Review Diapers Goo.N Baby dan 80% LESS untuk di rebutkan.

Assalamualaikum dan hai semua mama dan papa … kali ini saya nak review satu jenama lampin pakai buang iaitu Goo.N. Asal usul diapers ini dari Jepun . Jadi teknologi yang di gunakan pun mestilah teknologi Jepun ya. Biasalah saya menggunakan diapers saiz L untuk si model bertuah di bawah ini. Syamim namanya .. 2 tahun ++ .

Ermm best ke tak diaper Goo.N ini ?

klik : BIG BABY FAIR – UP TO 80% LESS
goo.nDidalam gambar di bawah menunjukan muka depan bungkusan diapers Goo.N ini. Di hadapan nya sudah di nyatakan Goo.n boleh menerima sebanyak 5 x cawan air dan anak anda tidak akan terasa basah. Lembut dan banyak lagi extra extra lain contoh nya extra dry , extra soft dan ada wetness sign juga. Semua ini saya dah uji dan result ada di bawah ini. Baca sampai habis naaa .. goo.n 21

Di datangkan dengan 5 warna dalam setiap pack. Ceria .. boleh main teka warna dengan anak. Hihi .. anak suka ibu gembira ..

goo.n 17

Contoh di dalam gambar di bawah  , ujian ketebalan di lakukan. Sebenarnya saiz L jenama Goo.n besar sikit dari saiz L jenama lain. Saya dah bandingkan dengan 2 jenama. Jadi kalau anak chubby tak perlu risau ketat. Kalau anak slim tak perlu risau longgar kerana Goo.n telah pun menyediakan kelebihan lain untuk anak slim.

goo.n 9

Walaupun nampak dan terasa macam nipis. Percayalah .. apabila di curahkan air … pasti akan terkejut. Saya nak buat video tapi tak boleh upload hanya gambar je mampu.

goo.n 11

Adhesive tape :

Material baru dan bentuk dari pita perekat yang tidak menyebabkan iritasi dan dapat di gunakan berulang kali. Walaupun terkena bedak dan lain lain. Bentuk kemas dan pasti nya tidak akan melukakan pahe anak anak.

goo.n 15

Firmly fit :

Di datangkan dengan getah pinggang dan getah di bahagian tepi elastik yang tinggi , lembut dan anak dapat bergerak tanpa rasa melecek.

goo.n 12

Ultra soft :

Inovasi baru (3 dimensi – bergelombang ) design permukaan dengan kuasa serapan lebih tinggi dan megunci cairan dan akan membuatkan anak terasa kering dan selesa walaupun banyak bergerak. Tak akan bocor.

goo.n 13

Super dry and high absorbency / wetness sign

Ya .. saya dah buat ujian , memang betul .. tak terasa basah langsung uols. Saya gunakan diapers XYZ yang biasa saya gunakan dan di bandingankan dengan diapers Goo.n ini. Hasil nya sangat menakjubkan.

Ujian 1 :

1 Cawan air di curahkan ke atas diapers.

goo.n 8

Perhatikan wetness sign yang terdapat di dalam gambar di bawah. Warna asalnya kuning bertukar menjadi biru. Ianya berfungsi sebagai penada aras tahap mana ibu perlu menukar lampin anak.

goo.n 1

goo.n page 2

Ujian 2  :

Untuk lihat tahap keselesaan anak setelah beberapa kali di curahkan air. Jenama xyz nampak basah manakala diapers jenama Goo.n nampak snagat kering . Serius terkejut saya masa tu. Memang terasa kering dan tidak terlalu tebal.

goo.n page

Setelah di pakaikan beberapa kali ke syamim. Dia memang suka dan minta nak pakai diapers Goo.n ni , pampers jenama lain pun ada di rumah ni. Jadi dia pilih yang mana dia suka. Kita layan kan saja la. Serius diapers Goo.n ini elok dan selesa anak anak pakai. Berbaloi dengan wang yang kita laburkan.

Kami bercadang nak beli beberapa kotak dari Baby fair yang akan berlangsung baru baru ini memandangkan ada deal yang sangat best .. 80% diskaun beb .. tak nak lepaskan peluang. –> BIG BABY FAIR DEALS

Comments

  1. terbaik review puanbee… haii kawan Muaadz (syamim)

    nis takde rezeki nak review kot. lewat baca emel. lgpun nak entri serajin gini pun mcm tk dpt kot

Speak Your Mind

*