anak-anak

Shopping Dengan Anak-Anak

Anak tu satu anugerah kalau rasa tak boleh tahan dengan kerenah anak-anak baik jangan beranak. Budak-budak memang luar biasa aktifnya , tambah budak-budak zaman sekarang.. memang tak takut orang ..pergi lah kemana pun masing-masing ada ragam nya..

anak-anak

 Nurul Iman anak saudara yang datang dari kampung dengan maknya , adik saya .. kuat bebenor menagis .. yang pelik bila malam nampak lelaki kacak saya tu dia okey ..hu hu hu .. peminat pak lang nih…

shopping dengan anak-anak

 Laila dan Husna bersama dengan sepupu nya , anak kakak saya .. biasa kalau nak pergi shopping ajak semua adik beradik baru meriah katakan .. hehehe …

shopping

 Ni lah ragam yang biasanya buat mak bapak pening kepala… untuk elakkan diorang menagis , bergaduh dan sebagainya kena layan je … waktu ni mak iman dan mak si fatiah nak beli kasut , so maklang a.k.a puanbee kena jaga diorang , apa lagi maklang bagi je main .. asalkan korang tak menagis sudah …

shopping

 Sambil tu snap-snap 2-3 ketul gambar .. biasa lah dah suka ambil gambar  kan ….ni kalau dah tua nanti selak-selak balik entri blog ni mesti tersenyum je …. kalau lah depa jadi blogger akan ku link kan blog depa ke entri lama ni ..hahaha …

TIPS SHOPPING DENGAN ANAK-ANAK

  1. Pergi pasaraya di waktu tak ramai orang , untuk elakkan anak hilang.
  2. Pergi pasaraya yang ada troli , agak depa buat perangai , bagi hukuman duduk dalam troli
  3. Beri anak-anak makan kenyang-kenyang , kalau depa lapar pun banyak juga ragam.
  4. Untuk anak kecil memang kena bawa bekal , pampers dan susu .

puanbee

Untuk review produk wanita , barangan berkaitan anak-anak , makanan , homestay dan lain-lain boleh hubungi puanbee di whatsapp : 011-32095406.

12 thoughts to “Shopping Dengan Anak-Anak”

  1. Saya kalau ke pasar raya masukkan anak didalam troli walaupun ia tidak selamat kerana troli boleh terbalik. Apa saya lakukah adalah pastikan troli sentiasa diawasi kalau tidak tak boleh hendak tinjau barang. 🙂

  2. kalau bawa anak2 kecil mcm tulh Bee…budak2 skrg mmg aktif xmcm anak2 dulu…masa 3F kecil mmg xde masalah cz mrk mcm siput..melekat je dgn ayah n xlasak…so ibunya boleh la shopping smpai xhinggat…ngee..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *