Sambal Ikan Bilis Dengan Petai

Share

Published on: May 20, 2012 @ 17:12 : Satu lagi resepi minimalist , senang di masak sedap dimakan sambal ikan bilis petai , siapa yang tak makan memang rugi … banyak gambar dalam laptop/iPhone tak di buat entri lagi , pecut ..sambil buat bisnes , hal anak-anak dan masak-masak memang tak boleh tinggal.

petai

Semasa pergi beli barang , saya ambil petai , ternampak 2 orang pekerja disitu yang berasal dari Bangladesh bercakap-cakap sambil tunjuk ke dalam bakul tempat saya letak petai , saya pandang bakul dan pandang mereka semula.

Mungkin depa nampak saya pandang terus tanya saya ..

“U makan itu buah sedap ka ? , U buat apa dengan itu buah ? U masak apa dengan itu buah ? “

Saya pulak terfikir dan tanya pada depa tu balik

“Eh orang bangladesh tak makan petai ke ? , disana memang tak ada petai ? ”

“Tak de lah , tak pernah makan “

“Oh ini buah namanya PETAI ,boleh di makan begitu saja dengan sambal atau pun di masak sambal tumis , boleh campur ayam , udang , sotong , daging , ikan bilis , ikut suka U lah nak tambah apa “

Lepas tu dia tersenyum sambil cakap lagi dengan kawan dia…

Baru saya tahu orang Bangladesh tak tahu makan PETAI dan belacan.

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

17 Comments:

  1. Blogger Borneo

    Sambal ikan bilis??? Waw… langsong bikin beliorrrrrr… Maokkkkkk…

  2. sedapnya, bab bilik air memang dilupakan time ni

  3. Pingback: Ayam Penyet – AP Bandar Baru Ampang | Mom Blogger & Lifestyle

  4. Izzuddin Fauzi

    Sedapnye… Perut lapar balik korejo…

  5. diorang dah makan..mesti nak makan lagi nanti..

  6. Menyelerakan….nyum2……

  7. mungking kat bangladesh x der pokok petai agaknya.. 🙂

  8. kalau ada sambal petai ngan ikan bilis,pilih bilis je,petai tak amik…kalau terambik,petai itu akan berpindah ke pinggan suami…

  9. kalau tak makan, hilang 1 nikmat makan kat dunia la…heee
    bab bau bilik air, rasanya susah nak elakkan, siram je air sabun banyak2.

  10. saya memang rasa rugi..saya tak tahan bau petai..tapi suami suka sangat sambal ikan bilis petai ni..udang pun sedap kan..

  11. agaknya lepasni mestu diorang pun nak cuba makan petai gak..hihi..

  12. saya x suka makan petai, akan tetapi sambal petai memang saya suka sangat sangat

  13. Ini kalau makan petai tentu bilik air berbau petai. 🙂

  14. tengok gambar sambal tumis ikan bilis + petai tu..rasa lapar lak..tapi rasenya kat bangla mana ade petai..

  15. Orang Bangla byk makan bawang he3..

  16. Sambal petai memang best..
    lepas tu bila bercakap mulut bau eksotik tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *