Scan 3D/4D di Taiping 21


Sekarang ni dah jadi trend ibu-ibu mengandung buat scan 3D/4D untuk tengok jantina anak di dalam kandungan. Ada juga saja nak tengok apa baby buat dalam perut dan ada juga orang macam saya , saja nak try scan canggih ni. Orang lain buat , kita pun teringin nak scan 3D4D juga , padahal sama je dengan scan biasa. Dulu-dulu 3 anak perempuan saya tu memang pergi scan biasa je pun.

Saya pergi scan 3D4D di Hospital Columbia Taiping , pada hari raya ke 5 , harga RM110 . Tak tahu nak cari tempat lain , ada kawan pergi situ maka situ je la saya tuju. Di KL bukan tak ada scan 3D4D ni , banyak ….. tapi masa pula tak ada .. ayah sibuk cari rezeki kan. Tak tahan dah nak tahu jantina seteah bertalu-talu orang tanya . So dah tahu ni diam la dulu .. bukan apa tak mau mengharap …

scan 3d 4d

Walau apa pun yang no4 ni special sikit , ramai yang menantikan untuk tahu jantina dia . Memandangkan ssaya dah ada 3 orang anak dara. En suami ada la berjanji sesuatu jika yang lahir itu baby lelaki. Ada juga makcik minta nak buat majlis jika yang lahir itu baby lelaki.

Semasa pergi beraya , ramai sedara mara makcik pakcik sepupu sepapat doakan dapat anak lelaki setelah tahu saya mengandung.

Tak tahu nak cakap apa bila semua orang cakap begitu. Saya hanya mampu tersenyum dan mengiyakan. Insyallah kalau ada rezeki nak dapat baby boy kita bersyukur sangat-sangat.

Kalau tak ada rezeki nak dapat baby boy , baby perempuan pun ok je … hahaha … asalkan baby .. sapa tak suka baby kan … tak sabar tunggu si comel lahir. Kalau orang lain tak sabar , ibu yang mengandung lagi tak sabar.

Lepas ni rehat la … anak pun dah nak masuk 4 .. umur pun makin tua .. cehwahhh ….

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

About puanbee

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at puanbeedotcom@gmail.com , thank you :)


Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

21 thoughts on “Scan 3D/4D di Taiping