawa akan di jadikan drama bersiri tidak lama lagi , para pelakon utama masih dalam pemilihan ,Selain novel adam dan hawa ada 6 lagi novel yang akan di adaptasi menjadi drama dan juga telefilem , 7 novel yang popular ni merupakan antara 10 novel terbitan Alaf 21 yang mencatat jualan tertinggi melebihi 80 000 unit. Mengenai pemilihan 7 novel ini semestinya berdasarkan populariti selain jalan cerita yang berbeza-beza, menarik dan sarat dengan pengajaran. 7 novel popular yang dimaksudkan antaranya Jauh, Manisnya Cinta, Kau Yang Satu, Tiada Yang Kedua, Kau Untukku, Bayangan Rindu serta Adam dan Hawa. Semuanya akan ditayangkan menerusi saluran Astro Warna dan Astro Citra. Nampaknya kalau nak tengok 7 cerita ni kenalah langgan pakej Mustika.(saya dah!).

Dalam semua 7 novel ini, 6 daripadanya akan diadaptasi kepada telefilem manakala yang satu lagi novel Adam dan Hawa akan diadaptasi kepada drama bersiri. Kumpulan indie Hujanakan menghasilkan lagu tema untuk drama ni nanti. Ada 3 novel Aisya Sofea dan 2 novel Anis Ayuni yang termasuk dalam list ni. Aisya Sofea dan Anis Ayuni merupakan Top 5 Novelis Popular Alaf 21

Sinopsis Adam Dan Hawa

AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah… Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.

Tapi tegarkah Ain Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi…

Tiba-tiba rasa nak baca novel semula lah , percaya tak dulu saya kaki novel lepas kahwin langsung tak sentuh novel , adakah terlebih bahagia sampai tak nak baca novel ? kehkehkeh , baru-baru ni pergi kedai buku tengok novel nora elena tu terasa nak beli aje .. novel ni pun nanti kalau jumpa nak beli lah hihi . mcm best je layan novel ni kan ..

so kalau korang nak beli klik sini laju-laju http://www.alaf21.com.my/prodDetails.asp?idpr=159

Search

Comments

  1. emm…heroin dah ada ( nadiya anis)…tp x brapa nk sesuai la dgn aaron..kecewa la pla..xda mood nk tgok heroin x cute

  2. sama la sy pun dulu kaki novel tp pas bersalin lgsung x sentuh..skang br nak berjinak balik..hehe..novel ni sy dah ada..sy pun teringin nak bc novel nora elena tuh..hehe

  3. baca novel masa sekolah je. time habis sekolah sekali ngan novel habis macam tu je

  4. baca novel niedah memang pencen sejak abis belajar smp skang..smpt dok baca novel k.mimi jer.haha..

    byk kan drama skang adaptasi novel.dah jadi fenomena plak…kutu jarang layan drama bersambung kt astro..

    alamak mustika pun tak langgan.keke..

  5. dah lama tak baca novel..

  6. haha, novel2 Alaf 21 memang top time saya kat asrama….tapi kene tunggu kawan recommend dulu baru baca…haha… dengarnya nanti novel2 ni ada yang jadi filem bagai….kelassss..

  7. cte nie best!hehe..sape la jd pelakon die kan..

  8. dah khatam novel ni masa kat sekolah dulu…. hahahahaha
    Fakarepain recently posted..AMIL ZAKAT DIREMAN POLIS UNTUK BANTU SIASATANMy Profile

  9. dh lama tk baca novel….nanti nk pi cari la novel terbaru Ramlee Awang Murshid…no akaun ALAF21 dh lupa…hmm…nk kena cari jap dlm kotak…
    syamila recently posted..Tahniah Terengganu dan Negeri Sembilan (N9)My Profile

  10. aku lak.. menjak benti keje ni jd hantu novel. ni pun… dah hampir 3 bulan tak beli novel huhuhu!!! sekarang tgh survey2 untuk stok dlm pantang nanti..

    novel kau untukku very tacing taw….
    :(
    kakngah recently posted..siaran langsung Final Piala MalaysiaMy Profile

  11. Salam,

    lama juga tak baca novel, dulu memang kaki novel jugak, mana2 tempat mesti nak bawa novel, sekarang ni nak pegang jangan harap, tu ha ada 2 novel beli time kawen sampai sekarang tak baca2 lagi, dah 5 tahun, apa tajuk novel tu pun akak dah lupa hahahhaa, ada je dalam kotak buku, adoiiii dah takde minat nak baca novel dah sekarang nie :)
    yanmie recently posted..Giveaway Yanmieonline.comMy Profile

Trackbacks

  1. [...] Sila klik untuk membaca sinopsis Novel Adam dan Hawa [...]

  2. [...] klik  Sinopsis Novel Adam dan Hawa [...]

  3. [...] Adam dan Hawa ( Sinopsis episod 1-4 ) 13/09/2012 oleh puanbee Tiada Komen TweetDrama Adam dan Hawa menjadi pujaan ramai wanita sekarang ni , saya sendiri menulis tentang drama Adam dan Hawa sejak bulan oktober 2011 lagi. Ramai orang menunggu kemunculan Adam dan Hawa. Special di blog puanbee.com ada sinopsis setiap episod. Seperti yang ramai orang tahu Adam dan Hawa adalah sebuah drama yang di adaptasikan dari Novel Adam dan Hawa , jadi marilah tengok sinopsis novel Adam dan Hawa. [...]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge