Siapakah Juara Dalam Rancangan Masterchef Selebriti Akhir ??

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Siapakah selebriti malaysia yang akan menjuarai rancangan masterchef selebriti yang pertama ini nanti ? korang teka siapa ? jika sebelum ni saya beria-ria nak sokong Dato’ Faiz , namun tak kesampaian , minggu pertama dah tersingkir ..Saya geram okeyh .. sibuk pula sekarang ni sampai tak ada masa nak follow rancangan Masterchef setiap hari, alahai … tiba-tiba tahun ini saya rasa macam tak boleh nak seimbangkan antara blog dan jadual sehari-harian saya dengan anak-anak ni. Tapi tak mengapa lah … pelahan-lahan tak lari kemana pun blog ni.Update tetap update .. cuma .. maaf kalau saya tak sempat bertandang di blog kalian macam dulu-dulu.

siti nurhaliza dalam masterchef

Yang paling tak tahan tu .. semasa Masterchef berlangsung di minggu ke 21 , saya tak tengok langsung .. harap ada ulangan lagi .. apa tidaknya Dato’ Siti Nurhaliza pun ada .. waaaaaaa.. setakat tengok gambar tak best kan .. dapat menatap wajah Dato’ Siti tu baru layan. Tudiaaa .. nasib saya perempuan , kalau lelaki habislah ..

Tetapi Episod 26 saya tengok ok …

Semua Masterchef selebriti yang layak ke peringkat akhir adalah Soo Winci , Juliza Adlizan , Angah , Farouk Hussien dan Dato’ Fazley.

masterchef selebriti

Tak sangka yang angah , soo winci dan Dato’Fazley akan ke peringkat akhir ,sebab bagi saya diorang ni terlalu muda lagi dan tidak nampak macam rajin masak pun .. ok jangan lah ikut apa yang di tulis disini , ini sebagai pendapat saya je ..

Saya pun tak kenal berdepan dengan diorang ni , siapa yang saya target akan memang semua dah terkeluar , so saya nak pilih siapa ?Ermmm nanti dekat-dekat baru saya fikir. Boleh gitu ? Tapi saya rasa macam Soo Winci yang akan menang. Rasa-rasa je ..korang teka yang mana akan jadi Masterchef selebriti ni nanti ?

En Farouk yang pada mulanya dah tersingkir pun , namun di beri kejutan apabila Chef Jo mengumumkan nama peserta yang layak ke peringkat akhir dalam rancangan Masterchef Selebriti Malaysia.. Nasib baik lah … kira mereka ni adalah terbaik di antara terbaik , esok boleh buka bisnes restoran pulak.

Tak sabar nak saksikan 2 episod terakhir MasterChef Selebriti Malaysia pada hari Ahad dan Isnin, 15 dan 16 Julai, 9 malam di Astro Ria (104) dan Mustika HD (134).

Kredit gambar :ย http://www.astro.com.my/masterchef/

Author: puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini. Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

30 thoughts

  1. x bole ke bg angah yg menang juara? dr fazley kan dah hensem. cukuplah kalo dah hensem bg lah peluang kat org lain hehehe…

  2. Myra rasa Dato’ Fazley yg akan jadi MasterChef, sebab dia pandai masak + menghias + kreatif ๐Ÿ™‚

  3. Kelima-lima mereka ada potensi. Setakat ni, nampak Dr Fazley & Soo Winci kreatif, mungkin ada kelebihan. Juliza pula nampak berpengalaman. Angah & Farouk mungkin ada bakat terpendam yang akan ditunjukkan. Tak sabar nak tunggu final.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *