Shopping kasut raya part 2 – Taobao lagi

Haaaa .. ok dah siap dah beli kasut raya konon-konon nya. Pilihan encik suami satu je tapi mahal. Pilihan saya dua pasang tapi murah je. Orang lelaki suka perli kita kasut banyak kan ? tetapi diorang tak sedar kasut diorang tu harga cekik. Sepasang kasut diorang , kita boleh dapat 4 pasang. Itu beza orang lelaki dengan orang perempuan. Untuk anak-anak dah siap dah shopping kasut raya. Entrinya shopping kasut raya part 1 .Mak pak pun dah siap. Insyallah baju akan menyusul. Ada orang tu siap dengan tudung semua dah beli dah. Saya mungkin tak beli tudung dah kot. Stok tudung aidijuma banyak .. beli masa jualan gudang hari tu. Lupa nak update di blog. Ngeeee ~

kasut part 2

Saja je upload gambar cenggini. Biarlah rahsia .. hahaha … mood ting tong .. encik suami dah balik ke JOHOR. Ingat tak nak pergi kerja Johor dah. Tapi malang nya usaha minta kerja lain belum ada rezeki daaa..

Mudahnya shopping online. Pilih-pilih dari semalam lagi. Lepas tu tinggal sekejap pergi hantar suami ke TBS. Kemudian balik singgah KFC tapau .. makan-makan .. sambung bayar pula ke taobao ni. Mudah mudah ..

I love you , akhirnya si ayah mengalah .. Kena warning dengan big bos ..

A photo posted by latifah bee (@puanbee) on

Esok nak pecut ganti puasa la. Ada sikit lagi. Encik suami tak ada senang sikit. Dia suka belanja makan dan bila di rumah kita tak sampai hati bila tak makan. Penat kita masak sedap-sedap kan… ni encik suami tak ada kita masak menu budak-budak tak selera sangat.Senang lah nak puasa gitu …

Hujung bulan pula kita cari baju. Anak-anak dapat 2 pasang seorang ok dah. Mak dan ayah satu je cukup. Beginilah kehidupan rakyat yang gaji bulanan ni. “ ewah ewah .. syukur dah dengan apa yang ada ni. ” Saya ni simple je orang nya . Tak ada lah fesyen sangat. Asalkan baru sudah la. Tahun lepas shooping last minit . Macam tak cukup nafas … kisah 2015 : http://puanbee.com/shopping-raya-untuk-anak-anak/

News Reporter
Untuk review produk wanita , barangan berkaitan anak-anak , makanan , homestay dan lain-lain boleh hubungi puanbee di whatsapp : 011-32095406.

7 thoughts on “Shopping kasut raya part 2 – Taobao lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *