Seronoknya .. macam kat genting helen la

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

” Genting helen ” ayat husna yang pelat sikit-sikit . Kadang-kadang budak-budak ni boleh tahan lawaknya , tak ada buat apa-apa sangat cuti ni , aktiviti biasa bawak anak-anak beli barang di pasaraya dekat-dekat aje, balik kampung kelmarin dan semalam melawat anak saudara yang patah tangah kerana bermain sesama kembar dia , tolak2 jatuh papan gelongsor di taman , terus patah lengan , di kawasan dekat siku.

Bahaya betul .. kecil lagi dah kena simen tangan dia .. comel budak-budak ni , jatuh sampai patah tangan pun boleh lagi main tak ingat dunia.. lupa nak ambil gambar dia , tapi umi dia baru je buka blog , boleh tengok di blog diorang SINI.

tempat bermain

Laila , biasa kalau pergi situ kena ” pow” sebatang lolipop dan main disini. Sebab tu saya beli lauk dan barang rumah banyak-banyak stok seminggu , sebab kalau pergi hari-hari beli lauk pengsan juga. Seorang anak di peruntukkan RM10 untuk main , kalau rasa ibu tengah “kering” tu , sorang RM4 sudah .. haha..

genting highland

Permainan baru ni ..  naik turun , naik turun .. goyang-goyang sikit .. sambil main sambil sembang .. ” seronoknya macam kat genting helen … “

genting highland

sorang lagi ..”  a’ah la .. best la .. lepas habis ni masukkan token lagi , ibu ambik gambar , senyum-senyum”  .. una biasa lah ratu posing..

feeling

yang si kecil pula ..”  a’ah la .. best la .. laila suka ” …

ibu nyampuk  ” wahhh … ” kemain ,habis tu bila pulak nak balik ? lempang kang ..  “

Tapi  tak lempang pun , saja cakap jek .. bila dah mula ayat lempang tu depa faham-faham la ..

”  ok ibu .. 1 round lagi ” ..si kakak mencelah ..

Bila nak sampai ke genting highland lagi ni ?

Cerita dulu-dulu pergi genting ..

  1. Aksi Di Ladang Starwberry Genting (Strawberry Farm)
  2. Ke Genting Highlands Kita : Naik Skyway Genting

Comments

  1. nama baru nie..hehe..”genting helen”..

    hehe..

  2. HAHA…Kat mne ni bee..lolipop kt mulut sorang satu..sme la ngan ank2 akk pun..kalo p shopping mst kne singgah tmpt cmni..abes rm 10..sabo je la

  3. kalau kat genting “helen” jawabnye tak turun2 le, tak guna token.

    • pernah pergi genting , cuma boleh main indoor , out door tak boleh haa.. main sampai diorang cakap , tak nak main , nak balik tidur .. baru turun

  4. Ummi Hanie :

    Ngeh3x…. Tak lari. Jauh dah bunyinye “helen” dgn highland tuuu…

    Wehhh dah main kat times square belum? Hishhh den xcukup masa nak story mory kat blog…

    – komen dari haipad 4 encik somi 😉

    • time square ? dulu la sebelum ada anak pergi ..skrg belum pernah lagi , nak pegi bila2 pun boleh tu sebab tk pergi lagi ahaks…

      nis update gambar je dulu , sok balik edit lain .. itu je tips nya ..

  5. waaa… seronok2 seronok.. budak2 mcm tu lah kan.. aku kat sini klo nk bg anak main free yg goyang2 tu bwk p playground giant hehhehe tekan je jalan.. free.. hehheheh… klo p tesco or Taping sentral.. kena lah juga… 🙂

  6. genting helen x jauh mana dengan umah ida..daerah bentong juga ni..memang budak2 bila gi sini kempis la poker mak ayah..diaorang tahu seronok je.. 🙂

    • oh tuk bentong ye , dekat dengan kawan saya .. dr ampang pun tak jauh sangat , cuma tu lah dah pernah pergi , simpan peluang tuk jelajah tmpt lain pula ..

  7. Mesin mainan guna token pun sudah mahal sekarang ini kuat makan duit. Barang mainan pun recon dari luar.

  8. kalau mereke ke Genting Highland nanti takut tak nak balik pulak…hehe

  9. Dah lama tak pergi genting helen.

  10. kah3…genting helen laa pulok ..hehe

Speak Your Mind

*