REVIEW APA RASA CHIA SEED YANG SEBENAR ?

Assalamualaikum dan hai semua. Kali ni saya nak review apa rasa chia seed yang sebenar. Khasiat ramai orang dah tahu kan ? viral dah di facebook tentang chia seed ni kan ? Chia seed dalam gambar saya menang dari contest anjuran Dianarashid.com , Chia seed ini pula merupakan dari pada Slimtreats. Semasa giveaway berlangsung saya tengah lapang dan tergerak hati nak join. Itu je .. mana tahu saya menang. Allhamdulillah rezeki dari Allah dan juga terima kasih di ucapkan kepada dianarashid.com dan slimtreats.
chia seed - REVIEW APA RASA CHIA SEED YANG SEBENAR ?Jadi apa rasa sebenar chia seed ini ?

Rasa chia seed kosong. Jika kita rendam dengan jus yang ada rasa hanyalah jus buah. Jika kita rendam dengan air kosong sejuk yang ada rasa hanya lah air sejuk.

Ada yang kata ” geli lah nak minum rasa jelly lendir kat tekak ” sebenarnya boleh juga elakkan geli tu dengan cara menrendam sekejap saja chia seed ni , tak perlu lah semalaman kan.

Saya pernah buat agar-agar di tambah chia seed , anak tak suka

Tabur dalam yogurt dan ais krim pun tak suka.

Jadi nya anak memang tak makan chia seed ini. Ibu sorang je lah telan sesorang. Orang kata chia seed boleh tahan lapar. Merepek ja kot. Lepas pekena secawan chia seed dan dan perut lapar. Kalau kau dah memang tak makan lagi satu hari lepas tu kau nak tahan perut dengan chia seed , lupakan lah. Lapar sama je .. Lagi satu hal. Lepas minum chia seed rasa nak ke tandas je  mana kau tak lapar kan.

Semasa saya buat agar agar tak de kesan ke tandas , adakah kerana chia seed telah mengikut resmi agar-agar. Tak pasti. Adakah chia seed menjadi kurang khasiat di sebabkan kita masak chia seed tersebut ? saya pun kurang pasti.

Yang saya pasti minum dengan air , rendam dengan air tak terlalu panas untuk kekalkan khasiat dan effect nak ke tandas tu. Sangat berkesan untuk sesiapa ada masaalah kumbuhan. Kumbuhan penuh tapi sembelit je.. eloklah cuba chia seed. Cara semulajadi tanpa bahan kimia gitu.

Saya tak ada lah diet beriya. Tapi saya saja suka amalkan makanan kesihatan. Nak juga awet muda sikit-sikit. Tak mau lah nampak tua sangat .. cenggitueee ..

Ok lah .. saya menulis ikut mood ni haa . Jam 3.38 pagi. Hujan renyai ..

Please follow and like us:
follow subscribe - REVIEW APA RASA CHIA SEED YANG SEBENAR ?0

No Comments

Post a Comment