Review Redianze Untuk Rawat Mata Dan Kulit

Spread the love

Meh nak review produk Redianze ni untuk kali pertama saya guna dan rasa produk ini. Jujurnya lepas guna produk Redianze collagen ni , saya dapat rasa perubahan ketara pada masaalah sembelit hahah itu masaalah saya sejak lepas melahirkan anak pertama sehingga sekarang anak dah 3 pun , entah lah mengikut kata doktor saya kurang makan makanan serat. mungkin kot! Ala tapi datin – datin dan artis-artis kat luar sana pun ambik collagen tau kalau nak cantik , dan kulit gebus ?haha..cuma diorang tak cakap lah , mana boleh cakap rahsia tu .

Produk Redianze
Produk Redianze

kandungan redianze ni adalah ?:

6,000 kali lebih kuat dari Vitamin C
3,000 kali lebih kuat dari Resveratrol dan Quercitin
800 kali lebih kuat dari CoQ10
560 kali lebih kuat dari Epigallocatechin Gallate
550 kali lebih kuat dari Vitamin E
75 kali lebih kuat dari Asid Alfa-Lipoik

Kehebatan Produk ni

AstaREAL? P2AF – “antioksidan terkuat” dalam dunia dihasilkan dari ekstrak semulajadi mikroalga untuk memusnahkan radikal bebas. Dengan membasmi gejala diakibatkan oleh redikal bebas, ianya dapat menyerlahkan keremajaan kulit secara menegang, menganjal dan mengurangkan kedutan pada kulit. Mengembalikan keseimbangan antioksidan semulajadi kulit yang menlindungi membran sel daripada pengoksidan semulajadi kulit yang melindungi membran sel daripada pengoksidan lipid oleh sinaran UV. Menghalang proses keradangan yang disebabkan oleh pengaruh oksidasi bagi membolehkan penyembuhan struktur kulit berlaku di samping mengekalkan kelembapan pada kulit.

Hydrolyzed Marine Collagen Peptide – Kalogen diperlukan untuk membaikpulih dan membina semula kulit, sendi dan organ dalaman. Ia diuraikan kepada rantaian peptida dan asid amino yang halus melalui proses enzimatik bagi memudahkan penyerapan oleh sel badan. Dengan mensasarkan jaringan kolagen, ia membangun dan menguatkan jaringan ini bagi mengembalikan ciri-ciri keremajaan.

Prunus Persica Extract – Kaya dengan vitamin, fiber, zat besi dan potasium yang mustahak bagi meningkatkan keutuhan dan kecantikan kulit.

Vitamin C – Asid askorbik bagi merangsang penghasilan kolagen.

Redianze rawat mata , katarak , kelesuan
Redianze rawat mata , katarak , kelesuan

Baca semua di atas dulu sebelum beli hehe .. Yang penting rasanya tu , bagi saya boleh tahan , ada rasa mcm jambu batu , macam carrot pun ada , semulajadi lah rasanya , kalau korang biasa minum jus carrot susu tu korang tau rasanya ala-ala gitu lah , dapat tahu redianze collagen ni di buat dari apa.

Produk Redianze
Produk Redianze

Saya sebenarnya nak kan ini je ” Mencegah katarak, kelesuan mata serta kemerosotan akomodasi mata ” Mata saya siyez semakin teruk asyik duk hadap laptop aje .. bila drive rasa macam ade benda duk halang pemandangan , ritu dah buat spek mata ?, malas betul pakai atau letak apa-apa kat mata ni, contact lens lagi ler , ?kita yang rajin menghadap laptop ni memang tak elok untuk mata , mata cepat letih lesu , lama-lama dapat penyakit mata , Kalau korang tengok pun mata saya memang kemerah merahan , sampai satu tahap kadang-kadang boleh migrain hanya kerana mata terlalu letih , kena tidur baru ok ! risau juga sudahlah malas minum jus carrot yang kaya vitamin tuk mata , eh minum ok , nak buat tu payah sikit ..so cuba lah redianze ni untuk dapatkan mata yang cantik , jelas tak de masaalah dan juga kulit yang cantik seolah-olah di botox hahaha .. kemain!

Baru minum 4 paket ! kulit memang rasa lembab dan muka nampak berkilat sikit .. hehe napa saya suka benda cam ni ? ada tak pembaca yang gila sama saya suka benda-benda gini ?

Nak Order ? Pergi sini saya pun order dari situ lah , siap tanya dekat ownernya , kalau minum 6 hari je ade kesan ke ? dia dengan yakinnya jawab , cuba dulu baru tau ! ok .. i try ..

25 thoughts on “Review Redianze Untuk Rawat Mata Dan Kulit”

  1. Ya, pada kotak Redianze trdapat tanda Halal. Sebelum kelulusan Halal diberikan oleh pihak JAKIM, produk Redianze terlebih dahulu perlu mendapatkan kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

    Tanda KKM tidak diletakan pada kotak Redianze kerana produk ini bukan ubat, tetapi supplement untuk kesihatan.

  2. Redianze ni ade kelulusan kkm x….sy dh byk mkn produk intenet semua ade kesan masaalah kesihatan sampai jd takut nk cb produk …tp masih mncr yg sesuai

  3. Salam perkenalan,

    Saya juga dah cuba 5 kotak redianze hanya untuk mata sebab saya ada selaput mata dan mata pun kemerahan asyik ngadap laptop je ..macam puan Bee..setakat ni mata belum ok tapi kawan dah tegur kulit nampak cantik..memang berkesan kot collagen ni…sembelitpun dah kurang…cuma harga mahal sikit le….

  4. Pingback: Badan Penat, Mata Pun Penat | SyamilaMohd@RumahKu SyurgaKu

  5. bagus sgt tu bee…dlm masa singkat dh nampak kesan….kak sya pun sembelit teruk gak…tapi lepas makan spirulina ni baru ok…alhamdulillah…

    kak sya ni jenis susah sket nk ambil ubat yg jenis minuman ni….masalah plg besar…malassssssss….huhuhuuhu…patutnya nk kena paksa diri kan….

    lebih suka dan lega minum air masak…air manis biasa ambil segelas je dlm satu hari….

    tp cam best je produk ni…nanti blh la cuba nanti bila dah ready….he3…

    tq for sharing

    1. produk ni tk manis sedang2 je , kak sya boleh ler cuba , sbb dia ni selain tuk kulit banyak kebaaikkannya , collagen lah katekan ..

    1. saya kalau tk guna produk tu susah sikit nak review .. kalau guna dan rasa baru boleh review.. dan saya suka review.. berbelit dah ni

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *