Review Buku Disney Dalam Bahasa Melayu Dan Buku-Buku Dari Filem Disney

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Assalamualaikum dan Hai .. Apa khabar ? Dah lama saya nak tulis review tentang buku  Disney Edisi Bahasa Melayu ni. Tapi masa sangat tidak mengizinkan. Sibuk sungguh dengan hal duniawi. Allhamdulillah bertambah koleksi buku di dalam rumah ni. Kena cari almari baru pula lah. Dah banyak sangat buku . Pertama kali sila lah tengok video keterujaan anak-anak di dalam video di bawah. Sayang sangat sebab ter”over” merakam sampai panjang video tu. Langsung tak boleh upload ke youtube mahupun facebook.

Sekali pandang buku buku edisi Bahasa Melayu Keluaran Advantage Quest ini sangat lah menarik. Buku nya di datangkan dengan material yang berkualiti .. 5 bintang puanbee bagi. Ilustrasi terang dan sangat menarik mata anak-anak untuk memandang buku tanpa jemu. Hari pertama bawak balik Buku INSIDE OUT dan THE GOOD DINOSAUR anak-anak telah pun habis baca ya. Tak sempat pandang. Siap bawa ke sekolah dan baca sama-sama dengan kawan-kawan lagi. Mereka memang peminat Filem ini.

Untuk pengetahuan , Advantage Quest adalah penerbit utama buku-buku Disney di Malaysia dan sejak tahun lepas, mereka telah menerbitkan lebih 60 buah buku Disney dalam Bahasa Melayu. Malah, buku-buku terbitan mereka setanding dengan kualiti buku-buku antarabangsa dengan harga yang berpatutan.

 

Semua dia ikut kita ckp apa .. kalau baca buku tu suka sangat – sangat .. teruja sangat tuh sampai tak tahu nak terjah mana dulu .. kenapa lah video di Intagram ni pendek sangat .. video panjang lagi tk boleh upload di mana2 sedihhh . . Buku disney dalam bahasa melayu keluaran Advantage Quest , pengedar buku Disney pertama di Malaysia. . Buku buku ini boleh di dapatkan di kedai – kedai buku seluruh Malaysia . Terutamanya Kedai Buku Popular di seluruh Malaysia . Sebelum terrrlupaaaaaa .. Kedai Buku Popular Sedang mengadakan peraduan ” Percutian ke Disneyland Hong Kong ” dengan setiap pembelian RM50 buku di kedainya. . Layari http://Puanbee.com untuk review penuh buku buku ini .. . #BukuDisney #Maribaca #Popular #AdvantageQuest #BloggerReview

A video posted by latifah bee (@puanbee) on

 Review Buku Disney Edisi Bahasa Melayu

TAJUK : ABC – PIXAR DISNEY
SIRI BUKU : LIHAT DAN CARI PERTAMA SAYA
KELUARAN : ADVANTAGE QUEST ( www.aquapublications.com )

Boleh dapatkan di kedai buku berdekatan terutamanya kedai buku Popular. Kedai Buku Popular sedang mengadakan peraduan “Percutian ke Disneyland Hong Kong” dengan setiap pembelian RM50 buku-buku Disney. Borang peraduan boleh diperolehi di semua cawangan Kedai Buku Popular di seluruh Malaysia.

buku-abc-disney

Buku ini sesuai sangat dengan anak berumur seawal satu tahun. Dah boleh main cari barang-barang dan di samping itu dapat juga mengajar anak bertutur dengan betul. Syamim 3 tahun memang suka kan buku ini. Bila main cari barang tersembunyi dia suka bila menang.. bila kalah dia menangis. Sabar saja lah kan.  Untuk anak kecil dah tentu ibu bapa kena bimbing anak .. tapi jangan risau .. ada juga nota  cara untuk ibu bapa membimbing anak membaca.

buku-abc-disney-1 buku-abc-disney-2

TAJUK : THE GOOD DINOSAUR
SIRI BUKU : CERITA ISTIMEWA DISNEY ( KOLEKSI FILEM DISNEY PIXAR )
KELUARAN : ADVANTAGE QUEST ( www.aquapublications.com )

Boleh dapatkan di kedai buku berdekatan terutamanya kedai buku Popular. Kedai Buku Popular sedang mengadakan peraduan “Percutian ke Disneyland Hong Kong” dengan setiap pembelian RM50 buku-buku Disney. Borang peraduan boleh diperolehi di semua cawangan Kedai Buku Popular di seluruh Malaysia.

buku-disney-dalam-bahasa-melayu-12

Gambar sangat terang , menarik .. tulisan pun besar besar , kena mulakan koleksi buku Disney Filem dah ni. Sayang nak letak merata-rata. Buku denngan kulit tebal dan berkualiti. Puas hati.

buku-disney-dalam-bahasa-melayu-2

buku-disney-dalam-bahasa-melayu-3

Menarik nya Buku Disney ini .. ada ENSIKLOPEDIA

TAJUK : ENSIKLOPEDIA PERTAMA SAYA – Terokai Keajaiban Dunia.
SIRI BUKU : Alam semulajadi – Terokai keajaiban dunia bersama watak-watak Disney kegemaran kamu !
KELUARAN : ADVANTAGE QUEST ( www.aquapublications.com )

Boleh dapatkan di kedai buku berdekatan terutamanya kedai buku Popular. Kedai Buku Popular sedang mengadakan peraduan “Percutian ke Disneyland Hong Kong” dengan setiap pembelian RM50 buku-buku Disney. Borang peraduan boleh diperolehi di semua cawangan Kedai Buku Popular di seluruh Malaysia.

buku-disney-dalam-bahasa-melayu-9

Ini buku kesukaan kakak aliya. Walaupun dah berumur 12 tahun. Beliau merupakan peminat haiwan dan dia ada buku ensiklopedia versi biasa , bukan kartun kartun. Memang dia pegang buku satu ni je. Yang lain adik cop.

buku-disney-dalam-bahasa-melayu-7

Kulit buku sangat berkualiti , gambar terang , tulisan jelas. Material kertas yang di gunakan berkualiti tinggi. Terdapat  topik Alam Semulajadi di dalamnya. Antaranya Bumi , Musim dan Haiwan dan banyak lagi .. best ..sangat tak rugi kalau beli dan beri anak-anak baca di masa lapang .

buku-disney-dalam-bahasa-melayu-8

TAJUK : DISNEY JUNIOR
SIRI BUKU : LIHAT DAN CARI
KELUARAN : ADVANTAGE QUEST ( www.aquapublications.com )

Boleh dapatkan di kedai buku berdekatan terutamanya kedai buku Popular. Kedai Buku Popular sedang mengadakan peraduan “Percutian ke Disneyland Hong Kong” dengan setiap pembelian RM50 buku-buku Disney. Borang peraduan boleh diperolehi di semua cawangan Kedai Buku Popular di seluruh Malaysia.

buku-disney-dalam-bahasa-melayu-13

Ini pun best. Eh dah macam mak pulak teruja ye .. Seronok tau baca buku dengan warna warni dan penuh dengan info untuk di serap anak -anak. Sambil baca kuat kuat , Ajar anak sebut dan cari. Sesuai sangat untuk anak-anak 1 tahun ke 7 tahun.

buku-disney-dalam-bahasa-melayu-5

buku-disney-dalam-bahasa-melayu-4

TAJUK : INSIDE OUT
SIRI BUKU : CERITA ISTIMEWA DISNEY ( KOLEKSI FILEM DISNEY PIXAR )
KELUARAN : ADVANTAGE QUEST ( www.aquapublications.com )

Boleh dapatkan di kedai buku berdekatan terutamanya kedai buku Popular. Kedai Buku Popular sedang mengadakan peraduan “Percutian ke Disneyland Hong Kong” dengan setiap pembelian RM50 buku-buku Disney. Borang peraduan boleh diperolehi di semua cawangan Kedai Buku Popular di seluruh Malaysia.

buku-disney-dalam-bahasa-melayu-16

Buku INSIDE OUT pun di petik dari FILEM. Anak – anak dah tengok berulang kali filem ini. Tetapi mereka tetap membaca versi buku ye. Tak mamp menolak membaca buku cantik kekdah nya. Kulit tebal , berkualiti sangat sangat. Pergi lah jenguk jenguk di kedai buku nanti ye.

TAJUK : BUKU AKTIVITI
SIRI BUKU : STIKER , MEWARNA DAN MENULIS , PENGEMBARAAN BERSAMA DORY , FINDING DORY
KELUARAN : ADVANTAGE QUEST ( www.aquapublications.com )

Boleh dapatkan di kedai buku berdekatan terutamanya kedai buku Popular. Kedai Buku Popular sedang mengadakan peraduan “Percutian ke Disneyland Hong Kong” dengan setiap pembelian RM50 buku-buku Disney. Borang peraduan boleh diperolehi di semua cawangan Kedai Buku Popular di seluruh Malaysia.

buku-disney-dalam-bahasa-melayu-15

Buku aktiviti khas untuk laila dan syamim ye .. Untuk mengisi masa lapang di rumah.

buku-disney-dalam-bahasa-melayu-14

buku-disney-dalam-bahasa-melayu-11

buku-disney-dalam-bahasa-melayu-10

Sekian , keterujaan seorang ibu men review buku Disney yang ohsem! Pergi dapatkan sekarang di kedai buku berhampiran , ada peraduan lagi tu. Kot bertuah badan boleh lah bercuti ke DISNEY kan.

Sehingga berjumpa lagi di lain entri. Puanbee minta diri nak menjahit baju dulu. Sambil jenguk anak-anak baca buku cerita terkini diorang.

Daa~

#BukuDisney #MariBaca #Popular #AdvantageQuest

Comments

  1. Bagus untuk anak-anak buku mcam ni..

  2. Theme blog PB apa nama yer Puan…

  3. kalau dalam edisi bahasa indonesia ada tidak ni puan ????

  4. bagus sangat ni untuk budak-budak heee musti suka….

  5. bestnya boleh beli satu untuk anak-anak..

  6. Malaysia Sentral :

    Bagus untuk anak-anak buku mcm ni, sy pn setuju 😀

  7. Kat sini kat mana entah kedai buku Popular..yang paling dekat hassani je..Ada ke entah kat situ..Saya nak beli jugak la.Anak2 suka membaca..Tambah Maisara..Inside out tu memang kegemaran dia la..

    • beli diana , maisara sebaya una , mesti kali pertama pandang da senyum2 ..una tu paling tk suka bawak barang …kalau makanan dia bawak ..tp masa ambik buku ni .. berat pun dia pegang ..sbb awal2 depa dah nampak buku tu ..

      cer google ..kedai buku biasa pun ada rasanya diana ..

  8. wah cantik dah blog PB ni. lama saya tak singgah sini

Speak Your Mind

*