Simple Laksa

Share

Tunjuk sikit jek kak korang , tak sampai hati nak terliurkan korang , hahah .. sekarang ni kenapa tah , asal nampak je teringin , asal nampak jek nak makan , asal terfikir je nak .. huwaa acaner diet ? tapi saya masih makan berpada-pada , kalau tak makan , saya tak ada tenaga nak hantar ambik dan uruskan anak-anak. Ni gara-gara tengok blog Zie fauzi tunjuk laksa peneng dia .. hahah

Laksa puanbee
Laksa puanbee

Laksa yang sangat simple , makanan yang paling saya suka laksa lah , ingat dulu-dulu ada biodata.

Nama : tipah
umur : 10 tahun
warna kesukaan : biru
makanan kegemaran : Laksa

kelakar pula bila di ingat-ingat , anak saya sekarang saya ajar dia buat biodata , tak mau nya dia.. kecik lagi kot , tunggu kakak besar sikit , kot ada biodata.

Punya suka laksa , saya masak laksa tak de orang ajar pun , sambil2 mak cakap jek saya buat ..umur 15 tahun dah pandai masak laksa .. suka kan .. so bagi saya laksa ni simple jek lah dah betahun-tahun buat laksa , tak rasa seronok nak masak macam masakkan lain , tapi makan seronok .. ngeee~

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

39 Comments:

  1. kakyong paling suka laksa kedah… kuah byk ikan.. 😉

  2. kutu pun dah menggila laksa skang..tiap2 bulan rasanya buat.bukan apa nak habiskan stok ikan kt rumah nie..takut kejung macam tu je kt dlm peti ais..n suami yg tak berapa suka laksa ni skang makan dengan byk pula bila kutu buat..:)

    pasnie nak cuba buat ikan kering plak..klu dibuang menangis ikan2 tu.almaklum kami ni makan ikan fresh n free hari2.hahaha..

  3. Zarul Umbrella

    fuyyo ..sedap nampaknyer tu…saya dr kecik mmg tak suka laksa sbb hari2 mak saya buat laksa(kelantan) buat meniaga kat pasar-jemu nengok dan tak de hati nak makan..tp bila dah besar panjang suka pulak makan

  4. Ya Ampun puan Bee, Aduhhh gimana sihhhh. Kecur Air Liur Azie ni. Saya Memang peminat Laksa yang tegar sesangat.

  5. tak leh makan. kena control. on diet. haha..

  6. Kalau laksa wajib bagi saya kuah laksa bagi banjir sedikit baru puas. Dulu pernah kecoh ikan digantikan dengan tisu. Tidak tahulah samada betul atau tidak.

  7. tudia..laksa…mai sepinggan.. hehehe…sebab renyah nak buat la zie sanggup turun penang cari… kang buat tak termakan pulak sebab sorg je yg mengidam hari tu… 🙂

    hari ni buat bubur lambuk, nak tunjuk ke tak ekk.. hehehe.. jahat ibu Alya ni.. saja nk bg org terliur…

  8. laksa..erm..bestnya, saya suka laksa lemak 😀

  9. Memanga fvv saya tu,tak kira jenis apa laksa sekali pun bedal semua…

  10. laksa sedap tu…. Fav saya juga

  11. bee ummi suka gak laksa penang, masa duk penang dulu, selalu ronda2 cari laksa penang yang best!!!

  12. masak laksa xseronok xpe, yg penting bila makannya je seronok

  13. ummm…sedapnyer laksa tu 😉

  14. bee penah mkn laksam tak? tu pun bestt tp nis xpandai buat… kuah laksa johor pernahlah…kuah putih(lemak) tu kan…

    ni yg nk carik laksa ptg nih.. :p

    • pernah , laksam sedap juga , pernah belajar buat dr kakak ipar sekali tp agak renyah nak buat tepung dia ala2 mcm kuew tiaw tu ..

      kuah mcm laksa tp letak santan dan lada hitam kan .. bestnyaa

      • aah renyah nk buat laksa mcm kuetiaw dia tu tp klu org dah biase buat , no hal.. mak nis pernah le masak kuah laksam ni tp kita bantai jek mkn dgn laksa biase..hehe

  15. Salam,

    Dulu2 tak suka makan laksa sebab bau macam busuk sikit hehe tu sbab tak rasa lagi, start suka makan laksa bila dah kawin dengan suami, dia suka makan laksa, so akak try lah makan, tak sangka…sungguh tak sangka, sedap rupanya laksa ni hahahhaa.

    Akak suka makan tapi tak reti buat -..-“

    • wasalam ..
      busuk ke ? sebab bau ikan kot..

      haha tk cuba tak tahu , mcm kay dulu tk suka gak laksa , sekali rasa laksa bini dia memang tk leh berenti makan ..

      oo kalau gitu leh buat laksa bila akk mai nanti kan ..hikhik

  16. mmg kecur betul tgk laksa bee ni. k.izan pun dah lama sgt tak buat laksa tau.

    harus balik umah mak cuti sekolah ni pakat2 masak laksa n makan ramai2… baru syok kan!

  17. saya pun suka sgt dgn laksa.. kebetulan duk kedah ni mmg byk kedai laksa best.

    masak kat kedai je lah jawabnya..hehe..

  18. saya makan tapi tak la minat sangat macam adik perempuan dan wife.. dua2 org dalam hidup saya ni hantu laksa.. er..

  19. aku makan laksa, mangkuknya tak payah basuh. letak je bwh tudung saji. kang nk makan lg. 😛 laksa ni makan berulang2…

  20. ntah kenapa antara kumpulan mee spt (mee kuning, mee bihun, mee koewteaw dan mee laksa), mee laksa lah yg saya x minat, hehe, pelik kan saya ni, saya x suka sbb menganggap kuah mee laksa adalah kuah “ikan yg diblender”, smpi skrg saya x makan, ehhehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *