SEBELUM MENDAPAT RAWATAN DI UNIT KECEMASAN HOSPITAL INI PERLU ANDA TAHU DAHULU

Share

Perkara ni ramai yang masih tidak faham sebenarnya maka akan berlaku salah faham & viral kepada perkara yang tak sepatutnya. Kemudian menyalahkan kakitangan hospital tidak memberi khidmat yang sepatutnya kepada pesakit sedangkan mereka berada di zon yang salah untuk menerima rawatan.

Di bahagian Unit kecemasan ada 3 Zon yang perlu kita tahu & fahami fungsi & keperluan kita untuk berada di setiap zon tersebut.

Zon zon tersebut adalah ;

Zon Merah : Ia adalah untuk pesakit yang kritikal yang berisiko mati jika tidak di beri rawatan dengan segara. Contoh mangsa kemalangan yang cedera parah & banyak kehilangan darah ke. So kalau setakat di serang gastrik jangan pergi ke zon merah yer.

Zon Kuning ; Untuk pesakit yang perlu di periksa doktor dengan segera & berada di dalam keadaan separa kritikal tapi masih boleh menunggu cuma perlu pantauan dari masa ke semasa

Zon Hijau : Untuk pesakit yang tidak kritikan & tidak berada dalam kecemasan. Tak perlu pemantauan & boleh menunggu untuk mendapat rawatan.

Perlu di ingat setakat demam, selsema, anak meragam .. tak payah la gigih sangat nak pergi ke unit kecemasan. Pastikan kes anda tu betul betul mencemaskan & perlu rawatan segera barulah pergi ke unit kecemasan.

Semoga Info ini memberi manafaat kepada anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *