Review : Baju renang baby dari CheeKaaBoo & Giveaway Ramadan Wishlist

Salam ramadan , kali ni nak review baju renang baby dari cheekaaboo , baju renang yang pastinya membuatkan ibu dan bapa di malaysia ni jatuh cinta. Saya sendiri terlebih suka bila tengok anak mandi manda dengan baju renang cheekaaboo yang dari pandangan kasar memang cantik sangat dah. Selain dari cantik ada banyak lagi kelebihan baju renang dari cheekaaboo ini.

cheekaaboo22

Baby syamim telah cuba sendiri , apa kata syamim .. main … hehehe … syamim tengah tidak sihat , cuaca sangat panas … hari – hari dia tak aktif .. saya bawa syamim ke kolam renang untuk biarkan syamim mandi bermain air dan menyejukkan badan. Di samping itu saya tak mahu dada syamim kesejukkan. Nasib baik ada baju renang cheekaaboo yang boleh menahan air dari sampai ke badan syamim. Fuhh .. walau dah sejam mandi manda , selepas saya buka baju , badan syamim masih suam suam gitu.

Tak sabar tunggu ayah balik , lepas ni boleh bawa baby syamim lepak tepi pantai lama-lama , comfirm tak sejuk , tak kena pasir di bontot tu , tak lah terkena sinaran uv secara direct.

Baju renang cheekaaboo dari pandangan mata. Tak sama dengan baju renang biasa. Ianya di design dengan menggunakan material sama dengan baju renang skuba tu. Ada banyak pilihan sama ada zip atau velcro untuk penggunaan baby , tapi saya pilih jenis berzip .. saiz 2 tahun ke 4 tahun. Boleh pakai lama sikit.

Amacam ? terluir tak dengan baju mandi baby ni ? saya nak beli satu lagi untuk Laila pula lepas ni ..  puas hati sangat.


Apa kelebihan baju renang dari cheekaaboo ?

  1. Baju renang dari cheekaaboo di reka khas untuk kanak-kanak dan bayi  iyanya juga mempunyai sistem penebat haba , ketika anak anda sedang berenang di dalam air , anda anda tidak akan kesejukkan , ketika anak anda berada di luar air , anak anda akan di lindungi dari sinaran Uv.
  2. Baju renang ini di perbuat dari bahan di panggil NEOPRENE. Semakin tebal lapisan neoprene ni , semakin suam lah badan anak kita ketika berada di dalam air. Lapisan neoprene di dalam baju renang cheekaaboo ialah 2mm.
  3. Selain itu , baju renang cheekaaboo juga di perbuat dari bahan tahan klorin 100% , ianya tiadak akan rosak dek kerana klorin.
  4. Jadi … ibu bapa tak perlu risau jika anak mahu berenang lama – lama ,  mereka tidak akan kesejukkan. Malahan selesa .. tengok syamim di bawah sudahlah.

 

Bagaimana nak beli baju renang dari cheekaboo ?

Lawati website cheekaaboo di  www.cheekaaboo.com  dan klik online store. Boleh mula pilih baju renang kesukaan anda , pelbagai jenis design dan warna menarik. Lepas raya boleh lepak tepi pantai…

Giveaway Ramadan Wishlist

contest
 
Cheekaaboo sedang mengadakan giveaway ramadan wishlist contest di  SINI KLIK LINK CONTEST  CHEEKAABOO . Tiga pemenang bertuah akan memenangi satu produk idaman hati  yang terdapat  dalam website cheekaaboo dan voucher bernilai RM20. GIVEAWAY SANGAT MUDAH. Hanya beri tau cheekaaboo wishlistkorang dan share di timeline facebook korang.
Giveaway bermula dari 8 julai hingga 14 julai 2016 ini.
Sila lawati akan update semula untuk menyertai nya sekarang.

Show 10 Comments

10 Comments

  1. Sue

    Menariknya.. lepas ni tak la risau anak nak mandi lama-lama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.