Review 3 Produk Penjagaan Rumah No 1 di Japan : Merries , Magiclean & Attack Produk Dan Contest.

Review 3 Produk Penjagaan Rumah No 1 di Japan : Merries , Magiclean & Attack Produk Dan Contest.

Hai korang , lama puanbee tak review produk homecare ini kan ? Sekali lagi puanbee review produk nih harap korang baca sampai habis lah kalau nak menang hadiah make over rumah dan produk dari KAO bernilai RM30,000. Cara sangat mudah .. akan di sertakan di bawah.

kao 6

Semua produk di atas puanbee dah cuba . Jangan risau … ini review betul punya. Pertama sekali saya nak review baby diapers jenama Merries. Produk No 1 di Jepun uols.

Review Diapers Jenama Merries

Nampak , anak saya sendiri dah pakai diapers jenama Merries ini. Selesa ya ampun. Untuk anak yang dah boleh berlari , memanjat dan aktif elok sangat di pakaikan diapers jenis seluar ataupun biasa kita sebut pants. Kawan saya di fb juga memberi komen anak nya pun pakai diapers jenama ini kerana setanding harga dan kualitinya.

kao 11

Kualiti amat penting , jika tiada kualiti anak kita akan menanggung sakit pula nanti. Ye lah kan , bila pakai diapers nipis sangat cepat pula bocornya. Bila pakai diapers jenis tape selalu pula terbuka. Tetapi dengan diapers Merries tak perlu risau lagi. Ianya akan melekap cantik ikut bentuk badan anak. Tidak menekan perut. Tidak keras dan tidak akan sesekali melukakan kulit anak bahagian itu.

kao 3

Model ni kadang kadang suka buat muka pelbagai aksi , geram pula… Model dah besar dan dah pandai tanggal diapers sendiri. Jika pakai jenis tape. Dengan Merries dia tak tanggalkan . Mungkin selesa teramat.

kao 2

Tengah senang hati ni stok diapers banyak katanya.

kao 4

Cari benda tersembunyi …

kao 5

Inilah yang saya katakan. Bahagian pinggang getah elastik. Selesa tak terlalu ketat. Kemas je melekap di badan anak. Nampak bahagian dekat pehe tu ? Memang tidak akan bocor sama sekali. Diapers juga tebal tetapi ringan dan sangat lembut. Jika pakaikan ke anak untuk travel pun tak ada masaalah panas atau kebocoran.

Review Produk Magiclean Yang Sangat Magic.

kao page

  1. Handy Duster Extendable
  2. Magiclean Wiper ( Wipe & Mop )

OMG …. Kedua – dua produk di atas sangat di galakkan puan puan membelinya sekarang. Pergi kedai kalau ada beli terus jangan fikir panjang lagi dah. Ciri yang paling saya suka ianya ringan. Tak berpeluh pun nak mop lantai rumah . Tetapi banyak kekotoran dapat di tanggalkan. Tak perlu susah-susah nak panjat tangga untuk cuci habuk yang terdapat pada bahagian tempat tinggi contohnya aircond dan frame. Penjagaan rumah di zaman moden ni semua dah mudah.Ibu ibu yang sibuk enjoy buat kerja di rumah. Tetapi jika dapat pertolongan dari kaum bapa lagi bagus. Sweet sangat tau!

kao 7

Saya ada buat video semasa pasang .. jemput tengok.

Dalam gambar bahagian atas tu Magiclean wiper (wipe & mop ) Semasa di buka ingatkan benda apa. Plastiknya ringan ya amat. Tak macam mop pun. Setakat anak kecil kita pegang pun tak terasa apa-apa. Batang nya boleh di sambung sambung.

Senang pasang , senang juga di simpan . Mop dan wipe ini di datangkan dengan 2 jenis kain pengelap. Satu basah dan satu kering. Yang basah tu dah tentu untuk buang kekotoran di lantai. Yang kering pula ada fiber untuk menarik habuk dan rambut. Bahagian kepala pula dapat di pusing pusing mengikut ke sesuaian ruang. Bawah sofa , celah tikar , tepi dinding semua boleh.

Selepas dan mop atau mengelap , terus tanggalkan kain tersebut dan buang. Mudah kan ? OMG .. semua rumah ibu moden perlukan benda moden macam ni. Dalam gambar bahagian bawah pula Handyduster Extendable. Dah nama pun extendable kan , batang nya juga senang di pasang dan di buka.

Mudah juga disimpan. Ringan sangat. Tak terasa lenguh pun semasa mencuci habuk di tempat tinggi. Bahagian kepala yang berbulu itu pula boleh adjust ke atas , ke bawah , bengkok . Ada butang untuk lock juga. Omg .. mudah sangat hidup zaman sekarang . Semua moden. Enjoy membersihkan habuk di rumah. Takde la susah.

kao 8Tengok anak dara kita , tolong pegang je. Boleh agak ketinggian dan ringgan tak ringgan produk Magiclean ni. Memang magic lah. Tak sempat berpeluh dah siap. Tak payah guna cara lama , mop dan vacumme lagi … berat semua benda tu , nak simpan pun makan ruang. Kita guna produk ringan dan sangat mudah nak simpan ni. Jimat masa dan tenaga gitu …

kao page 2

Selain Mop dan Handyduster tu , Magiclean juga mempuanyai beberapa produk pencuci lain yang biasa kita guna kan ? Eh tak takkan tak pernah guna semua produk di atas ni. Sema di atas ni akan di masukkan dalam list beli belah saya setiap hujung bulan. Saya memang suka produk di atas. Wangi lantai ku. Bersih tandasku. Lincin dapur ku. Kilat sinki ku. Ewahh …..

Terakhir , Review Semua Produk Attack.

kao page 3

Produk dari Attack. Siapa tak pernah nampak tu tipulaaaaaa ….Saya kalau basuh baju sekolah akan gunakan Attack Ultra Power ( botol biru ) dan kalau cadar , tuala suka guna Attcak Detergent dan Softener tu. Wangi je baunya. Jika basuh kasut sekolah guna sabun serbuk. Haaa tu lah rahsia ibu ibu mencuci baju dan kasut sekolah supaya putih melepak dan bau harum. Sampai makcik sebelah rumah pun tergoda.

Kalau rajin jom layari website Kao. Mereka menyediakan ” Parenthood Guidebook ” di sana mereka akan memecahkan rahsia yang bertajuk ” The Secret to My Modern Parenthood ” Sebanyak 12 topik berkenaan homecare dari Jepun akan di bincangkan untuk memahami tentang bayi , pentingnya tentang fatherhood , bajet keluarga , persekitaran rumah bersih , barangan untuk kebersihatan dan testimoni , tips dari doktor , ibu bapa , pakar berkenaan topik dan lain lain.

KLIK LINK UNTUK INFO -> THE SECRET TO MY MODERN PARENTHOOD

Okay … tak sabar nak dengar pasal contest kan ?

  • KAO sedang menjalankan contest bertajuk [ PARENTHOOD HOME MAKEOVER ]
  • Hadiah di tawarkan adalah sebanyak RM30,000 ubah suai rumah dan tajaan produk KAO. Cara untuk menang hadiah di atas , belilah produk Magiclean / Attack sebanyak RM38 dalam satu resit dan minimum 1 pack diapers Merries.
  • Contest akan berlangsung dari 2 Mei Hingga 31 Julai 2016. Jangan terlambat.
  • Klik link ini untuk mengetahui cara lebih lanjut untuk menyertai contest ini
  • LINK -> contest : PARENTHOOD MAKEOVE

parenthood

KAO juga sedang mengadakan event dengan promosi menarik di Ground Floor Centre Court (Old Wing) 1 Utama dari 13 – 17 July. Jangan lepaskan promosi hebat ini.

Lihat Jadual di bawah. Kalau korang berada di tempat berdekatan jangan lepaskan. Best ….

Jadual di bawah : 

kao event

Terima kasih kerana membaca

Love

Puanbee

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

8 Comments

  1. Mak oiii…..pengguna tegar product Kao ni…SA pun guna Kao Attack sebab dia membersih sebersih- bersihnya…memang sesuai cuci baju sekolah…

  2. semua brand akak gtau tu sy xpenah pakai…maybe boleh guna utk akan datang nak beli nanti..hehe

  3. dulu sukalah pakai. laa ni guna brand lain. taoi attact powder dan liquid tu memang best. baju bau wangi jer..

  4. produk KAO mmg otai…

    bee. tudung putih baju putih lebam2 tu mau hilang tak guna Attack ultra power tu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *