Siang Batang Keladi

Post ini bagi menjawab pertanyaan adik saya .. tengah-tengah nak masak dia tanya kita masak apa . Cakap lah nak masak keladi lemak cili kot .. dia tanya cam mana nak siang keladi tu .. teringin gak katanya nak masak keladi.

Kalau pembaca ada tips siang keladi boleh kongsi di ruang komen .. saya tahu sikit-sikit je .. ingat-ingat lupa .. lama juga tak masak lauk keladi ni … kan moto hidup saya hentam je .. haha

Jadi cara nak siang nya saya kongsikan ikut turutan gambar je lah kan ..

20120613-122857.jpg

20120613-122909.jpg

20120613-122916.jpg

20120613-122923.jpg

Siat kulit keladi bermula dari hujung a ke hujung b sama dengan cara kita siat kulit sengkuang atau bawang sehingga habis.

20120613-122928.jpg

Jangan risau bila jari ada getah hitam2 tu .. memang normal .. dah siap potong dan kupas kulit keladi rendam dalam air garam utk kurangkan getah keladi.

ok boleh faham tak ? tak tahu lah macam mana rupa post ni sebab saya buat live blogging je tak sempat buka laptop .. kalau buka laptop mesti nak merapu tengok sana sini hiks…

18 thoughts on “Siang Batang Keladi

  1. cik dla

    TQ . dapat satu lagi tips yang berguna . sebelum ni ikut tip dari ibu . waktu celur keladi tu masukkan sudu sekali . rebus sekali , nak hilangkan miang keladi tu . mmg berkesan . selain daripada tu , mulut jgn sesekali celupar kata “takotnya nak makan , nnt gataii” .. nnt jadi betul , kata arwah nenek la . hihi :)

  2. Hafizul

    First time siang batang keladi, tengok jari jemarihabis tompok2 hitam..terus balik kampung jumpa my mom..ingt terkena racun..hahahaha

  3. Azie

    Puan Bee Keladi masak Asam memang sedap tambah dengan isi ikan sikit! Pernah terkena gatal tekak sebab makan keladi time panas2 perhhh gatai tak terkata. Tapi jika orang yang dah pro memang tak gatai.

    1. puanbee Post author

      getah di tangan tu cuci je lah lama2 hilang tapi utk keladi Yg nak di masak tu boleh rendam dengan air garam dalam 15 minit

  4. mrs.yie

    wow! ini kalau masak tumis air sayur keladi best ni..akak suka..memang peberet ni..selalu kalau masak sayur air keladi,akak biasanya masukkan satu sudu budu..kihkihkih..bukan apa,itu petua dari mak mertua from kelate..ekeke

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>