SAKSIKAN DRAMA TERBARU PELAKON KONTROVERSI ALIFF AZIZ DALAM MEH SANDAR LAGI

Spread the love

Dekat dekat nak ke penghujung tahun 2017 ni.. Aliff Aziz kembali menjadi kontroversi pasal kes rumahtangganya yang mengaitkan dirinya dengan seoarang artis baru. So nama Aliff Aziz agak menjadi sebutan ramai buat masa sekarang. Mungkin jadi satu kelebihan walaupun kontroversi ni telah mencemarkan Imej dia sebagai artis.

Semalam.. dah start tayangan drama bersiri Meh Sandar Lagi kesinambungan dari Drama Meh Sandar Pada aku. Tapi dalam Drama Meh Sandar Lagi ni.. Mereka dah berkahwin. Pelakon Utama drama ni Aliff Aziz & Mira Filzah. Untuk episod pertama semalam saya ada juga menonton drama ni tapi entah kenapa lakonan Mira Filzah bagi saya masih nampak tak berapa menjadi. Tak nampak natural watak yang di bawa.. Nampak di buat buat.. Tu pandangan saya la sebagai penonton. Mira Filzah kena banyak belajar lagi untuk membawa pelbagai watak.

Alhamdulillah.. Nampaknya watak hero & heroin.. Masih bebas dari bersentuhan. Tu yang bagus so tak ada adengan yang melampau romatik. Kang tak pepasal kena serang dengan bini lagi heheheh.. Op’s gurau je.

Drama ni Mengisahkan Afnan Tasneem (Mira Filzah) dan Dr. Syed Nadzhan (Aliff Aziz) yang baru sahaja bergelar pasangan suami isteri. Walaupun demikian, kebahagiaan mereka hanyalah buat sementara waktu sahaja. Rumahtangga pasangan ini mula diuji apabila Nadzhan terpaksa bekerjasama dengan seorang doktor wanita yang menawan bernama Dr. Sandra (Alicia Amin) untuk sebuah penyelidikan di makmal mereka.

Sementara itu, situasi bertambah keruh apabila Tasneem menerima seutus surat daripada wanita yang paling dibenci oleh Nadzhan, iaitu ibu kandungnya (Haliza Misbun) sendiri. Setelah kian lama menghilangkan diri, ibu Nadzhan ingin bertemu semula dengan anak lelakinya itu.
Atas rasa tanggungjawab seorang isteri, Tasneem nekad untuk menyatukan kembali kedua-dua ibu dan anak yang sudah lama terpisah ini walaupun Nadzhan enggan berbuat demikian. Tasneem sedar bahawa perancangannya itu langsung tidak disukai suaminya. Oleh kerana ingin melihat Nadzhan bahagia, Tasneem terpaksa bertahan dengan keperitan dalam hatinya dan melayan karenah suaminya yang semakin tertarik dengan kehadiran Dr. Sandra itu.

Mampukah Tasneem menyelamatkan hubungan antara seorang ibu dan anaknya, serta perkahwinan mereka pada masa yang sama?

Nak tahu apa kesudahan hubungan Afnan Tasneem dan Dr. Syed Nadzhan jangan lupa follow drama ni. Tayangan adalah seperti berikut

JUDUL : MEH SANDAR LAGI
EPISOD : 8 episod
TARIKH TAYANGAN : 28 Ogos 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 7.00 malam
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP : Marr Mohamad
PENGARAH : Kyoll Hamzah (Khairul Anwar Mat Noor)
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd

Antara pelakon yang membintangi drama ni adalah

Mira Filzah sebagai Afnan Tasneem
Aliff Aziz sebagai Dr Syed Nadzhan
Haliza Misbun sebagai Syarifah Aleya
Aisyah Ilias sebagai Mastura
Asyraff Aley sebagai Syed Emir
Nada Syuhada sebagai Salwa
Fendi Seman sebagai Zamarul
Daler Yusuf sebagai Dr Syereff
Tony Eusoff sebagai Tengku Kamal
Azri Iskandar sebagai Azhar

Bagi yang terlepas episod nak tonton online boleh tonton disini >> Meh Sandar Lagi <,

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *