Saat di uji

Saat kita di uji.. buatkan kita semakin “sedar” tidak semestinya kita suci dari semua kesalahan. Ujian adalah untuk menyedarkan hakikat kehidupan kita di duna ini. Semakin hebat ujian yang ALLAH berikan adalah untuk menguji sama ada kita beriman kepadaNYA atau sebaliknya.

Firman Allah swt dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 155 – 156:

” Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata innalillahi wa inna ilaihi raajiun (sesunggunghnya kami milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali)”

syamim 1mei2016
my son ..

Tak suka tulis pasal agama sebenarnya kerana saya sedar. Masih belum layak untuk mengulas pasal agama, masih banyak saya kena belajar. Saya sengaja tulis begini kerana saat ini , ketika ini ujian tak henti henti menerjah. Namun saya terima dengan redha. Lepas satu .. satu ujian. Saya terima semoga ada kemanisan di akhir cerita.

Senyum selalu , jika kita sedang di beri ujian.

Show 5 Comments

5 Comments

  1. kita diuji, tanda tuhan masih tidak lupakan kita… sabar dan hadapi dengan tenang. fikir juga berapa banyak nikmat yang telah kita ada.

  2. semoga sabar dalam menempuhi ujian.. kita di uji kerana, Allah sayang pada kita..

  3. Samalah kiter.. masih mentah lagi untuk berkongsi bab agama.. tapi sikit2 tu boleh la.. Kadang-kadang Allah tak mau kita berterusan macam tu..sebab tu diberi dugaan.. agar kita sedar diri sikit.. hehe..betul tak puan bee?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.