Roti Gardenia & Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Roti gardenia pilihan ? sapa ? pilihan saya lah .. sebelum ni saya selalu beli roti gardenia jenis putih paling popular lah kan. Tapi sejak kay (suami saya) jatuh sakit , dan memang kena jaga makan roti gardenia berserat tinggi menjadi pilihan saya. Supaya cepat kenyang dan juga berkhasiat. Anak-anak pun boleh makan sebelum ke sekolah sebagai sarapan pagi.

perisa roti gardenia baru tanpa oengawet tiruan , sintetik atau bukan semulajadi
Antara banyak-banyak roti gardenia yang mana korang suka ?

Saya paling suka Toast’em , dicampur kismis dan oat ( plastik warna ungu ). Sedap .. tapi kadang-kadang saya beli kan sekali Gardenia rendah lemak , ( plastik warna hijau ) ada 100% Wholegrain dengan biji kuaci , yang ini kurang sedap , tapi kenyang… dan harga murah pun sikit dari toast’em ni.

Tetapi sebenarnya saya bukan nak citer pasal saya beli roti gardenia hari-hari sangat , cuma saya baru tahu sekarang .. mungkin semua orang dah tahu .. yang Roti Gardenia ini kepunyaan Orang Melayu terkaya Malaysia iaitu Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary setelah saya baca di sebuah blog … apa punya ketinggalan saya nih..

INFO :

  1. 10 Orang Terkaya Di Malaysia
  2. 20 Senarai Orang Paling Kaya Di Malaysia 2012

Gardenia

1. Sebelum Gardenia diambil alih oleh TS Mokhtar, Gardenia berada di bawah ‘supply-chain’ orang bukan Islam.

2. Dan sebelum itu juga terdapat beberapa kes kedengaran mengenai Gardenia itu tidak halal, mengandungi unsur yang haram.

3. Majoriti yang menggunakan label Gardenia adalah daripada bangsa Melayu yang juga beragama Islam.

4. Cuba bayangkan sekiranyalah terdapat individu yang mempunyai niat khianat dan meletakkan walau setitis pun minyak babi ke dalam campuran tersebut, kesannya akan sampai kepada siapa?

5. Maka dengan inisiatif untuk menjaga label Gardenia ini supaya tidak tercemar dengan perbuatan sedemikian, datanglah satu rasa tanggung jawab kepada TS Mokhtar untuk memastikan perkara ini tidak berlaku.

6. Sekiranya angin tidak bertiup masakan pohon boleh bergoyang. Boleh baca artikle penuh disini — [LINK]

Gulp! Gulp! – terjumpa artikle di atas ketika buat carian tentang asal usul roti gardenia. Walau apa pun Gardenia memang sedap dan melekat di hati ku ….

Layan lagu iklan roti gardenia tahun 1986 

Author: puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini. Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

20 thoughts

  1. Kalau diperhatikan sejak ada gst ni, harga semakin mahal, Dan saiz semakin kecil. Tak mustahillah kalau bertukar kpd jenama lain yg masih lagi murah. Kini mengutamakan jenama murah, kenyang tanpa mengira siapa yg membuatnya. Fikir- fikirlah ape akan jadi pada orang bawahan yg hanya bergantung kpd roti sebagaiganti nasi.

  2. Sememangya dr dulu lagi kmi sekeluarga gemar membeli roti gardenia dr roti jenama lain..tp pernah la jgk beli roti massimo ni…oopss…skrg br tau…xmau bli lgi

  3. saya penggemar roti gardenia…anak-anak saya pun suka…saya paling suka roti putih dgn roti ikan bilis…yumyum…biasanya klu beli roti gardenia saya beli dua …

  4. sangat jarang beli roti gardenia sebab selalunya beli, tup2 dah berkulat sebab asyik keluar jer sampai terlupa nak makan, namun bersyukur dengan perkembangan gardenia yang di tulis oleh puan bee ni

    terimakasih kerana berkongsi

  5. kutu paling suka gardenia butterscoth..yg toestem tu tak pnah makan plak..macam tak pernah nmpk je kt mini market n kedai runcit.kutu mmg tak penah beli roti dekat hypermarket.time kutu diet dulu mmg makan roti wholegrain tu je,low calorie kan?hiks..

  6. biasa makan roti gardenia, rotinya berkuali, n tahan lama sikit, dah expired 2 hari pun tak berkulat. bila orang kita dah ambil alih, dah tak sepatutnya ada was2 lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *