Signal Ramadhan

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Seronoknya tinggal satu hari je lagi untuk berpuasa. Signal Ramadhan telah pun menjelma , pelbagai jenis program telah pun di lancarkan bermula dari syarikat pengiklanan , media cetak , media social , the new media , media elektronik. Tak ketinggalan juga di Malaysia , paling meriah dengan makanan-makanan yang akan di sajikan. Jualan buah kurma berleluasa. Di bandar terdapat penjualan hamper-hamper besar di pasaraya terkemuka.

Ramadhan membuka rezeki kepada semua sektor jual beli di dunia. Akuilah .. Tak kira agama dan bangsa sama-sama merasai manfaat ramadhan kan ?

poster salam ramadhan

Signal Ramadhan Yang Biasa kita tengok.

  • Kaum hawa akan ganti puasa.
  • Hotel-hotel dan restauran akan mula mengadakan pakej sempena berbuka puasa.
  • Tv – akan keluar iklan udani karpet dan kurma yusof taiyubb dulu. Di ikuti dengan iklan lain seperti ho ho holicks , jakel dan lain-lain, tak ketinggalan juga rancangan drama yang berunsurkan ramadhan.
  • Radio – Akan keluar iklan soya yeos , sunquick , ribena dan sebagainya.
  • Kawan-kawan bukan islam dah pun bayangkan makanan makanan makanan ..ZZZZzzzzZZZ..
  • Kaum wanita dah mula hidupkan enjin untuk bershopping . Beli sikit-sikit katanya ..
  • Mak-mak di rumah dah sibuk sediakan stok lauk pauk nak bersahur.
  • Mak-mak di rumah juga dah mula latih anak hafal doa nak puasa.
  • Mak-mak di rumah juga sibuk basuh segala langsir dan kemas rumah. Basuh tak pe lagi , kalau nak tukar ???? (ayah-ayah pulak akan cakap , botak lah aku mcm ni ... )
  • Blogger / Twitter / Facebook mula update perkara-perkara mengenai puasa.
  • Juga terdapat contest nak raya. oleh sony , maggi , ayam brand , sunlight.
  • Kaum bapa mula fikirkan OT , maklumlah nak bagi anak bini seronok. Cari duit lebih.
  • Di kaki lima ada penjualan mercun dan bunga api berleluasa.
  • Ceramah-ceramah mula di adakan di masjid dan juga surau , diselitkan dengan sedikit politik.

Walau apa pun signal Ramadhan yang korang akan terima ..

Salam ramadhan dari saya puanbee πŸ™‚ Semoga kita semua akan mendapat kerberkatan di bulan ramadhan kali ini.

Author: puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini. Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

26 thoughts

  1. betul bee…nak2 dekat puasa mmg mcm signal ramadhan kuar kan..apa2 pun gembira menyambut ramadhan kali ini…selamat menjalani ibadah puasa ya…

  2. Memang betullah apa yang dicoretkan tetapi ambil peluang untuk meningkat amalan kerana belum tentu tahun hadapan kita akan bertemu Ramadan lagi.

  3. Mak-mak di rumah mula latih anak hafal doa nak puasa. Haha. Teringat ja masa kecik2 dulu. :’]

  4. Bee..tertinggal lg 1 signal. Bila kuar iklan org berbisik2 tu..kurma’ taiyobbbbbb”

    Ha ha ha..

  5. selamat menyambut ramadhan Al-Mubarak.. semoga ramadhan kali ini akan memberi keberkatan kepada kita semua.. amin

    tapi signal yang paling ketara, hotel2 lebat memanggil para blogger untuk buat review makanan2 dorang… haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *