Rumah Anak Yatim Di Selangor : Rumah Kasih Nurul Hasanah

Share

Assalamualaikum dan hai , saya terpanggil untuk menulis sedikit info tentang Rumah Kasih Nurul Hasanah. Dah lama saya berkawan dengan ustazah RKNH ini di facebook  dan memberi sumbangan sedikit mengikut kemampuan saya , namun saya rasakan apa yang saya buat masih tidak cukup. RKNH masih memerlukan banyak lagi sumbangan wang ringgit dan juga barangan kegunaan harian. Sepanjang saya mengikuti facebook ustazah , saya tak tahu pula RKNH ada blog sendiri dan di sediakan banner untuk memudahkan usaha penyebaran info tentang RKNH ini di sebarkan di internet. Kalau tahu dah lama saya tempek. Jadi untuk memudakan Tuan/Puan .. boleh lah klik banner di sebelah kanan blog saya ini untuk melihat sendiri gambar dan update terkini dari admin.

Terkini , penyelia RKNH memerlukan dana untuk membayar sewa rumah anak yatim tersebut. Semoga dengan hasil penulisan saya ini dapat membantu serba sedikit.

Di harapkan pembaca blog ini dapat sama-sama memberi sumbangan semampu mungkin , RM1 pun tak apa … dan tolong lah viral kan benda baik begini.

Memohon Kerjasama membantu Rumah Kasih Nurul Hasanah (RKNH)

Sinopsis tentang RUMAH KASIH NURUL HASANAH

Rumah Kasih Nurul Hasanah,bermula kerana rasa terpanggil
mendengar keluhan dan sedih masyarakat yang diuji dengan pelbagai
kesusahan dan kesempitan hidup terutamanya anak2 yatim ,mualaf,
ibu tunggal,balu serta mereka yg dihimpit kesulitan serta musibah.

Rumah Kasih

Rumah yang di dalamnya wujud kasih sayang yang tinggi ,suka duka
di kongsi bersama,saling menghargai,mendahulukan orang lain dari
diri sendiri,nikmat yang datang di kongsi dan bekerjasama

Nurul Hasanah

Cahaya kebaikan yang menerangi hati yang telah dikotori dosa.Rasulullah s.a.w adalah cahaya kebaikan yang tiada tandingan.Kehebatan akhlak dan pengorbanan baginda dalam membela fakir miskin menjadi contoh di atas segala contoh.

Sabda Rasulullah s.a.w,
“Kebaikan sedekah yang dilakukan boleh memadam kejahatan “

Mula dibuka : April 2012

Bilangan Anak-anak dibawah RKNH : 28 orang
Bilangan yang bernaung di bawah RKNH : 106 orang

Berumur : 5 bulan hingga 17 tahun

Lokasi : No 1, Jalan Pimping Kanan,
Ukay Height,68000,Ampang,
Selangor.

Tel/Fax :  03 – 425 33500 (Asrama)  /  03 – 426 65200 (Pejabat)

H/P  : 019-3349933 / 011-27270704 / 019-3349955

Website :

Email : rumahkasihnurulhasanah@yahoo.com

Facebook : facebook.com/rumahkebajikannurulhasanah

FanPage : facebook.com/rknurulhasanah

Akaun Maybank : 562 777 213 969
Nama Akaun : Rumah Kasih Nurul Hasanah

Akaun Bank Islam : 1211 3010 0495 12
Nama Akaun : Pusat Jagaan Kasih Nurul Hasanah

Akaun CIMB : 860 050 2281
Nama Akaun : Pusat Jagaan Kasih Nurul Hasanah

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini. Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

4 Comments:

  1. insyaAllah ada rezeki mereka nanti

  2. thanks akak…insyaAllah boleh hulur ikut kemampuan dan share kat blog ciktom.com untuk tolong anak2 yatim RKNH…

  3. semoga dipermudahkan urusan mereka sis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *