Shopping raya untuk anak-anak

Share

Yuhuuu … korang semua mesti dah shopping lengkap dah kan ? kita baru terhegeh-hegeh beli baju raya , cadang nak tunggu ayah diorang balik dan beli sama-sama , malangya ada masaalah sikit di tempat kerja , paip bengkok la , paip bocor la , laut pulak bergelora , so kena lah siap kan kerja baru boleh balik. Macam ni lah nasib pekerja offshore. Dah berapa haribulan ni , kesian pula kalau tunggu-tunggu ayah nya , tak sempat nak beli baju raya.

Anak pun dah keluarkan nada sedih sendu dah , kawan tu beli baju raya , kawan ni dah beli. Alahai … Bukan ibu tak boleh belikan , dah berapa tahun memang ibu plan cantik punya , beli sikit sikit , bila tiba bulan puasa semua dah ready , ni ayah yang tak bagi ibu belikan , dia memang teringin sangat nak shopping sama-sama.

Akhirnya .. supermak beraksi. Semua kelengkapan anak berjaya di beli dalam masa 1 hari , tapi penat nya .. 3 hari masih lenguh lagi badan-badan ni , dek kerana mendukugng baby spanjang shopping , stroller bawa tapi dia nak duduk kejap-kejap aje.

shop raya 1

Budak sekarang tak macam kita dulu. Dulu mak pilih apa kita pakai je , tu pun dah seronok sangat dapat baju baru .. Anak saya bab pilih baju okay lagi , boleh lah ikut cakap ibu .

Tapi , bab kasut jangan main – main pilih ..

Husna tak beli kasut , merajuk sebab kasut yang dia nak tak ada size , memang lah tak ada size … tu kasut dewasa. Penat pujuk pun tak nak. Takpa lee.. tunggu ayah balik atau pakai kasut lama jek.

Laila pula , taste nak princess jek .. sama ada barbie , dora , disney .. itu je dia nak .. lepas tu mesti warna pink … dah banyak kasut laila warna pink , jemu ibu tengok … akhirnya minta dia beli warna hitam , pujuk2 sikit dengan ayat ” baju warna biru tak masuk dengan pink ” dia jawab ” beli lah dua “. Amboi banyak cantik ko nak .. bajet sorang dah di tetapkan sorang sikit jek .. maklumlah anak 4 kan  .. mana nak cekau duit nak oii ..

Aliya , dah nak membesar nak kasut ala-ala cikgu je nampaknya .. pusing naik bertingkat2 kasut ala-ala cikgu juga di tujunya .. ambik je lah malas betul nak bertekak , ibu kalau boleh nak kan diorang beli kasut selesa , senang pakai dan tak sakit kaki kalau jalan jauh. Tak nak dengar lantak kome la.

shop raya 2

Syamim banyakkkkk ragam , di AOEN Maluri tu sebelah bahagian baju budak ada playground , dia asyik nak kesana jek .. jenuh la dukung dia .. sambil pilih-pilih baju , kasut kakak-kakak nya. Banyangkan ..bila anak datang ibu yg ni , ibu yang tu ..sampai akhirnya cakap kat diorang. Kasut bawah RM100 , DAN ADA DISKAUN. Ketar kepala nak mencari nya .. hiks saja je kenakan anak-anak , biar diorang pandai sikit tengok harga.

shop raya 3

Masa test , nak masuk 5 orang satu bilik tak muat .. Husna dah test di bilik sebelah , dah siap pakai dia datang tunjuk .. okay ngam .. ambik terus .. lepas tu aliya dan laila pula. Laila manja sikit semua dia nak orang buatkan. Sebab tu la dia tak boleh renggang dari kakak.

Kakak dan husna ok , laila kena repair sikit bajunye besar sangat. Ambil je lah .. malas fikir … dah penat 5 jam di situ je. shop raya 4

Semua dah cukup , nasib baik ada baju melayu syamim sama warna dengan kakak-kakak nye … lepas tu shopping di shamelin ada sale gila baju kiko. Tshirt / dress boleh dapat dari RM13-RM25. Boleh beli banyak-banyak sebab murah. Boleh tukar-tukar pakai , janji baru dan cantik.Kasut syamim ayah kata nak beli sedondon. Kita tunggu ayah je lah. Kalau ayah tak balik syamim pakai kasut lama la jawabnya.

Ibunya tak beli apa-apa lagi … memang takdak mood nak beli sebab kenangkan ayahnya tak balik lagi. Huhu ~ OK bye .. saja gatai nak cerita jugak.

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

5 Comments:

  1. Assalamualaikum Encik, salam kenal dari Blogger Borneo. Mang seronok suasane ketike hari raye tiba. Saye kire dimane2 same kondisinye rame sangat… 🙂

  2. Kalau ada gugurl, memang koleksi pakaian banyak yang pnik. Comels jer

  3. Kanak-kanak sekarang pandai memilih untuk diri mereka sendiri. Laila comel ala-ala princess 🙂

  4. ala bee.. kami pon lambat gak shopping… tp baju raya sama2 abah depa la..

    kasut… nis handle 4 org… si baby asik nk berdukung jer haa… lenguh tangan hui… dah tau klu pi kedai kasut mesti penat punya. tp terpaksa…

    kena pakai gendong ni bee 🙂

  5. Budak-budak paling seronok dapat baju baru. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *