SEJARAH SUKAN SEA YANG MESTI ANDA TAHU

Semua orang tahu sekarang tengah berlangsungnya Suka SEA yang ke 29 di Bukit Jalil, Malaysia ok. Banyak acara sukan di pertandingan dari berbagai negara. Tapi saya rasa masih ramai yang tak tahu sejarah sukan SEA ni.. Jadi elok la bersempena sukan SEA yang ke 29 di adakan di Malaysia ni saya kongsikan sedikit sejarah sukan SEA

Sukan Asia Tenggara (juga dikenali sebagai Sukan SEA, boleh juga di panggil SEAG (“SouthEast Asian Games “)), merupakan sebuah temasya sukan dwi-tahunan yang membabitkan 11 negara Asia Tenggara. Sukan ini berada dipimpin oleh Persekutuan Sukan Asia Tenggara dengan kerjasama Komiti Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Majlis Olimpik Asia.

Pada asalnya, Sukan Asia Tenggara diberi nama Sukan Semenanjung Asia Tenggara atau Sukan SEAP. Pada 22 Mei 1958, semua delegasi dari negara semenanjung Asia Tenggara menghadiri Sukan Asia ke-3 di Tokyo, Jepun untuk melakukan perjumpaan dan telah disetujui banyak pihak untuk mengadakan pertubuhan sukan ini. Sukan SEAP dibentuk konsepkan oleh Laung Sukhumnaipradit iaitu Naib Presiden Komiti Olimpik Thailand. Cadangan ini diterima dan sukan ini dipromosikan untuk negara semenanjung Asia Tenggara.Tujuan Sukan Asia Tenggara adalah bahawa acara sukan serantau akan membantu menggalakkan kerjasama, persefahaman dan menguatkan hubungan antara negara-negara di rantau Asia Tenggara

Thailand, Burma (kini; Myanmar), Malaya (kini; Malaysia), Laos, Vietnam Selatan, dan Kemboja (juga Singapura menyertai kemudiannya) dijadikan sebagai anggota sukan ini. Kebanyakan negara menyetujui temasya ini diadakan secara dwi-tahunan. Sukan Komiti Persekutuan SEAP mula dibentuk selepas itu.

Sukan SEAP pertama diadakan di Bangkok, Thailand dari 12-17 Disember 1959 dan disertai seramai 527 atlet dan pegawai rasmi dari Thailand, Burma, Malaysia, Singapura, Vietnam Selatan, dan Laos mengambil bahagian dalam 12 jenis sukan.

Sukan SEAP ke-8 pada 1975, Persekutuan SEAP membawa masuk kontinjen negara dari Indonesia dan Filipina. Dua negara itu diterima pada 1977, tahun yang sama yang mana Persekutuan SEAP menukar nama kepada Pertubuhan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) dan temasya dwi-tahunan ini dikenali sebagai Sukan Asia Tenggara. Brunei diterima masuk pada Sukan SEA ke-10 di Jakarta, Indonesia, dan Timor-Leste pada Sukan SEA ke-22 di Hanoi, Vietnam.

Sukan SEA ke-23 diadakan di Filipina, yang mana diadakan bermula 27 November dan berakhir 5 Disember 2005, yang menjadi hos temasya dwi-tahunan ini buat kali ketiga.

Sumber : Wikipedia

Semoga dengan perkongsian ini peminat sukan dapat sedikit info berkaitan sejarah sukan SEA. Terus beri sokongan kepada semua Atlik yang bertanding.

Please follow and like us:
200

One Comment:

  1. Ke arah hubungan antara negara Asia Tenggara yang lebih baik dan mencari persefahaman bersama dalam meningkatkan produktiviti negara. Sukan SEA penerus kerjasama erat negara Asia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *