Segmen Puanbee : review blog si tembam

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Salam bahagia pembaca semua , maaf lama tak mereview , masa tak cukup hee..bz la ..apa yang be bz kan sangat pun tak tahu ler..so sekarang bee siapkan review untuk korang semua 🙂

Kali nih sampai ler giliran adik si tembam heheh…macam nak nangis nak review blog dia ni , takut dia pulak terkecil hati ..adoiiii…tapi harap dik tembam jgn amik pusing yer pandang dr segi postitif ok!..

theme blog
theme blog

Pertama nak tegur tentang blog adik nih dulu ..

spongebob dan love di bahagian tepi tu , tak perlu akk suggest buang ajer..sebab nya bila orang yang masuk ke blog kita dengan memakai notebook , diorang takkan boleh baca dan komen langsung 🙂 so mereka akan tekan pangkah secepat mungkin tau …so better buang , widget tu selain tak ada kegunaan ianya buatkan blog bertambah berat dan susah nak load so sesiapa yang pakai beruk band yang bermasaalah tu akan terus pangkah …rugi kan….tetap kan matlamat kita tulis untuk siapa baca ? kalau utk diri sendiri saja tak pe lah tapi akalu untuk berkongsi tulisan tu dengan orang lain kena lah buat semuanya mudah dan mesra pembaca ok !

sebelum nih akk ada baca entri dik tembam nih bertajuk : tak sudi sampai hati

Pertama , follower memang penting , tapi kita tak boleh nak paksa diorang follow kita , tapi akk suka kalau adik ambil sebagai pengajaran , mungkin bersebab kenapa diorang nak unfollow tu yer..dari pengalaman akk lah , banyak yang orang tak suka ada dalam blog dik tembam ..

1- widget blink-blink , gerak-gerak

2- tulisan cantik tapi susah nak baca , sudah ler tulisan susah nak baca warna font tu pulak lebih kurang sama dengn background , memang tak mesra mata .

3- Pengunaan ayat sms jugak membuat kan para reader lari , bukan semua pandai baca bahasa sms termasuklah akk , boleh gunakan singkatan dan ejaan yang menggambarkan kita , contoh akk selalu guna ayat “jugak , nih , kang , korang” tapi ejaan nya mesti penuh supaya pembaca faham apa yang kita nak sampai kan , sekali lagi akk cakap tetapkan matlamat , jika kita nak berkongsi entri dengan pembaca eloklah buat entri tu mudah dan senang nak baca , entri yang gunakan ayat dengan ejaan penuh nih mendapat kelebihan dari segi SEO yer…cuba tengok blog yang dapat banyak traffic dan otai -otai yang memang punyai follower ribu-ribu sebagai contoh , diorang tak guna pun bahasa sms , nampak macam skema tapi blog power..mcm tu lah yang kita nak sebenarnya …

ayat cam di bawah nih tak sesuai 🙂

Assalamualaikum sume !! chat tak arini ? hda hrap sume dlm keadaan chat n bhgie , 🙂
cbe tnye dri kowg . kowg ni femes tak ? ke pasan femes ? tetttttttt , hahaha . sume owg femes lahhhh . tp dgn cre trsndri kowt . de owg femes ngan kcntkn dye , de owg yg femes ngan kenakalan dye *kat skolah besenye.

4- widget fredjit tak penting jugak .

5- sidebar elok sebelah kanan untuk blog mesra SEO .

6- adakan button home diatas “page”

7-adakan sitemap

8-adakan pilihan entri untuk pembaca , contoh popular post , recent post , ini membuat kan pembaca datang sekali dan mungkin akan datang lagi jika melihat tajuk-tajuk entri kita yang lepas tu best ..

9-mantapkan lagi blog dengan masukkan alexa .

10 – buang je widget alu-aluan tu , yang tertulis welcome tu club dear..orang yang masuk nih macam-macam peel takut2 depa bosan jer..akk pun bosan nak belek entri sekali selak page kena tekan benda alah tu 🙂

11-pilih tempat komen jenis pop up window , mudah kan para reader nak baca dan komen blog awak ..

itu saja lah buat masa nih dik , cuba tukar theme baru yang nampak lebih profesional , tulisan pun yang lebih matang , rajin-rajin balas jejak dan komen di blog orang lain , insyaalllah blog dik akan dapat follower dengan sendirinya …

ENTRI TUTORIAL YANG DIK BOLEH IKUT :

1- cara daftar alexa
2-semua entri berkaitan ada disini – klik Tutorial

sekian salah silap harap maaf 🙂

Author: puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini. Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

14 thoughts

  1. puanbee , huda nak tanya sikit nih .
    1)fredjit tuh yang mana ?
    2)sitemap tuh apa ?
    3)apa function “home” ?

  2. thnks 4 da komen puanbee . hehe .
    ok2 . saya akan memantapkan lagi cara penulisan saya dan insyallah saya akan ikot semua komen2 diatas . puanbee jgn serik dtg blog saya tau . saya budak baru belajar . 😉

  3. caiyok2 bee review lagi dan lagi..
    haha tringat zaman baru2 blogging dulu…mcm2 benda letak..mcm2 template pakai..lama2 baru matang sikit

  4. betul tu..widget² yg tak penting,,tak payah letak pun takpe..sebab ade widget yg memberatkan blog..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *