Saya pilih SHAKLEE sebagai set Bersalin / berpantang , Macam best je !

Sekarang dah masuk 38 minggu usia kandungan saya , debar sungguh menanti hari ini. Dalam debar terasa bosan pula tak berbuat apa-apa .. jadi mari lah saya berkongsi set bersalin saya kali ini. Saya pilih produk SHAKLEE pula. Ada yang tahu saya telah pun mempunyai 3 orang anak , dah besar pun .. semua nya saya pilih set bersalin yang berlainan jenama , tak boleh nak sebut disini , kurang manis kan.. Nak testimoni saya boleh beri di facebook saya. Inbox mesej je lah eh ..

Tapi kali ni saya pilih SHAKLEE kerana membaca dan mendengar testimoni dari rakan-rakan. Semunya cakap macam best je ! jadi apa salah nya saya cuba…  Review nanti la selepas saya selamat melahirkan anak dan megamalkan semua ni. Dulu pernah cuba shaklee juga , satu set selepas anak yang no 3 berumur sekitar 2 tahun. Bagus tau .. tapi biasa la .. pitis kurang .. peace !!

set bersalin berpantang shaklee

Kali ini saya terus order beberapa produk shaklee yang lebih kurang saya amalkan dulu. Serius sangat serasi dengan saya , sebab tu pilih vitamin shaklee je dari herba-herba yang ada di pasaran.

Nak order tak tahu mana satu ? terus je tanya pada pengedar shaklee  , produk apa yang sesuai untuk ibu berpantang dan menyusu , bukan susah kan .. diorang sentiasa ramah tamah nak menjawab.

Saya rekomen kan kawan blogger saya ni ( BADARIAH BAHARIN ,  ID 949 421 , EMAIL : badariah_baharin@yahoo.com )

menanti hari

( Saya yang bercermin mata hitam – penat tunggu masa nak bersalin ni hehehehe ~ )

Saya tahu , ramai juga ibu-ibu merasa was-was nak beli online kan , jangan risau .. saya jamin kawan blogger saya akan mengepos barang dengan selamat setelah pembayaran di buat.

Antara herba dan vitamin semulajadi .. yang mana korang rasa akan membantu untuk memulihkan tenaga dan menambah kembali vitamin yang semakin susut semasa kita mengandung kelmarin ? cer citer ?

Percayalah .. shaklee terbaik ikut pengalaman saya melahirkan anak seramai 3 orang ni. Lagi sorang coming soon lah ..

Antara kandungan vitamin shaklee untuk ibu berpantang / menyusu yang saya ambil adalah :

B Complex :

  1. B Complex bertindak sebagai penenang dan boleh mengelakkan berlakunya ( gila meroyan ) pada ibu berpantang.
  2. Menukarkan makanan kepada tenaga.
  3. Meningkatkan perbentukan sel darah merah.
  4. Seterusnya menjadikan ibu berpantang bertenaga dan kurang letih.
  5. Membantu memelihara kulit dari dalam. ( penting untuk kecantikan ibu-ibu yep !! )

Vitalea :

  1. Multivitamin membekal kan 23 jenis vitamin dan mineral yang di perlukan oleh tubuh badan manusia.
  2. Juga mengandungi zat besi di mana ianya penting untuk pembentukan sel darah merah bagi menggantikan darah merah yang ibu-ibu telah kehilangan semasa proses bersalin.

Vitamin C :

Semua orang tahu fungsi vitamin c kan ?

  1. Penting untuk penyembuhan luka jahitan dan membaik pulih tisu yang rosak selepas besalin.
  2. Meningkatkan sistem pertahanan badan

Zink :

  1. Sangat penting untuk penyembuhan luka jahitan dan luka dalaman.
  2. Mampu mengatasi masaalah kedinginan selepas bersalin.

Ini produk tambahan yang saya ambil. Produk asas / yang penting di atas tu je .. tapi bagi saya alang-alang nak amalkan dan mendapatkan hasil terbaik saya ambik ler produk tambahan gitu. 🙂

ESP Soy Protein :

ESP soy protein atau nama lain Energizing soy protein adalah sumber protein yang di buat dari kacang soya. Disebabkan panjang sangat kalau nak tulis Kelebihan nya dan harga boleh baca disini  –>  apa itu energizing soy protein (ESP )     boleh order terus. Banyak sangat kelebihan dia .. saya sukaaaa ..

Satu lagi saya suka sangat-sangat dengan

LECITHIN : 

LECITHIN ni produk untuk kurus disamping memberi detox yang berkesan. Ianya merangkap kolesterol dan mencair lemak secara semulajadi. Apa yang saya faham la.. produk ni menjadi kegilaan ibu-ibu di luar sana. Almaklumlah badan dah kombang setalam kan … susah nak cakap terus pasal produk ni. Tapi ianya sesuai untuk ibu menyusu jadi tak risau la.

Korang nak dengar lebih .. sila rujuk pada rakan blogger saya tu .. dia boleh beri info lebih tepat. Apa pun saya suka sangat dengan benda alah ni. Huu sapa tak mau cantik weee ~

Sini adalah link rujukan pakej-pakej vitamin shaklee untuk rujukan korang . Ada pelbagai pakej untuk kesihatan optimum. Baca je dulu .. rasa yakin sambar .. 🙂   —- > pakej shaklee

Nak sihat dan cantik , eloklah amalkan secara semulajadi dan shaklee menawarkan vitamin yang di proses secara semulajadi.

Nantikan review selepas saya besalin dan selesai berpantang nanti. Insyallah …

P/S : Doakan saya selamat.  🙂

Related :

  1. Makanan Ibu Berpantang (Kebaikkan & Keburukan)
  2. Senarai Makanan Dan Amalan Ketika Berpantang Bersalin/Beranak
  3. 4 Khasiat Serai – Buat sendiri teh serai
  4. Resepi : Kerabu pegaga + sotong kurita cara mudah
  5. Cara elakkan bayi kembung perut
  6. Pengalaman mengandung , alahan dan proses bersalin 3 anak
  7. Bengkung Paling Senang Nak Di Pakai Selepas Bersalin

21 Comments

  1. YAYA 21 October 2014 Reply
  2. resep kuliner 14 December 2013 Reply
  3. blog amir 22 November 2013 Reply
  4. mama adam 18 November 2013 Reply
  5. Rina 17 November 2013 Reply
  6. syaifuddin alias 12 November 2013 Reply
  7. muktasim 11 November 2013 Reply
  8. Akuro San 10 November 2013 Reply
  9. Ummi Hanie 6 November 2013 Reply
  10. suriaamanda 6 November 2013 Reply
  11. Naimah Wahab 6 November 2013 Reply
  12. akubiomed 6 November 2013 Reply
  13. Denaihati 6 November 2013 Reply
  14. sicantikmatahari 6 November 2013 Reply
  15. Kak Long Mawar Merah 5 November 2013 Reply
  16. syamila 5 November 2013 Reply
  17. blogger lelaki 5 November 2013 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.