Senarai Pembaziran Dalam Hidup

Assalamualaikum w.b.t.

Saya Saya terbaca ruang yang Puan Bee sediakan bagi berkongsi artikel di blog Puan Bee, justeru, saya ingin merebut peluang ini bagi berkongsi ilmu yang saya ada untuk manfaat para pembaca blog Puan Bee. Dalam artikel ini, saya cuba menegur para pembaca tentang peluang yang hampir ada pada semua manusia yang selalu dibazirkan begitu sahaja. Ianya pasti bermanfaat untuk para pembaca blog Puan Bee.

Nama Pena: Arrazi
Nama Blog: MyArrazi.com
————————————————-
gambar permandangan cantik

Pejam celik pejam celik, bulan Januari sudah berada di penghujungnya. Bagaimana dengan azam dan perancangan kita pada tahun ini? Sudah bermula atau masih mencari rentak untuk dimulakan?

Bersegeralah! Kerana masa tidak pernah menunggu kita. Dalam kita melalui kehidupan ini, berjaga-jagalah dengan segala ruang dan peluang yang Allah kurniakan kepada kita. Jangan bazirkannya!

Ramai orang menyangka bahawa nikmat yang selalu kita bazirkan hanya dua iaitu masa dan kesihatan. Ingin saya sangkal sangkaan ini dengan senarai yang akan saya berikan. Memang banyak yang kita lupakan dan buat acuh tak acuh.

Maka, tidak hairanlah, nikmat itu semakin hari semakin hilang daripada pandangan kita.

Firman Allah sw.t.

“Jika sekiranya kamu bersyukur, nescaya aku akan tambahkan kepada kamu ( nikmat), dan jika sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azabku sangat pedih” (Surah Ibrahim:8)

Nikmat yang disyukuri semakin hari semakin bertambah. Nikmat yang dikufuri semakin hari semakin berkurangan dan bertambah seksanya kita di akhirat.

Hati

  • Kita membazirkan dan mensia-siakan hati kita apabila melalaikannya daripada mengingati Allah s.w.t. Hati adalah raja segala anggota. Ianya menjadi panduan bagi anggota lain untuk beramal kepada Allah s.w.t. Hati yang berzikir menjadikan hidup seseorang bahagia di dunia dan berjaya di akhirat. Siapa yang tidak inginkan kebahagian dan syurga bukan?

Tubuh Badan

  • Tubuh badan yang sihat janganlah dibazirkan hanya untuk matlamat peribadi dan dunia kita sahaja.
  • Gunakanlah juga untuk keperluan agama dan ibadah. Bantu umat Islam yang lain dengan tubuh badan kita yang sihat.

Harta

  • Pembaziran harta selalu diingatkan oleh para guru. Jangan bazirkan harta dengan membeli perkara-perkara yang tidak berfaedah serta melupakan hak-hak fakir miskin.
  • Malah, Imam Ghazali juga melarang umat Islam mengerjakan haji dan umrah lebih daripada sekali jika ada ahli keluarga dan jiran tetangga yang kelaparan. Tujuannya supaya wang yang digunakan untuk ibadah itu digunakan untuk membeli keperluan mereka.
  • Nah, jika dalam hal ibadat pun kita tidak boleh berlebih-lebihan, apatah lagi dalam hal-hal yang biasa!

Masa

  • Kita membazirkan masa apabila mensia-siakannya. Mungkin kita lupa bahawa masa ini tidak selalunya milik kita. Sampai masanya, ia akan berakhir dengan berakhirnya nyawa kita.
  • Punca kita membazirkan masa kerana hidup tanpa matlamat dan hala tuju. Justeru, letakkan hala tuju yang jelas dan jauh demi mempergunakan segala masa yang ada.

Ilmu Pengetahuan

  • Ilmu pengetahuan dibazirkan dengan tidak mengamalkannya serta disebarkan kepada masyarakat.
  • Ilmu seperti ini adalah ilmu yang tidak bermanfaat. Nabi s.a.w. memohon perlindungan daripada ilmu seperti ini dan kita juga perlu berlindung dan menghindarinya.
  • Belajarlah kerana ingin mengamalkannya. Buat apa dilihat alim tetapi amalannya kosong.

Amalan

  • Amalan pula dibazirkan dengan tidak ikhlas dalam melakukannya. Amalan yang bertujuan untuk riya’, ingin dipandang serta disebut-sebut orang tidak akan dipandang oleh Allah s.w.t.
  • Buatlah walaupun sedikit tetapi ikhlas dan penuh kesungguhan. Beramallah seperti kalian akan mati pada esok hari walaupun semua daripada kita tidak tahu di mana tempat mati dan waktunya. Tetapi bayangkan sahaja seolah-olahnya begitu. Insya Allah, pembaziran ini dapat dielakkan.

Selain daripada itu, terdapat beberapa pembaziran lain yang perlu kita teliti dan muhasabah diri dalam menggunakannya dan saya nyatakan tanpa huraian dan kalian fikir-fikirkanlah bagi mengatasinya.

Antaranya:

  1. Cinta
  2. Akal
  3. Zikir
  4. Guru
  5. Anak
  6. Ibu Bapa, dan
  7. Kawan-kawan

Semuanya nikmat dan pemberian daripada Allah s.w.t. Gunakanlah sebaik-baiknya dan ianya bakal menjadi penentu kejayaan kita di dunia dan di akhirat.

Terima kasih di ucapkan kepada penulis jemputan ini kerana berkongsi ilmu di dalam artikelnya di atas. Semoga bermanfaat buat semua orang. Jika anda nak jadi penulis jemputan sila .. sila email saya puanbeedotcom@gmail.com . Kategori boleh pilih di sidebar.

39 Comments

  1. Hafizul 12 February 2013 Reply
  2. akubiomed 3 February 2013 Reply
    • Arrazi 3 February 2013 Reply
  3. papa mifz 2 February 2013 Reply
    • Arrazi 2 February 2013 Reply
  4. Affan Ruslan 1 February 2013 Reply
    • Arrazi 1 February 2013 Reply
  5. cmratu 1 February 2013 Reply
    • Arrazi 1 February 2013 Reply
  6. Ummi Hanie 1 February 2013 Reply
    • Arrazi 1 February 2013 Reply
  7. sangsuri 1 February 2013 Reply
    • Arrazi 1 February 2013 Reply
  8. Blog Keperawatan 1 February 2013 Reply
    • Arrazi 1 February 2013 Reply
  9. eiela 1 February 2013 Reply
    • Arrazi 2 February 2013 Reply
  10. leeza dayasari 1 February 2013 Reply
    • Arrazi 1 February 2013 Reply
  11. Denaihati 1 February 2013 Reply
    • Arrazi 1 February 2013 Reply
  12. dayah 1 February 2013 Reply
    • Arrazi 1 February 2013 Reply
  13. Ladfe Amir 1 February 2013 Reply
  14. Shahrul 1 February 2013 Reply
    • Arrazi 1 February 2013 Reply
  15. Hamdan 1 February 2013 Reply
    • Arrazi 1 February 2013 Reply
  16. kozumi ro 1 February 2013 Reply
    • Arrazi 1 February 2013 Reply
  17. hafizmd 1 February 2013 Reply
    • Arrazi 1 February 2013 Reply
      • hairulafiz 1 February 2013 Reply
  18. Kujie 1 February 2013 Reply
    • Arrazi 1 February 2013 Reply
  19. Anuar 1 February 2013 Reply
    • Arrazi 1 February 2013 Reply
  20. Arrazi 1 February 2013 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.