Sejarah penubuhan Earth Hour – Kempen Earth Hour 2012

Sejaran penubuhan Earth Hour ini bermula pada awal tahun 2007 , WWF-Australia yang di ilhamkan di Sydney menunjukkan sokongan mereka untuk bertindak terhadap perubahan iklim dalam acara yang di panggil “Jam Bumi”.Ia menunjukkan bahawa semua orang dari peringkat kanak-kanak , CEO dan tidak ketinggalan ahli politik mempunyai kuasa untuk mengubah dunia yang mereka diami dengan cara tersendiri.

Dikatakan di Sydney, Australia, 2.2 juta individu dan lebih daripada 2,000 permis perniagaan memadamkan lampu mereka selama satu jam untuk memberi sokongan terhadap kempen Earth Hour ini dalam untuk mengurangkan kesan perubahan iklim yang ketara ini.

Pada tahun 2008 rancangan ini di perluas ke seluruh Australia pula. Oleh kerana kesan hebahan yang sangat hebat di Kota Toronto, Kanada dan 35 buah negara yang lain turun serta dalam program ini. Ia melibatkan hampir 400 bandar dan pekan di seluruh dunia. Dengan matlamat untuk ‘mematikan lampu’ diperluaskan kepada semua negara di seluruh dunia, Earth Hour dengan cepat telah menjadi satu acara tahunan global. Ia dijadualkan pada hari Sabtu terakhir setiap hujung bulan Mac.

Poster Earth Hour Malaysia 2012

Pada 2011, Earth Hour menyaksikan beratus-ratus juta rakyat di seluruh 135 negara ‘matikan lampu’ selama sejam. Tetapi ia juga menandakan permulaan sesuatu yang baru yang akan memberi kesan pada masa depan untuk melakukan tindakan yang berpanjangan kepada perubahan iklim.

Dan dengan kuasa rangkaian sosial di sebalik mesej Earth Hour, kami berharap untuk menarik penyertaan yang lebih banyak supaya kita dapat membina sebuah masyarakat yang benar-benar global yang komited untuk mewujudkan sebuah planet yang lebih mampan.

Ada apa dengan Earth Hour – ARTIKLE ASAL : ABUAIMAN [LINK]

Cuaca yang tidak menentu dan kecairan ais di kutub disebabkan pemanasan Global adalah angkara kandungan karbon dioksida(CO2) yang dilepaskan oleh aktiviti manusia, ditahap membimbangkan.

Sukacita dimaklumkan bahawa CO2 mempunyai daya serapan yang tinggi ke atas bahang/radiasi yang mempunyai gelombang berjarak 1.6, 2.0, 2.7, 4.3 dan 15 mikrometer (1 mikron = 1/10 ribu cm).

Sinaran matahari yang masuk berjarak antara 0.1 – 4.0 mikrometer dan bahangan bumi antara 0.5 – 30 mikrometer.

Bahangan bumi dalam kategori 4.3 dan 15 ikron itu amat cekap diserap oleh lapisan CO2 yang sudah banyak di atmosfera.

Earth hour : co2serapan1

Serapan berterusan bahangan bumi oleh gas CO2 akan menghalangnya daripada sempadan atmosfera. Gas ini menjadi kemaruk -terpenjara dan bertindak sebagai oven atmosfera-bumi.

Perhatikan sahaja Graf dibawah mengenai kandungan Co2 di atmosfera.

Earth Hour : co2a

Lalu ada mungkin yang rajin bertanya apa kaitan kempen mati lampu (Earth Hour) dengan gas CO2.

Begini, di Malaysia TNB dan SESB serta pembekal tenaga kebanyakannya menggunakan bahan fosil iaitu Diesel disamping arang batu untuk menjanakan tenaga. Bahan ini bila dibakar selalunya tidak lengkap menyebabkan ia akan menghasilkan gas seperti CO2.

Jadi mematikan lampu selama sejam bermakna bahan fosil tidak dibakar selama sejam. Maksudnya, selam sejam kita bebas dari membebaskan CO2.

Earth Hour : co2b

Sekiranya kita tidak bertindak dan membiarkan situasi ini berterusan (telahpun terjadi kini) , sudah pasti segalanya berubah.

JOM SERTAI KAMI Program Earth Hour 2012 Malaysia :

Tempat: Pintu masuk utama, Sunway Pyramid

Tarikh Langsung : 31 Mac 2012
Hari Langsung : Sabtu
Masa Lansung : 8.30 mlm – 9.30 mlm
Laman web : http://www.earthhour.org
Facebook : http://www.facebook.com/earthhour
Twitter : https://twitter.com/earthhour

Comments

  1. alamak saya dah terlupa langsung pasal earth hour ni walaupun dah ada terbaca di beberapa blog..huhu..sebab kat sini pukul 8 masih terang lagi kot..tu yang tak perasan..

  2. Akhirnya saya berjaya melaksanakan cabaran untuk offline selama 1 jam. Akan ada usaha lagi bakal saya lakukan walaupun sumbangan kecil untuk mengurangkan kesan pemanasan global.

  3. alhamdulillah kempen tamat, utk penjimatan lagi boleh teruskan…heee

  4. bagus program sebegini

  5. jgn lupa tukar lampu tungsten kepada lampu yg lebih ‘hijau’

  6. insyaAllah kalo ingat, kita padam bbrp suis kot… takle semua :p

  7. suka sgt earth hour, kita mmg support. sampai abi pening, aphal tutup lampu? hahaaa. earth hour, sejam je pun. duduk bergelap. hari2 tidur mlm pun bergelap tutup semua lampu sebab tak beri auni main.

  8. Earth Hrs kat sini kitorang ramai2 naik basikal 15km ke town.
    Larat x larat ler nanti.. hik3

  9. puan kutu :

    tunggu 31 ac baru tutup lampu.hehe..

  10. Usaha yang baik bagi blogger2 di Malaysia…mari kita sama2 lakukan sesuatu utk kebaikan kita dan generasi kita sendiri….

  11. mungkin boleh di buat kempen ini dengan lebih kerap

  12. jadi, kurangkan guna elektrik ye..tak pakai terus lagi bagus. haha..

Trackbacks

  1. […] tadi, rata-rata penduduk masih fobia dengan kisah Tsunami yang belaku pada tahun 2004 dahulu  ..Pelihara lah bumi kita VN:F [1.9.16_1159]please wait…Rating: 0.0/10 (0 votes cast)VN:F [1.9.16_1159]Rating: 0 (from 0 […]

Speak Your Mind

*