Resepi Sup Makaroni cara kita.

Sekarang ni ada banyak benda yang saya teringin nak makan , ada dua tiga jenis makanan yang asyik berlegar dalam kepala , teringat dan terliur bila mengenangkan pada satu-satu masa. Antaranya ialah sup makaroni ni. Teringat sebab dulu pernah pergi makan di jamuan hari lahir anak seorang kawan. Teringat-ingat sebab tu la saya buat. Biasa makaroni saya akan gunakan kuah dalam tin tu jek. Tak suka makan dengan cara lain. Tapi entah kenapa nak makan jenis sup pula. He he he ehem~

Anak-anak kalau makan makanan yang jarang ibu masak tetapi sedap , tak habis2 puji kalau nak bayangkan macam mana .. boleh bayangkan belon kena pam , dan saya akan jadi belon yang sangat-sangat besar. Hik2

sup makaroni

Jadinya resepi ni saya buat dengan cara saya la .. Ada seorang kawan tengah mengandung minta share resepi sup makaroni ni. Kalau tak malas nak update dalam blog. Alaa sup biasa-biasa jek , siapa-siapa pun boleh buat malahan akan lebih sedap dari saya masak mungkin.

Ok teruskan kepada resepi sup makaroni.

Bahan-bahan

  1. Telur 2 biji
  2. Udang segemgam
  3. Sotong segemgam
  4. Sayur (boleh letak macam-macam jenis sayur , kubis , karot ,sawi cina .. Pilih yang mana sesuai , jika sayur jenis cepat masak masukkan sebelum angkat selama 2 minit saja. Untuk karot masuk awal2 pun takpe.)
  5. Bawang putih 5 ulang.
  6. Bawang besar merah 1 biji
  7. Bawang bombay 3 biji
  8. Halia seinci
  9. Daun sup untuk hiasan
  10. Cili burung 5 biji
  11. Sedikit minya ( 5 sudu makan untuk tumis )
  12. Sedikit lada sulah

Caranya

  1. Tumis ketiga2 jenis bawang + cili burung + Halia sehingga naik bau atau layu.
  2. Masukkan 2 biji telur yang telah di buka di dalam mangkuk , goreng sedikit telur tersebut , jangan biarkan sampai hancur. Ala-ala macam telur dalam kuew teaw ladna.
  3. Masukkan air secukupnya. Saya masak di dalam kuali , lupa pula sukatan nya masukan sampai penuh kuali , kuali saiz sederhana.
  4. Rebus sehingga mendidih dengan api perlahan.
  5. Masukkan sayur yang susah layu dahulu. Sotong dan udang.
  6. Masukan lada sulah + garam + serbuk pati ayam ( kalau suka ) secukup rasa.
  7. Rebus sehingga isinya masak.
  8. Masukkan sayur yang senang layu.
  9. Masukkan daun sup jika suka.

Angkat dan hidangkan dengan makaroni.

Penyediaan Makaroni.

  1. 500G makaroni rebus dengan 2 sudu minyak.
  2. Toskan dan siram kan air sejuk.
  3. Letak asing dari kuah , nak makan baru masukkan agar makaroni tak kembang dan melekat.

Orang dalam pantang , mahupun budak-budak boleh makan ni , cuma kurangkan cili jek atau tak letak cili langsung. Nyumm ..

~ Minta maaf share gambar kelmarin sampai buat orang mengidam .. Rasa bersalah pula. Lepas tu teringin ikan masak piandang pula. He2

Jom tengok resepi saya yang lepas.

  1. Resepi : Kerabu pegaga + sotong kurita cara mudah
  2. Resepi Ayam Bakar Aroma Serai Untuk Keluarga

Comments

  1. perghhh menyelerakan lah..nk try nnti klo jd sya buat entry ok..haha

  2. hai kak wahhhh best nya

  3. Jarang sekali saya makan makaroni kecuali makaroni bakar. itupun kawan yang kasi.

  4. MaMa3HerOO :

    wah..sedapnyer bee..nanti nak try..bese wat makaroni grg je..sup x pnah lg..

  5. Saya suka sup makaroni ini. Dulu ibu saya selalu buat tetapi kosong sahaja.

  6. sedapnya. nanti kalau ada aktiviti blogger bolehlah bawak sekali untuk direview.

    spagetti carbonara pandai buat?? haha

  7. ada udang dan sotong, bukan peminat makaroni pun pun boleh naik selera ni.

  8. sup makaroni salah satu masakan kesukaan anak saya.. 🙂

  9. teringinn nak cobaa… nis x pernah masak makaroni sup

    ehem! ada apa2kah teringin2 ni bee? 😉 jeng3x~….

  10. Sedap jugak nampak.. babies pun boleh makan ni kan?

Speak Your Mind

*