Si Dia Berubah

Spread the love

Sakit ke?

Kurusnya bukan sebarangan. Anak matanya juga tak seceria dulu.

Normah ada dengar cerita pasal saya, kan?

Kisah sebegitu, memang cepat tersebar. Musibah manusia lain memang sentiasa menjadi bahan berita hangat di mana sahaja.

Hidup ini kan, semua orang tahu , ia seperti roda.

Sekejap ia di atas, dan tidak selamanya ia di bawah. ‘Ia’ itu merujuk pada apa? Merujuk kepada segalanya tentang hidup, tentang masalah, tentang gembira, suka , duka, bosan, sibuk, sakit dan sihat.

Perubahan pun hakiki.

Kita berubah, saya berubah dan semua pun akan berubah. Tidak ada yang kekal. Percayalah. Dan jangan tertipu dengan ungkapan Kau selalu di hatiku. Kaulah yang satu di hatiku.

Ah, tika cinta sedang berputik, semuanya boleh kita lafazkan.

hidup ibarat roda
hidup ibarat roda

Hati kita juga berubah . Waktu itu, hanya si dia di hati kita, waktu kita sendirian, tiada hilai tawa anak-anak. Tapi hari ini?

Mungkin dia masih di hati kita, tetapi sekarang ini bukan hanya dia saja sesatunya yang bertapak di hati kita ini, kan. Bukankah anak-anak dan kerjaya juga turut sama memeriahkan hati kita. Jadi, ungkapan ‘hanya kau yang satu di hati ku itu’ sebenarnya tidak boleh diguna pakai lagi sebenarnya, kan.

Jadi, kenapa risau dan gundah yang berpanjangan tanpa sudah, jika si dia juga berubah?

Perubahan memang pasti berlaku walau tanpa kita rela. Bagaimana kita mahu pun, tetap keadaan tidak akan mengikut kata hati kita. Walau bagai mana suci dan murni niat kita, tiada daya dan upaya kita menahan perubahan yang berlaku, apatah lagi perubahan dalaman yang kita pun tidak tahu bagaimana mula dan akhirnya.

Jadi , bagaimana? Pasrah sahaja?

Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku. Namun apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan. ~ Uastaz Pahrol : Berdamailah dengan takdir.

Kita perlu merubah diri.

Membesarkan jiwa dengan pertama dahulu, redha. Merelakan. Jika perubahan nya positif, kita perlu turut sama lebih positif. Jika perubahan itu negatif, pastikan kita sentiasa positif dalam pandangan dan komunikasi dalaman diri.

Kita yang menentukan emosi dan jalan hidup kita sendiri.

Kuasa diri terletak pada kata-kata yang kita ungkapkan secara senyap sendirian.

Belajar untuk meningkatkan esteem diri.

Bermula dengan kata-kata yang kita bisikkan sendirian …

Saya lebih baik dan bahagia hari ini keranamu Allah.

Artikle ini ditulis oleh penulis jemputan iaitu ~cikgunormah@klcitizen?~ jom singgah di blog beliau ..

27 thoughts on “Si Dia Berubah”

  1. Atas bawah… Nama pun pusingan roda. Harap2, kita x lpa bila berada di atas. Bila terjatuh pula, harap ada yang sudi utk tlg tarik supaya boleh merangkak, berjalan, berlari semula

  2. kena belajar menerima setiap perubahan yang berlaku dengan redha n positif..hahah..tgh mencube gak ni ni cikgu normah..wish me luck k..

  3. berubah itu baik.. bermakna hidup ini dinamik..

    yg pasti jgn sesekali berubah hati pada Nya.

  4. pasrah itu menyerah, redha itu ikhlas.. hehehehhee
    kita kena menjangka apa yg bakal berlaku terhadap orang yang tersayang.. kalau hatinya tak berubah, Allah yang akan merubah jasadnya so kena sentiasa bersedia

  5. bila kita sayangkan seseorang jangan sampai meletak kan harapan
    yang tinggi menggunung..
    itu yang buat kita kecewa bila dia berubah..
    itu prinsip saya la..

    sekurang2nya saya bersedia..
    bukan nak sangsi ke apa..
    kan??
    cuma bersedia saja la..

    tapi harapnya dia tahu la menghargai
    orang yang sayangkan dia..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *