Semakan Online Dan Sms Untuk Kemasukkan Tingkatan 6 2011

Salam Bahagia 🙂 Nak komen klik tajuk yer …

CHURP-CHURP – TEKAN SINI UNTUK TOLONG TINGKATKAN KILOMETER SAYA

Hari ini Hari perkerja , saya suri rumah merasa sangat jeles huhu…di mana cuti untuk suri rumah ??? teeettt !! tak de..So blogger cam saya ni tetap lah tak cuti , jadi ibu dan penulis berjaya..eh dah berjaya ke ? belom akan datang mungkin..Nak war-war kan , semakan untuk memasuki tingkatan 6 sekarang boleh di buat melalui sms dan online..jadi cara-cara nya adalah seperti di bawah ..Semoga berjaya untuk semua 🙂

SEMAKAN KEMASUKKAN TINGKATAN 6 MELALUI SMS

MOE(jarak)T6(jarak)NO KP(jarak)No Kad Pengenalan dan hantar ke 15888

SEMAKAN KEMASUKKAN TINGKATAN 6 MELALUI ONLINE

SILA KE

RAYUAN KE TINGKATAN 6

Mereka yang tidak mendapat tawaran ke Tingkatan 6 ini boleh membuat rayuan ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan melalui pengetua sekolah asal murid dengan mengunakan Borang T6BKK.

PERTUKARAN JURUSAN

Mereka yang ingin menukar jurusan yang ditawarkan perlu membuat permohonan.

Permohonan pertukaran jurusan hendaklah dikemukakan melalui Pengetua Sekolah kepada Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.

PERTUKARAN SEKOLAH

Dalam Negeri – mengikut tatacara biasa dan diputuskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.

Antara Negeri – pemohon perlu melapor diri terlebih dahulu di sekolah pusat Tingkatan Enam di mana murid telah ditempatkan, dan membuat permohonan pertukaran antara negeri melalui Pengetua sekolah tersebut seperti biasa.

PLKN

Bagi mereka yang sedang menghadiri kursus PLKN dan telah mendapat tawaran Tingkatan 6 perlu memaklumkan kepada sekolah yang telah ditempatkan untuk pendaftaran lewat selepas tamat kursus PLKN.

Untuk perhatian adik2, Mereka yang telah ditawarkan pengajian ke Kolej Matrikulasi tidak akan ditawarkan untuk memasuki Tingkatan 6. Jika pelajar berkenaan menolak tawaran ke Kolej Matrikulasi dan ingin masuk ke Tingkatan 6, mereka perlulah membuat permohonan.

Jika mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pengambilan kemasukan ke Tingkatan 6, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri yang terdekat atau mana-mana sekolah yang ada menawarkan kelas Tingkatan 6.

Sebarang pertanyaan juga boleh dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran melalui Pn. Norchahaya Abd. Ghani di talian 03 8884 9456 atau En.Md.Jamal Hj.Bongkek 016 220 8322 atau En.Selamon Kosrin 03 8884 9352 dan no. faks 03 8888 6673.

SUMBER : ELLEN

Show 5 Comments

5 Comments

  1. taufiq arifin aka topimagine

    saya nak apply FORM 6 leh xkak.. hehe.. saya kan muda remaja lagi 🙂

  2. hehee…ok jer bee…thanks bagi backlink juga ya..selamat labor day..

  3. sayacomel

    ohh, dah boleh semak ye sekarang. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.