Sibuk di dunia realiti

Share

Apa isu terhangat sekarang ?? Tunggu AJK Kiah Propa update di whatsapp je ler .. dari giyomi , menangis di youtube , Tax & Gst ? Hurm hanya boleh membaca sepintas lalu. Bukan tak nak ambik tahu, tapi saya ada banyak benda nak di uruskan seharian , walaupun banyak-banyak kerja ada la dua tiga benda akan di skip kan , terbengkalai jugak. Tak mampu nak oiii , mak nak buat semua tu sorang-sorang. Harap orang berdekatan dan disayangi faham.

cuci kereta

Rutin biasa adalah hantar dan ambik anak-anak dari sekolah. Yang luar biasa adalah .. biasanya saya malas ya amat nak bawa si kelabu pergi cuci . Tetapi dek kerana ada benda lain yang saya lagi malas nak buat jadi saya bawa si kelabu pergi cuci.

Faham tak ? Sekarang ni malas sungguh nak naik tangga. Rutin naik tangga dah berubah sikit. Kebetulan hari ni ada check up ibu mengandung jam 2pm , manakala hantar si kakak ke sekolah pula jam 12.45 pm jadi ada banyak masa. SAYA PALING MALAS NAIK TANGGA KE TINGKAT 4 TU. Jadi saya bawa kereta ke car wash dan melepak disana. Cepat pula pekerja tu mencuci , ada lagi masa. Maka terpaksa pula habiskan masa + duit di kedai. Shopping baju anak sikit.

Alasan sungguh kan , alasan nak habiskan masa dengan shopping , ni kalau tahu kat laki harus kena cebik sedas.

beg sekolah

Semasa nak di bersihkan bahagian dalam kereta ,kena keluarkan semua barang , omak aiii .. banyak sungguh , ni semua gara-gara malas naik tangga , dan juga nak kurangkan beban / berat semasa naik tangga. Hihi teruk sungguh perangai. Beg sekolah KAFA , Beg sekolah PRA dan juga beg MENGAJI , termasuk kasut dan selipar , anak-anak memang tukar beg / kasut dan selipar dalam kereta jek.

klinik ibu dan anak

Sebelum jam 2 dah terpacak di depan Klinik. Jam 2.09 minit dah dapat no giliran. Tu pun dah no 81 . Fuhyooo dekat jam 4 pm juga la saya balik. Nasib baik … ayah budak-budak ni boleh keluar dan ambik Husna dan Laila. Kalau la budak-budak ni kena tunggu di klinik dekat 2jam harus porak peranda klinik tu. Dalam 10 minit tu menunggu ayah sampai pun diorang dah ke hulu , ke hilir berebut payung.

Bayangkan …

Kandungan dah 16 minggu .. dah nampak tangan kaki dan gerak-gerak .. Tapi boleh alahan lagi teruk pulak .. sepatutnya trimester kedua ni alahan makin kurang. Susu anmum pun tak boleh masuk dah … Β Layannnn ~ Anak – anak sekarang menjadi lebih baik perangai dan membantu juga la… Bermuafakat sentiasa ..

Allhamdulillah dengan semua nikmat yang ada sekarang. Β πŸ™‚

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

21 Comments:

  1. kesian kat bee.. tapi k sha pasti bee seorang yg kuat fizikal dan mental…sentiasa berdoa pada Allah ye..moga alahan makin kurang…….In Shaa Allah

  2. alhamdulillah. yang penting kandungan sihat hehe.

  3. Payah juga jadi ibu ni ya…

  4. cabaran ibu mengandung mmg sangat mencabar…apapun tetap merindui saat itu kan…. πŸ˜‰

  5. kehidupan seorang ibu .. semangat puanbee harus dicontohi

  6. Alahaii..mst penat kan..nak menguruskan hal sana sini..sok dah ade baby compem lg bz..penat toksah ckp la kan..

  7. Semoga puanbee diberikan kekuatan selalu…amboi rajin ngat basuh kete kedai..haha

  8. wah pregnant ek..tahniah!!

  9. segala mak datuk malas timbul bila dah preggy ni kan Bee.. Tadi Beli Anmum Materna Vanilla Mango, dapat tau dari post Bee yang lepas.. Tetapi hulammakk aikhh tekak ni tak dapat nak terima langsung.. sadis uLan melepas batuk dalam toilet sampai habis semuanya.. sedih betul tak dpt supply makanan yg berkhasiat untuk baby πŸ™

  10. tak apa. kerana anak.

  11. gitulah cabaran ibu mengandung…

    org laki xkan dpt mrasainya πŸ˜‰

    mmg simpati bab turun naik tangga tu… salah satu faktor turun berat bdn kot πŸ˜‰

  12. Pekerjaan mengurus anak yang masih kecil memang sangat melelahkan ya mbak tapi nanti kalau semua anak sudah pada besar dan bekerja, itu semua akan jadi kenangan manis yang ingin kita ulang kembali
    Selamat menjalankan aktivitas harian, semangat πŸ™‚

  13. Asal sihat x apa. Rezeki tuhan bg, ada hikmah disebalik semua kesulitan. Insya allah

  14. Rumah tingkat berapa Bee??sabar je la kan..mana tau kot2 ada rezeki anak,tetiba dapat hadiah rumah teres..tak payah dah naik tangga..heheh..amin..

  15. Rutin tetap diteruskan walaupun sudah berbadan dua.

  16. Alhamduillah. semua anak2 beri kerjasama, teruja sangat dapat adik baru…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *