Sakit bahu , urat belikat dan bahagian belakang

Share

Sejak akhir-akhir ni , prestasi saya sebagai ibu dan pekerja di rumah amat-amat merosot. Seingat saya … semasa mengandungkan syamim ( anak bongsu yang kini berumur 11 bulan ) selalu sangat sakit bahagian belakang , ingatkan ianya gejala biasa ibu mengandung , mana tahu ke sakitan bersambung semula setelah syamim di lahirkan dan berumur sekitar 6 bulan.

Sakit urat belikat bukan lah satu sakit yang boleh di buat main. Rasa nak sekeh orang ja .. duduk pun sakit. Terasa nak baring sahaja. Tetapi .. mana ada ibu beranak kan 4 orang anak yang masih kecil dapat baring 24 jam sepanjang hari. Lagi-lagi orang macam saya , seorang isteri yang berjauhan dengan suami dan menguruskan empat orang anak sendiri.

sakit bahu , tulang belikat

Saya bertuah juga , ketika sakit itu menyerang semula , suami ada di darat. Boleh lah beliau menguruskan dan menghantar / ambil anak pergi balik sekolah. Dan saya mempunyai lebih masa untuk berehat di rumah.

Namun sakit menjadi-jadi bila mana malam tidak boleh tidur. Bahu sebelah kanan tidak boleh di gerakkan dengan sempurna. Selama beberapa bulan juga. Ingatkan tereliuh , dan saya berusaha untuk pergi mengurut di sana sini.

Ada yang kata angin , jadi saya makan ubat untuk buang angin , halia , lada hitam , bawang putih jangan di sebut semua dah cuba. Kecuali pergi ke klinik , agak fobia hendak ke klinik keraa sebelum tu saya sakit teruk di bahagian kanan perut. Sudah jenuh di cucuk jarum.

Semakin hari semakin teruk pula.

Setelah suami di panggil untuk kerja semula , saya terpaksa menguruskan anak-anak semula. Sakit yang mejadi-jadi tidak dapat di tanggung lagi , maka TERPAKSA ke Klinik.

Dan .. Doktor menngesahkan saya mengalami radang otot. Otot stress dan perlu di rehatkan. Ya lah .. saya mana pernah berehat , Doktor memberi ubat untuk tahan sakit , krim panas dan juga ubat untuk otot tersebut.

Baru sehari saya makan dah terasa kurang sakit di bahagian bahu. Cuma urat belikat masih terasa bisa jika duduk terlalu lama atau tidak berehat / baring di dalam satu hari itu.

Pengajaran yang saya dapat di sini ialah.

Sebagai ibu , kita kena sayang diri sendiri , jaga kesihatan untuk kita kuat menjaga anak-anak dan orang sekeliling kita. Banyak kan berehat , dapatkan tidur yang cukup dan jangan stress. Kalau nak terrrr stress nak buat macam mana ? layan saja la.

Ayat pertama semasa jumpa doktor ” Doktor , kalau bahu terseliuh ada ubat ke ?

Doktor jawab ” ada ”

Saya tak pandai nak terjemahkan apa kata doktor tapi dalam surat khabar sinar harian online ada sedikit info saya copy di bawah  :

Sakit tengkuk, bahu dan belikat merupakan gejala klasik bagi sakit sendi faset tengkuk (cervical facet syndrome). Penyakit ini sejenis keradangan sendi (artritis) yang boleh berlaku di sepanjang tulang belakang kita. Bahagian paling biasa terlibat adalah pinggang dan leher kerana kedua-dua bahagian inilah yang paling banyak melakukan pergerakan pada tulang belakang kita. Sakit pada tengkuk akan lebih ketara pada waktu pagi selain daripada rasa kejang. Pening atau rasa hanyut juga boleh menyusul.

Selain itu, otot-otot pada bahu dan leher juga menjadi sakit apabila dipicit. Pesakit juga berasa seperti kebas pada tangan atau jari. Jika sendi bahu sudah mula sakit dan susah digerakkan, ini menandakan anda mendapat penyakit susulan kesan daripada sakit sendi faset ini, iaitu kekakuan sendi bahu (frozen shoulder). Ini biasa berlaku pada pesakit yang mengidap sakit sendi faset tengkuk jika dibiarkan tanpa rawatan.

 

Sekia , nukilan rasa

Ya ampun , banyak sangat cerita nak tulis dalam blog ni  , tunggu saja lah kesihatan saya pulih dan kesihatan internet di rumah ini pulih sama. Rosak mood menulis kalau ke dua-duanya tak sihat. Ini pun dah gian nak menulis.

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

40 Comments:

  1. Saya juga pernah menanggung sakit belikat selama 2 tahun lebih. Mula kena semasa mengandungkan anak yang ke 4 sampai la anak berusia setahun lebih. Mujur saya berjumpa dengan penawarnya. Kini (2017) saya bebas dari menanggung sakit belikat. Alhamdulillah. Berminat untuk mengetahuinya wasap Aishah 017.251.7509 untuk info lebih lanjut.

    • Salam sis..sy try whatsapp sis tp x boleh.sy nak sgt tau apa penawarnya ya sakit belikat ni.sy pun dah bertahun sakit ni masih x sembuh jugak.

  2. URUT TRADISIONAL

    Urutan tradisional untuk wanita dan ibu bersalin.
    area sekitar sentul dan cover seluruh kawasan kuala lumpur.
    hubungi 013-2096836.

  3. assalamualaikum pn….

    mungkin saya ni sakit macam puan…. da dekat sebulan sakit… bahu kanan,,, nak angkat tangan sama paras bahu pon sakit sgt… rasa nyilu . masa nak bangun tidur paling sakit…

    • cuba la urut , tk lepas juga pergi klinik .. insyallah ada ubat

    • Assalamualaikum puan. Saya juga pernah menanggung sakit belikat tersebut. Memang bahu diramas2 rasanya…masa tidur lengan tak boleh letak atas kepala mesti tak boleh gerak..siap kena bantuan dengan tangan yang sebelah lagi perlahan2..saya dah berurut siap tarik urat belikat tapi tak jadi…kemuncaknya saya nak jumpa ustaz sebab rasa macam ada jin…tapi tak jadi akhirnya saya temui penawarnya..Alhamdulillah..kalau nak tahu lebih lanjut boleh wasap saya ye 017.251.7509 (aishah)

  4. fuhh…. baru je merana dari kesakitan ini…

    hari ni baru beransur pulih sikit

  5. semoga cepat baik kak…sakit memang buat hidup x best skit

  6. PAtutlah akak dah tak berapa aktif update blog.

    🙂 Semoga di permudahkan urusan

    Insyaallah

  7. risau pula dengar bab bab sakit nih

  8. Keadaan cuaca tidak menentu. Pesan orang tua-tua kaki jangan dibiarkan sejuk, elakkan makanan sejuk yang boleh menyebabkan angin. Insya-Allah pesanan ini bermanfaat.

  9. syafakillah.. semoga diberi kekuatan oleh allah.. InsyaAllah.. moga dipermudahkan olehNya..

  10. tugas surirumah mmg sgt2 mencabar ….nk jaga anak,nak masak,mcm2 lg…jgn stress sgt ye puan bee..bykkan rehat…

    • stree tu tidak .. berehat tu adalah perkara yang sangat mustahil jika anak2 masih kecil kan .. semua ibu2 sama je saya rasa .. allhamdulillah dah sihat sikit ..

  11. dulu saya selalu juga sakit belakang. lebih2 lagi masa anak 1st. badan anak semangat. so selalu sgt sakit belakang. blh dikatakan tiap2 bulan g urut. now sy joint yoga class. dh setahun setengah. so far alhamdulillah. masalah sakit belakang ni dh hilang.

    • wow yoga ye .. aah mungkin juga kerana dukung anak semangat tu .. hihi tkapa lah tunggu beliau besar sikit tak perlu dukung mungkin akan ok sendiri

  12. Saya sedang mengandung sekarang. Saya mmg terasa sgt beza bila mkn calcium supplement dgn tidak mkn… Di setiap kandungan. Kali ni saya Cube Ostematrix Shaklee alhamdulillah.. Kurang sakitlah…masa menyusu juga begitu , jika X mkn supplement mudah sakitbsakit sendi…Satu lagi omegaguard boleh melegakan radang. Elakkan pengambilan ubat tahan sakit jenis nsaids secara berterusan

  13. Noriza Rahman

    Semoga cepat la sembuh dari sakit urat tulang belikat ye Puan Bee

  14. Salam. Hee semoga cepat semboh.

  15. Same here!! asyik on off je.. tapi kalau time sakit bebenor tu saya letak belakang bawah hot shower.. fuhh legaaaa

  16. masalah yg biasa di hadapi masa preggy (last sekali tahun lepas). purata saya alami sekarang 2 bulan sekali. hmm..
    moga cepat sembuh puan bee.

  17. semoga lekas sembuh…dan salam kenal

  18. 11 bulan selepas bersalin adalah satu jangkamasa yang agak lama,mungkin juga disebabkan oleh faktor usia

  19. Moga akak cepat sembuh Amin. Banyakkan rehat kak 🙂

  20. Salam singgah. Semoga cepat sembuh

  21. Semoga cepat sembuh….

  22. biasanya kalo sakit urat saraf tidak boleh diurut….ada ubat untuk dimakan…minta nasihat doktor….inshaAllah semoga kak bee sembuh dan sihat sepenuhnya….

  23. Semoga cepat sembuh. Ini ada sedikit tips untuk redakan sakit.
    1) Rehat secukupnya. Lazimnya sakit otot akan hilang 3-7 hari tanpa rawatan.
    2) Mendapatkan urutan bagi kesan kelegaan.
    3) Mandi air sejuk atau berendam dalam air sejuk. Air panas akan menambah radang dan sakit otot semakin bertambah.
    4) Mengamalkan R-I-C-E iaitu Rehat, Meletakkan Ais, Menekap Ais dan Tinggikan anggota badan yang sakit.
    5) Bersenam agar badan mendapat ‘stretching’ sepatutnya.
    6) Minum air 2-3 liter sehari
    7) Memastikan garam galian atau elektrolit secukupnya di dalam badan
    8) Memastikan pengambilan vitamin yang mencukupi seperti kalsium, magnesium dan zinc.

  24. Syafakillah sis, moga cepat sembuh. Sekali-sekala kena relaks di spa/ physioterapi, elakkan sakit otot. Kalau sis nak try suplemen shaklee untuk otot & tulang, boleh kontek saya (Y)

  25. mungkin sesekali kena pergi manja2kan badan, urut kat spa untuk relaks urat2

    Akak dulu macam tu juga, di pejabat duduk sampai 8 jam amat menyiksa diri. Sampai kena pergi hospital, buat rawatan fisioterapi. Masalahnya, sakit tu hilang sekejap jer, nanti datang balik melainkan kita kurangkan tekanan pada tulang belakang kita macam baring, duduk dalam keadaan paling selesa, merehatkan saraf dan buat senaman diajar dekat fisioterapi. Yang penting kena konsisten la

  26. Sy pun.. sakit kat tengkuk.. tegang jew.. huhu..

    Cuba positifkan diri.. cuba relax a bit.. harap xserius dan bertabahlah.. kita nih wanita mmg perkasa kuat.. hihi

  27. Dulu kerap juga kena sampai terpaksa makan ubat saraf sebab tak tahan sakit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *