Sinki tersumbat ? Cara senang dan berkesan.

Sinki siapa buat hal pula kali ni ? kalau tak tersumbat tak kan korang sampai ke blog akak kan. Sinki tersumbat memang membuatkan para wanita dan ibu-ibu moody sepanjang hari. Saya paling rimas kalau sinki tu tak boleh di gunakan. Baru lagi ni , tengah tengah masak air dalam sinki bertakung. Terus stop masak dan kerjakan sinki tak sedap sampai azan maghrib. Berbuka puasa pun main jamah kurma je. Sambung lagi ngodek sinki sampai  5 pagi , sampai sahur ye. Tak tahan dah saya pun tidur. Lupa anak nak sekolah bagai. Nampak tak ? betapa penting nya sinki. sinki tersumbat

Tanya husband macam mana nak buat sinki tersumbat ni melalui whatsappp , dia tak balas-balas whatsapp tu , akhirnya update status di facebook le .. apa lagi .. Ada kawan mencadangkan cari asid untuk letak dalam sinki. Saya pun pergi lah beli RM20.90 sebotol kecil. Tapi cukup lah guna untuk sinki. Mula – mula buat nampak tak berjaya , sedih lah. Memang tak nak panggil orang datang repair , rumah tak ada orang lelaki. Kekok nak bagi orang tak kenal masuk dalam rumah. sinki tersumbat 2

Cara menggnakan asid untuk sinki tersumbat

  • Rupanya ada cara. Cara betul menggunakan asid ini adalah. Keringkan sinki dari sebarang air. Tuang serbuk asid ni betul betul ke dalam lubang. Biarkan seketika dalam 5-10 minit. Curahkan air panas selepas itu.

Saya pula mula mula tuang ke dalam sinki yang ada air. Lepas tu tak menjadi. Air bertakung je. Saya streesssss pergi lah baring dalam bilik. Lepas tu laila datang dia pujuk suruh masak pukul 5..  “ Uols bayangkan. ” Lepas tu saya cakap dekat laila. Macam mana nak masak sinki tak ok lagi. Laila lari kedapur , lepas tu datang balik. Ibu sinki dah ok. Dah tak dak air. Ya ampun masa tu rasa nak menjerit.

Dah 2 hari ngodek sinki tak berjaya. Penat oii .. pam pam tu pakai tenaga juga. Korek dengan besi lah. Dua tiga kali siram air panas lah semua tak berjaya.

Lepas ni kena simpan serbuk asid ni di rumah. Standby atau pun seminggu sekali kita cuci lah sebelum jadi lagi teruk kan.
sinki tersumbat 3

Rasanya ada banyak jenama lain dari jenama ini. Sebab kawan di facebook tunjuk gambar lain. Boleh cuba ye kalau tak jumpa jenama macam saya guna ni. Asalkan asid untuk sinki lah ye. Saya pun memula pergi kedai hardware tu tanya dengan muka blur blur juga. ” Untie ada tak jual asid untuk sinki tersumbat ?. lepas tu untie tu ambik , saya terus beli tanpa banyak soal.

So kisah sinki tersumbat saya ni kali kedua dalam beberapa tahun lah ye. Dulu pernah tulis tapi merapu je tipsnya. Hehehe.

Comments

  1. Salam kenal …

  2. wahhh, dah ok yerr, rasanya produk macam ni banyak jer kat pasaran, tp ramai dari kita x biasa benda macam ni, masih nak guna cara biasa iaitu pam singki, hehe

  3. Tempoh hari di ofis sinki tersumbat tuang sebotol chlorox. Lepas tuh memang clear habis. 🙂

Speak Your Mind

*