SIMPLE SANGAT LOGO UNTUK HARI KEMERDEKAAN KE 60 (2017)

Share

Lebih kurang 5 hari lagi kita akan menyambut hari ulangtahun kemerdekaan yang ke 60 Tahun ni. Dah 60 Tahun Malaysia merdeka tapi ramai yang masih di jajah.. Tak kira la jajahan minda, budaya & cara hidup. Namun beberapa tahun ni nampaknya semakin kurang semangat patriotik rakyat Malaysia meraikan sambutkan hari kemerdekaan berbanding dulu. Mungkin kemelut politik yang berlaku juga tekanan hidup yang semakin tinggi buat ramai rakyat Malaysia hilang mood untuk menunjukkan semangat patriotik tu.

Apapun.. setiap Tahun tetap ada tema & logo hari kebangsaan. Untuk tahun ni Tema hari kebangsaan/kemerdekaan adalah Negaraku Sehati Sejiwa walaupun nampaknya hati & jiwa dah tak berapa seiring sejalan di kalangan rakyat malaysia sekarang. hehehehe

Untuk logo Hari kemerdekaan tahun ni boleh tengok kat bawah ni

Simple jer.. Senang tak payah perah otak sangat nak cipta logo hari kebangsaan tahun ni. Tapi saya tak jumpa info siapa pencipta logo ni. hehehe

Penting tau untuk tahu apa tema hari kebangsaan & logo.. Manalah tau masa keluar shopping & ada stesen tv buat liputan sempena hari kemerdekaan interview korang tanya tema hari kemerdekaan tahun ni.. Tak tahu boleh menyebabkan malu juga tu.

3 Comments:

  1. Simple betul logo kali ni.

  2. Haha noted. Negaraku sehati sejiwa. Selamat belum kena tanya.

  3. haha haah kan, buatnye tengok syok window shopping, ada buat rakaman love tv, ditanya tema kita tak tahu malunya!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *