Siang Batang Keladi

Post ini bagi menjawab pertanyaan adik saya .. tengah-tengah nak masak dia tanya kita masak apa . Cakap lah nak masak keladi lemak cili kot .. dia tanya cam mana nak siang keladi tu .. teringin gak katanya nak masak keladi.

Kalau pembaca ada tips siang keladi boleh kongsi di ruang komen .. saya tahu sikit-sikit je .. ingat-ingat lupa .. lama juga tak masak lauk keladi ni … kan moto hidup saya hentam je .. haha

Jadi cara nak siang nya saya kongsikan ikut turutan gambar je lah kan ..

20120613-122857.jpg

20120613-122909.jpg

20120613-122916.jpg

20120613-122923.jpg

Siat kulit keladi bermula dari hujung a ke hujung b sama dengan cara kita siat kulit sengkuang atau bawang sehingga habis.

20120613-122928.jpg

Jangan risau bila jari ada getah hitam2 tu .. memang normal .. dah siap potong dan kupas kulit keladi rendam dalam air garam utk kurangkan getah keladi.

ok boleh faham tak ? tak tahu lah macam mana rupa post ni sebab saya buat live blogging je tak sempat buka laptop .. kalau buka laptop mesti nak merapu tengok sana sini hiks…

About puanbee

Seorang anak , isteri dan ibu. Mempunyai 4 orang cahaya mata. Berumur 30-an , Suri rumah sepenuh masa tetapi mempunyai perniagaan online. Segala terguran dan komen boleh terus hubungi admin melalui EMAIL.

Comments

  1. TQ . dapat satu lagi tips yang berguna . sebelum ni ikut tip dari ibu . waktu celur keladi tu masukkan sudu sekali . rebus sekali , nak hilangkan miang keladi tu . mmg berkesan . selain daripada tu , mulut jgn sesekali celupar kata “takotnya nak makan , nnt gataii” .. nnt jadi betul , kata arwah nenek la . hihi :)

  2. sgt sukeee makan keladi tumis asam…. tp tau mkn jek. org kata, kalau xbetul siang, nnti miang keladinye… pandai bee masak keladi 😉

  3. Lebih kurang cam siang rebung juga yea.
    Dulu selalunya ada dekat pasar hari je batang keladi ni,
    Sekarang siap ada barkod lagi tu.

  4. sedap tu dah lama tak makan..masak asam pedas air sedap.

  5. bard tak pernah makan batang keladi..huhu..

  6. First time siang batang keladi, tengok jari jemarihabis tompok2 hitam..terus balik kampung jumpa my mom..ingt terkena racun..hahahaha

  7. jarang sbnarnya mkn sayur batang keladi ni..huhu

  8. Puan Bee Keladi masak Asam memang sedap tambah dengan isi ikan sikit! Pernah terkena gatal tekak sebab makan keladi time panas2 perhhh gatai tak terkata. Tapi jika orang yang dah pro memang tak gatai.

  9. tak suka siang suka makan je,masak lemak dengan siput sedut pergh

  10. Sara pun baru tahu nih,hehe. Thanks kak. :)

  11. Macam mana hendak membuang getah keladi ini?

  12. wow! ini kalau masak tumis air sayur keladi best ni..akak suka..memang peberet ni..selalu kalau masak sayur air keladi,akak biasanya masukkan satu sudu budu..kihkihkih..bukan apa,itu petua dari mak mertua from kelate..ekeke

  13. masak lemak batang keladi pon sedap

  14. keladi masak lemak atau masak masam2(lupa nama, masak asam kot) memang sodap.

Speak Your Mind

*