Segmen Puanbee : Review Blog aufafielfelix

Salam Bahagia Semua 🙂
Segmen puanbee masih berlangsung , cuma malam ni agak lewat memandangkan tadi sesi berjimba dengan princess3 tu semua , then balik puanbee di serang sakit gusi ya amat ni , memandangkan dah janji sehari seorang maka puanbee teruskan , erm sesiapa yang nak join tu boleh lagi yer bee nak review 27 blog , sekarang ada 20 blog so ada lagi 7 blog aje lah kan , jadi cepat kalau terlambat melepas heee…

Malam ni puanbee men review blog aufafielfelix , erm susah sungguh nak ingat dan nak eja nih maklum lah puanbee dah tua ekekek..Banyak nak kena tambah dan buang dalam blog aufa ni . jangan nangis yer ..

Saja tak nak print header aufa sebab header tu mesti koram dah biasa tengok kan baik tengok owner blog aufa tu hee..

OK speed blog cantik sangat dah , tak ada masaalah yer..

Alexa ni kena jugak masukkan meta tag , supaya cepat di index ok , nanti akk bg url untuk alexa.

yang perlu ditambah :

1-blog archieve untuk senang pengunjung mencari topik2 lain
2-label-lagi untuk memudah kan pengunjung mencari artikle mengikut kesesuaian
3-sitemap-untuk SEO dan juga memudah kan pengunjung mencari atau membaca kesemua artikle blog mengikut tajuk , ianya merupakan peta blog diibaratkan jantung blog lah.
4-tempat komen jenis pop-up window-memudahkan pengunjung meninggalkan komen , rata-rata blogger tak suka menunggu lama apatah lagi mereka yang menggunakan perkhdmatan broadband , agak lambat nak loading page banyak kali,
5-sidebar sebelah kanan untuk SEO-kerana google akan crawl dari kiri kekanan jadi jika terdapat widget di sebelah kiri , google lambat nak index content blog
6-masukkan meta tag alexa ,
7- custom meta tag title blog

yang perlu di buang :

1-lagu – kebanyak kan blogger tak suka blog yang ada lagu , kerana kadang-kadang tu kita pun akan pasng lagu di laptop sendiri , apabila masuk ke blog yang ada lagu mesti tak boleh duduk lama bisingggg dan juga ianya menggunakan code script , juga memberatkna blog sedikit sebanyak .
2- poll nuffnang dan widget nuff berbentuk bunga tu tak perlu , tak mendatang kan apa-apa kebaikkan pun 🙂 malahan si bunga tu akan mengganggu jika pengunjung menggunakan notebook yang skrin nya kecil.
3-live traffic feed tu pun tk perlu 🙂 tak ada faedahnya

Yang lain tidak ada masaalah 🙂 sini akk sertakan url untuk rujukkan aufa yer..

1-Cara pasang sitemap di blogspot
2-apa itu alexa ranking
3-cara untuk daftar alexa
4-cara buat pop up window untuk tempat komen
5-tips untuk blog mesra SEO

OK harap aufa tak menangis lah hee banyak kena buang , akk tau benda tu kita suka , tapi kita suka tak semetinya orng suka , orang tak suka dah tentulah mendatangkan keburukkan kepada blog kita kan ? ermm puanbee cakap pandai blog puanbee penuh dgn iklan haa..harap bersabar puan bee tengah bereksperiment dengan syarikat pengiklanan ni 🙂

sekian ..sakit gigiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii uwaaaaaaaa………………..

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

16 Comments:

  1. saya baru ingat nak letak poll.. doing some survey sikit kat pengunjung belog.. ^^

  2. assalam paun bee

    yg alexa dgn meta tag tu aufa ta bape na faham la,…

    dah cuba buat tapi tak menjadi la….huhu T.T

    nih baru lepas buat pmohonan JPA and MARA
    tuyg jenjalan kejap 😉

  3. TAHNIAH…

    Anda merupakan blogger bertuah dalam GA All About Life..

    Emailkan alamat anda ke…. untuk tujuan pengeposan hadiah:

    miel0701@live.com

  4. err,…puan bee,..fa nak tye sikit nih,..

    tak pe, puan bee, balas t mase gusi da ok pun tak pe fa tguu

    cam ne nak buang poll nuffnang dgn widget bunge besar tu ek? sbb ye tak de dlm design pun,..

    • siapa yang buat widget bunga tu ? rasanya widget bunga tu ada kat html template blog atau widget blog . poll tu kena pergi ke nuffnang balik > blog manager > pastu dekat pools tu klik NO . kalu tk boleh ckp erk..

  5. maceh puan bee,…tayunk puan bee,…
    even sakit gigi pon leh lagi review blog aufa….
    ta nangis,…fa tgh cube nak apply la nih,…

    t lau ade ape2 yg aufa ta faham aufa tye an puan bee ye,..

    btw. smoga cepat sembuh ye puan bee,…

    maceh taw,…ILU <3

  6. inspirationalefeksi

    ada satu akak lupa nak ucap , ucap “semoga berjaya” hehhe … encouragement penting 🙂

  7. rajin bee wat review…. 😉
    haih gi ler cabut gg tu ! nis dah merasa dah saketnye … xtahan,gi cabut terusss…lantakle rongak,belah dalam,bukan org nmpk pun…heee :p

    • bukan tk nak pergi cabut nis, tk de org tengok bebudak ni nk mintak tolong kakak bee kesian dia dah sarat ngandung ,ank dia campo ank bee 5 kang terberanak dia hahaa.. nk mintak jiran2 sogan lah tunggu ayahnya cuti tak jugak cuti minta tolong adik mai dr kampung tk sampai2 …wah berkorban namanya nih tahan sakit demi anak2 …

  8. sian kembarku sakit gusi..rindu sama kay ka?haha..my sitemap cmna yer..takt au apa prob??hehe..

    • tak po nanti bee try edit bg kat kutu code tu , kutu tinggal copy jer pastu kutu masukkan sendiri tau , tunggu bee ok sikit sakit gigi ni wat kepala rungsing lah ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *