Rezeki itu bukan milikku

Beberapa bulan lepas. September 2012. Saya telah di lamar oleh satu agensi kerajaan , hendak bekerja sama untuk menerbitkan artikel setiap bulan secara berkala. Saya letakkan harga sekian-sekian , beliau berkata .. “oh , boleh kurangkan lagi ? sebab hendak buat atrikel setiap bulan , seperti yang telah di lakukan oleh pihak akhbar bla bla bla “.

Jadi saya fikirkan , mungkin setelah kurangkan harga , beliau akan memberi “job” berterusan sepanjang tahun , saya berkira-kira sebulan dengan RMXXX pun boleh la. Kalau setahun dah jadi RMXXXX.

pusat sumber

Peace .. peace juga .. #eh ?

Saya bersetuju dengan harga yang beliau tawarkan. Tak apa la .. memandangkan kerja sama sepanjang tahun. Beliau minta saya tulis artikel bedasarkan fail yang diberi melalui email. Fail tersebut mengandungi penerangan panjang lebar mengenai perkhidmatan kerajaan di dalam bahasa english. Saya yang “kureng” sikit dengan bahasa english , jenuh juga mentafsir dan menulis semula artikle tersebut di dalam bahasa melayu dan gaya saya sendiri. Kemas dan teratur. Saya hantar copy artikel tersebut melalui email.

Dan dah selesai .. Waktu tu orang semua sibuk hendak beraya . ๐Ÿ˜› saya tulis 4 artikel … termasuk 2-3 artikel iklan dari syarikat lain. bayangkan masa yang di ambil untuk hasil kan 4 artikel dan buat persiapan raya dan hendak balik ke kampung .

Saya harapkan , ada balasan .. sama ada setuju atau tidak dengan apa yang saya tulis. Sama ada artikel tersebut di terima atau tidak dan sama ada boleh teruskan publish artikle tersebut.

Diam ………………………… sehingga Januari 2013.

Saya terima email lagi .. minta saya buat artikel baru dan bersetuju dengan harga yang saya tawarkan dulu. Saya hairan , tajuk sama.. macam pernah buat .. saya buka email tetapi tidak buka fail yang dikirimkan untuk di jadikan contoh tersebut kerana saya buka email melalui telefon waktu tu.

Lambat sikit nak balas , tengah kalut dengan ketiadaan air dan anak ingin pergi bersekolah pada awal tahun , ย jadi saya tidak membalas email tersebut. Orang dari syarikat kerajaan menelefon saya , bertanyakan sama ada saya ingin membuat adsvertorial tersebut atau tidak. Sama ada saya terima email atau tidak.

Saya ia kan sahaja.

ย “ Ok .. saya dah tengok email awak dan akan buat artikel awal untuk penilaian awak. ย Tetapi di sebabkan sebelum ni , saya pernah hasilkan artikel dengan tajuk yang sama dan saya tidak mendapat apa-apa balasan sejak september , jadi saya minta pihak awak bayar dahulu baru saya tulis artikel tersebut.

Beliau berkata ingin berbincang dengan pihak pengurusan dan memberi kata putus sebentar lagi. Saya tunggu ..

Sambil itu saya buka laptop dan buka fail yang di kirimkan untuk buat contoh adsvertorial yang saya akan karang sebentar tadi , kalau-kalau orang kerajaan itu bersetuju dengan syarat saya.

Dalam pada itu beliau telefon saya semula dan berjanji akan bayar separuh dahulu dan akan bayar sepenuhnya apabila artikel tersebut di publish di blog saya.

Saya setuju ..

Saya buka fail contoh yang di hantar , saya buka word untuk menulis.

Dan …

Cuba teka apa terjadi ???

Artikel saya yang di hantar pada bulan september 2012 itu yang beliau hantar pada saya semula untuk di jadikan contoh ???

Apa ?????

Terus saya capai telefon dan hubungi melalui telefon , tak ada email-email lagi , lambat dapat jawapan.. Saya hubungi beliau tapi di sambut oleh orang lain dan menyatakan beliau sedang menghadiri mesyuarat , saya tinggalkan pesan supaya hubungi saya semula.

Beliau hubungi saya dan saya cakap.

“Encik hendak saya tulis artikel berdasarkan artikle yang encik beri pada saya ? “

Beliau menjawab “Ya .. puan boleh ikut contoh tersebut”

Betul ni encik ? ermm .. kalau ya , maksudnya saya tak perlu tulis lagi , itu adalah artikel saya yang saya tulis pada september 2012 , saya masih ingat , selepas saya hantar artikel tersebut , pihak encik mendiamkan diri , pada awalan perbualan saya dah sebut , jadi no point la saya nak tulis artikel baru ikut contoh artikel yang saya tulis ย “

Beliau berkata ,” ย artikel tersebut tidak mendapat kelulusan pihak kami. Dan waktu puan hantar artikel tu , orang lain yang uruskan , saya baru je bekerja beberapa bulan ini.

Oh ye .. tak pe la … , kalau artikel tersebut tidak mendapat kelulusan , apa kata encik tulis dan beri point2 ,gambar rajah atau draf yang penting2 dan hantar pada saya , sebabnya semua point di dalam artikle yang saya hantar tu saya dapat dari contoh yang pihak tuan hantar pada bulan september , semua point penting saya dah tulis ..

Beliau berkata ” baik la .. saya akan tulis draft tersebut dan hantar pada pihak puan. saya minta maaf atas kesilapan terdahulu

ye lah , kalau kesilapan terdahulu di sebabkan oleh orang lain , saya maafkan , hendak tak hendak benda dah jadi OK .. perbualan di tamatkan …………

Setelah hampir sebulan ni , belum ada apa-apa balasan atau draft yang di hantar ke email saya .. hairan juga kan ? artikel yang tak di luluskan boleh menjadi contoh untuk di tulis semula ? hairan tak ? ย 

Biasanya contoh ni mestilah terbaik. mana ada orang buat contoh benda yang orang tak nak guna ? Saya sekolah tak tinggi , kerja pun tak .. tapi saya tak lah bodoh sangat (ayat geram)

Mungkin orang yang berurusan pada september 2012 itu orang yang sama dengan januari 2013 ?

Hanya ALLAH yang tahu .. apa yang pasti rezeki itu bukan milikku ~

Saya tawar hati dah , memang tak akan bekerja sama dengan orang ni lagi … biar tak ada apa2 income dari buat kerja sia-sia , saya juga manusia biasa .. bukan seorang yang boleh di kotak katik kan. Dari saya luangkan masa , tenaga dan ruang layan orang buat kerja macam ni baik saya tidur ..

Kepala tak ting tong , hati pun senang ..

Ada banyak pengalaman dengan adsvertiser sebenarnya yang boleh di dedahkan kalau nak sebenarnya . Orang mengata blogger buruk secara terang-terang , tetapi ada lagi perkara yang lebih buruk terselindung di sebalik nama yang gah-gah.

Sebab itu saya baca entri Luahan hati seorang blogger – Harga sebuah penulisan ini saya komen dengan panjang juga , sekali terluah perasan disitu ๐Ÿ˜› , macam blogger ni bukan manusia jek di buat nye ek ..

________________________________

Moral nya disini :

  1. Jika anda hendak mengambil kerja tulis iklan berbentuk artikel / iklan persendirian (banner).
  2. ย Buat satu syarat terang-terang secara bertulis di dalam bentuk word , minta pengiklan fahami dulu. Setelah mereka membaca baru lah di teruskan dengan peringkat seterusnya.
  3. Bayaran separuh atau penuh dahulu ,elakkan ย tulis baru minta bayaran , mereka boleh buat diam macam di atas dan kita melopong saja.
  4. Elakkan buat kerja free / tidak memberi pulangan pada blog / tidak mendapat win win situation / dan di pergunakan oleh pihak lain. Percayalah diorang dapat banyak duit hasil dari pengiklanan atau deal dengan blogger. Kecuali peniaga online yang membuat perniagaan sendiri. Dan tidak gunakan orang tengah . Ini bab lain .. selalu saya bertolak ansur jika mereka minta.

Salah saya .. sebab selalu bersangka baik pada orang , selalu terkena .. huuuu ~ redho !

68 Comments

  1. fyna 8 March 2013 Reply
  2. dayah 7 March 2013 Reply
  3. Norfanil 25 February 2013 Reply
  4. akuzle ayu 24 February 2013 Reply
  5. Kamarul Ariffin 24 February 2013 Reply
  6. syazrin 1 February 2013 Reply
  7. Ummi Hanie 30 January 2013 Reply
  8. mama pipie 30 January 2013 Reply
  9. ainina jelani 30 January 2013 Reply
  10. Arrazi 29 January 2013 Reply
  11. puan kutu 27 January 2013 Reply
  12. Hafizul 26 January 2013 Reply
  13. Ladfe Amir 25 January 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 25 January 2013 Reply
  14. syamila 24 January 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 24 January 2013 Reply
      • hafizmd 29 January 2013 Reply
        • puanbeeAuthor 29 January 2013 Reply
  15. yanmie 23 January 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 24 January 2013 Reply
  16. WildOrchid 23 January 2013 Reply
  17. liya deen 23 January 2013 Reply
  18. iAwani 23 January 2013 Reply
  19. sicantikmatahari 23 January 2013 Reply
  20. mia liana 23 January 2013 Reply
  21. kakngah 23 January 2013 Reply
  22. cik tom 23 January 2013 Reply
  23. papa mifz 23 January 2013 Reply
  24. akubiomed 23 January 2013 Reply
    • hafizmd 29 January 2013 Reply
  25. Kujie 22 January 2013 Reply
  26. nurmisnan 22 January 2013 Reply
  27. kozumi ro 22 January 2013 Reply
  28. kozumi ro 22 January 2013 Reply
  29. ejam 22 January 2013 Reply
  30. titan 22 January 2013 Reply
    • hairulafiz 23 January 2013 Reply
    • yanmie 23 January 2013 Reply
      • titan 24 January 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 25 January 2013 Reply
  31. zie fauzi 22 January 2013 Reply
  32. wan_math 22 January 2013 Reply
  33. mama adam 22 January 2013 Reply
  34. Blog Keperawatan 22 January 2013 Reply
  35. Anuar 22 January 2013 Reply
  36. diana 22 January 2013 Reply
  37. Ummi Hanie 22 January 2013 Reply
  38. Bro Framestone 22 January 2013 Reply
  39. cmratu 22 January 2013 Reply
  40. galut 22 January 2013 Reply
  41. Nadot 22 January 2013 Reply
  42. Faiz 22 January 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 22 January 2013 Reply
  43. sohoque 22 January 2013 Reply
  44. Lulu Caldina 22 January 2013 Reply
  45. Denaihati 22 January 2013 Reply
    • Ladfe Amir 25 January 2013 Reply
  46. ciklaili.com 22 January 2013 Reply
  47. adam narzuan 22 January 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 22 January 2013 Reply
  48. Melastik Bintang 22 January 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 22 January 2013 Reply
      • Melastik Bintang 22 January 2013 Reply
        • puanbeeAuthor 22 January 2013 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.