Servis Prepaid Termurah Untuk Mobile Internet

Share

Dalam duk nak cari prepaid yang ada program internet paling murah , dalam duk survey sana sini , sampai lah dapat banyak feedback yang mengatakan DIGI adalah prepaid paling murah untuk internet kan .. tapi pusing-pusing beli juga prepaid Hotlink , kenapa ya ?

Harga hotlink bagus RM5
Salah satu rahsianya adalah .. saya tak boleh tukar no saya ke servis lain selain dari Hotlink adalah kerana :

1 : No saya di beli dengan penuh kenangan.

  • Dulu … no saya yang lama telah di ragut dalam kejadian ragut dan saya waktu tu tengah mengandung si kakak 8 bulan. Bayangkan .. saya di ragut dan saya hampir nak terberanak.. Disebabkan saya akan beranak di kampung suami pulak akan berkerja , jadi telefon adalah satu benda yang amat penting waktu .. Nokia 3100 harganya hampir RM600 .. perghhhh .. kemudian saya beli no lain ..yang mana saya pakai no tu sampai sekarang.

2 : Selain dari usianya hampir 8 tahun , saya juga tak boleh tukar kerana suami saya pun pakai HOTLINK.

  • Kalau tukar tak boleh buat Friends Finder .. hahahaha itu je lah kelebihan HOTLINK , harga mahal .. internet sehari RM8 ada lagi had limit dia ..

3 : Memang saya jenis tak suka tukar benda-benda peribadi .. tapi nak juga line internet untuk mobile murah-murah ..

  • Hotlink patutnya mempertimbangkan harga untuk pelanggan lama macam saya ni , beri lah kelebihan lain.

nokia lama

Dapat fon di atas pun dah suka sangat si kakak tu .. siap cakap “ibu nanti install game kat tepun ni ye”

Gelihati pulak dengar ayat kakak nih

Tapi .. saya suka lah servis Unlimited Mobile Internet yang di tawarkan oleh UMobile tu ..RM28 sebulan free 100 minit panggilan dan 30 sms .. alahai .. murahnyaaaa..

Dalam tengah berkira-kira tu , dah pun beli no hotlink bagus untuk si kakak , telefon dah ada kalau tak guna rugi lah , beli satu no boleh kakak bawak pergi tuisyen malam dia , selalu risau kalau balik lambat , tak bagi tau pada kita pulak tu …nak call cikgu nya tu segan pulak .. kang macam tak percaya kat cikgu dia ..so beli lah Hotlink bagus untuk kakak …

P/S : Nampaknya untuk penjimatan yang hebak .. kena repair FON N79 tu guna no Maxis untuk calling suami n tukar no Umobile untuk Iphone4s … Parak kalau nak melanggan Internet dengan no Hotlink ni ..

Hotlink Bagus RM5 je kak .. tapi tak de kredit kat dalam .. akk kena topup lain (kata penjual disitu .. cissss)

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

35 Comments:

  1. Br je ambik u mobile line laju je

  2. Kawan een dari zaman sekolah sampai skg pakai maxis baru-baru ini time bayar bil maxis kasi hp htc satu kat dia sebagai pengguna setia.

  3. ckgu pakai hotlink bagus gak..tapi tak sukaa!!!!….serius tak suka…3 hari jer…pastu tarikh tamat tempoh pn kejap…adehh..rasa mcm nak tukar pelan jer.. πŸ™

  4. umobile tu mmg pilihan terbaik..dgr kata pling laju antara semua telco..

  5. he3..saya setia bersama celcom dah 12 tahun dah πŸ™‚

  6. buat masa ni umobile 28 sebulan tu masih terbaik.. walau kuota bulanan cuma 500mb namun bila hbs kuota tu internet tetap jalan. unlimited katakan walau slow sikit tapi berbaloi utk smartphone ni…

  7. nis pun nk beli juge satu simkad maxis bagus nih… dulu ada no. maxis satu, tp dah terminate

    wah kakak dah ade henfon

  8. byk komen tu….fikir2kan yg mana bee fikir terbaik… πŸ™‚

  9. dengar citer yg hotlink bagus ni just untung tiga hari je.. kira murah 3 hari je.. yg lain rate sama.. baik tak yah..

  10. Izzuddin Fauzi

    Setakat nie masih menggunakan celcom… Pernah melanggan dengan maxis, malangnya limit kecil… sebab tu murah…

  11. Kenapa akak tak porting je no tu… Pakai nama lama, tapi port ke Umobile… Still kekal no lama lagi… Line murah ni takut bila akak balik kampung nanti semput internetnya. Hehe..

  12. emm saya pernah guna umobile utk internet. tapi hampa..line dekat rumah sy tak berapa elok…huhu..nasib beli no tu, free…no money..hahaha

  13. letak harga RM5 nak nampakan murah kot. nak pilih network biasa pilih service yg ok bila balik kampung, kat bandar kebanyakannya ok je.

  14. Kenapa tidak buat porting nombor tersebut?

  15. Salam Bee,

    Akak guna celcom unlimited sehari rm5, seminggu rm15, kekalkan guna celcom coz suami guna celcom, lagi pula no celcom akak tu ada sentimental value heheheee suami yang belikan. celcom ni guna kat iphone

    Tunetalk pula kat Blackberry, toksah citer ler giler murah BIS nya, sehari 98sen je, yang tu memang langgan sebulan terus kat BB tu πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *