Runtun Qalbu Ganti Nazihah | Sinopsis drama Runtun Qalbu

Runtun Qalbu Ganti Nazihah | Sinopsis drama Runtun Qalbu

Tajuk ada dua cerita satu Drama Runtun Qalbu akan mengantikan Drama Nazihah seperti yang kita tahu waktu tayangan nya adalah pada Jumaat jam 9 malam di Slot Zehra. Runtun Qalbu menjadikan Fasha Sanda yang kini bakal melahirkan cahaya mata sebagai watak utama.

Satu lagi korang suka atau benci Fasha Sanda ek ? . Tak lah maksudnya bukan saya membenci Fasha Sanda , tetapi saya nak cakap.. walau macam mana komen , kritikan suka , kritikan tak suka pada Fasha Sanda pun , Fasha Sanda tetap di ambil / di angkat menjadi pelakon drama yang best-best. Kenapa ye ? Ada aura tersendiri si Fasha Sanda ni agaknya. Jadi saya agak lah drama Runtun Qalbu ni mesti best sebab ada Fasha Sanda . Dan seorang lagi pelakon kegemaran ramai Fida.

drama runtun qalbu

Dalam teaser Runtun Qalbu dah nampak sikit perut Fasha Sanda. Comel 🙂

Sinopsis drama Runtun Qalbu

Mengisahkan tentang Qalbu (kamal) yang melalui satu penghijrahan dalam hidupnya dari hitam kepada seorang hamba yang taat.

Namun, sejauh mana dia berubah dan lari dari kehidupan lamanya, semakin itu juga dia dekat dengan hakikat dan sejarah yang pernah dilaluinya sebelum itu.

Namun pada itu, Qalbu sentiasa menjadi perhatian jirannya, Idayu (Fasha) yang menyimpan perasaan terhadapnya.

Tanpa memikirkan soal kerja Qalbu seorang penjaga bilik mayat dan personalitinya yang pelik, diam dan tidak mudah memandang mata orang, Idayu yang juga anak kepada pemandu teksi itu tetap menyukainya.

Qalbu tidak punya hobi lain selain berada di sebuah masjid yang akhirnya menemukannya dengan seorang gadis yang kerjanya mengajar kanak-kanak mengaji, Ustazah Fatihah (Fida).

Itulah minat Qalbu, namun tidak pernah mereka berbicara hinggalah takdir menemukan Qalbu kepada Kelabu lakonan pelakon muda, Shah Iskandar yang terbabit dalam kemalangan dan akhirnya dijaganya seperti keluarga sendiri.

Kronologi perkenalan Qalbu dan Ustazah Fatihah bermula di situ di mana Kelabu yang sering menjadi orang perantara. Sayangnya, Fatihah bukannya menaruh cinta kepada Qalbu, tapi Kelabu dan membuatkan keadaan itu sangat janggal.

Pelakon utamanya terdiri dari :

  1. Kamal Adli sebagai Qalbu,
  2. Fasha Sandha sebagai Idayu,
  3. Shah Iskandar sebagai Kelabu,
  4. Fida Ibrahim sebagai Ustazah Fatihah,
  5. Shukri Yahya sebagai Bon,
  6. Reen Rahim sebagai Amy,
  7. Kaza sebagai Zaidi,
  8. Razak Ahmad sebagai Imam Musa,
  9. Rosnah Johari sebagai Rahimah,
  10. Juhara Ayob sebagai Hajah Zubaidah ,

Teringat drama terakhir Fasha Sanda Seindah Sakura 🙂

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

10 Comments

  1. pening tgk cite mlayu zmn skrg…ngntuk

  2. memang tak berapa minat si fasha ni..tapi tak dinafikan drama2 yang dia berlakon memang best..teringat2 lagi drama Chinta..

  3. Cerita Nazihah mati gitu jer.. Hero mati..
    Fasha nampak ayu bertudung.. mudah2an
    dgn drama ini sedikit hidayah terbuka utk beliau..

  4. drama ni macam lawak je sbb nama2 unik. jalan cerita mcm best , tak pasti dpt tengok…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *