Resepi Sup Ketam & Khasiat ketam

Sup ketam yang sedap , tapi tak ramai yang suka buat sup ketam kan ? biasa ketam kita akan buat masak cili atau ketam masak lomak cili padi betul tak ? Tetapi sup ketam boleh tahan sedap nya , jika kena cara nya .. Tetapi sebelum buat sup ketam. Pilih ketam yang segar , kalau ketam tu dah 2-3 hari memang tak sedap .. ada sedikit hanyir. Ketam pula ada banyak jenis. Orang kata ketam batu tu paling mujarab untuk demam denggi. Tetapi saya gunakan ketam biasa je untuk di jadikan penawar demam. Boleh kebah demam lepas kena semangkuk sup ketam.

resepi sup ketam

Resepi Sup Ketam Cara Puanbee.

  1. Ketam
  2. 5batang serai
  3. 5 Ulas bawang putih
  4. 5 Ulas bawang merah kecil (bawang merah india sedap sikit)
  5. Sedikit halia
  6. Sedikit lada hitam
  7. Daun sup
  8. sedikit minyak (2 sudu besar)
  9. 2 biji cili kering di belah dua
  10. air secukupnya

(Boleh tambah sayur – sayuran lain , contoh cendawan , karet , batang seleri )

Cara – caranya 

  • Tumis bawang merah , bawang  putih , halia , serai ,  cili kering , sehingga naik bau.
  • Masukkan air secukupnya.
  • Masukkan ketam dan lada hitam.
  • Renehkan dengan api perlahan. (jika hendak masukkan cendawan , masukkan sekali )
  • Ternampak air melegak dan ketam masak , boleh masukkan sayur lain. Perasakan dengan garam .. takde perasa lain di gunakan sbb ketam dah cukup manis nya.
  • Agak-agak sayur dah masak , boleh angkat dan tabur dengan daun sup .. hidangkan …

Info & Khasiat ketam

  • Ketam rendah kalori (hanya mengandungi sekitar 85 hingga 90 setiap 100g kalori (bergantung kepada jenis ketam))
  • Ketam di percayai boleh merawat denggi
  • Ketam tidak mengandungi lemak yang merbahaya
  • Ketam ada lemak tak tepu yang dianggap untuk jantung yang sihat
  • Ketam juga merupakan sumber semula jadi omega 3 asid lemak seperti yang di ketahui omega 3 asid lemak dapat membantu meningkatkan daya ingatan, mengurangkan mendapat serangan jantung, mengurangkan risiko KANSER dan kemungkinan membantu meningkatkan kemurungan dan kebimbangan.
  • Ketam adalah sumber vitamin A, C dan B termasuk B12 serta mineral seperti zink dan tembaga.
  • Ketam juga mempunyai beberapa kromium, yang dianggap sebagai mineral berguna jika anda mempunyai rintangan insulin, kerana ia boleh meningkatkan metabolisme gula darah.

Tips memasak ketam  :

Sebaiknya ketam di masak dengan kulit nya sekali kerana khasiat yang terkandung dalam kulit ketam tersebut.

Kalau demam-demam mula nak makan macam2 benda merapu .. haha teringat pulak masa makan ketam kulit lembut di kuala  gula  dulu (  ..abeee .. nakkkkkk ..   )

Comments

  1. Mohd hasrul :

    Bru je wife try buat sup ketam… Sbb nya sya demam x kebah tkut pulk kena denggi…mmg terbaik lh resepi nii.

  2. wife saya cuma rajin masak ketam masak lemak, sup dia belum pernah cuba. sama ada sedap atau tidak..saya tidak pernah mencubanya kerana memang tak makan ketam

  3. ketam kutu selalu buat masak sambal je..kadang2 goreng kunyit n tomyam..sup tak penah buat lg..msk lemak jarang buat sbb kutu nie tak msk guna santan selalunya. klu kari pun tak boh santan..

    pregnant nie klu org msk semua sedap..sup ketam pun bedal jer klu org masakkan..hoho

  4. slalu mkn masak lemak jer…huhu

  5. Melastik Bintang :

    meleleh air liur MB tengok sup ketam…

    dah lama tak pekena sup ketam mak MB..

  6. MDHAFiZ.NET :

    lama sy x jenguk blog. langkah kanan lh sy hari nih.. hehehe. .
    x pernah lg makan sup ketam. kt tempat sy famous masak kicap dengan merah je.. mode baru nak aktif blogging. .baru keluar dr betapa dr gua. . 🙂

  7. tak pernah buat sup.. saya ni jenis yg allergik so mampu tengok je la

  8. ciktom xblh mkn byk ketam..alergikk

  9. inilah untungnya orang yang pandai masak dan tak lokek ilmu untuk dikongsi bersama…hehe..serius tak pernah makan lagi sup ketam..paling terik pun makan gulai kuning jer..kalau tak wak biasa2 jer dengan rebus dan ratah mcm tu jer..

  10. hmmm…tk suka sgt makan ketam….malas nk kupas kulit….hik3

  11. feveret kami sekeluarga tu…td baru ayah beli ketam..blm masak lg..nnti nk masak sup la..TQSM 4 sharing…

  12. carnationbeauty :

    wah, mmg meleleh tengok adik ni makan. sampai semangkuk…

  13. ketam memang sedapppppp..hari-hari makan pun tak apa..

  14. sup ketam memang sedap.. wangi dan isinya manis. memang berselera makan.

  15. tapi puanbee..bagi yang ada alergi atau pantang mesti terliur punyalaa..hehe

  16. orang lama kata…ketam yang betul-betul segar adalah ketam bunga, warnanya seperti sedikit ungu…tapi mahal tu….sangat mujarab apabila membuat sup ketam untuk denggi…memang sedap huhu…

  17. sedapnya tgk ketam2 tu.. hehe.. lama tak makan ketam..

  18. huiii…dap dap nye….

    ketam..!

    🙂

  19. bee ummi memang suka sup ketam, sedap ratah ketam tu bila buat sup!

  20. saya x pernah lagi pekena sup ketam ni puanbee

  21. Nampak menyelerakan. Hirup kuat sup tu panas2 masa demam mesti berpeluh, lepas tu terus lega. Tapi saya tak pernah lagi la demam makan sup ketam ni kak. Hehe

  22. sup ketam memang sodap, bila kurang lemak memang makan banyaklah jawapnya.

  23. Mama3hero.com :

    Bee nampak cm sedap je tu..he3..lagi 1 kan khasiat ketam kalo di buat sup ni bleh merawat penyakit tekanan darah rendah..ade terbaca dalam mastika dulu..

  24. Myra penah makan sup ketam masa adik kena Denggi..
    Sedap rupanya 🙂

    Memang banyak khasiat sup ketam ni 😀

  25. Bee… ketam batu mana boleh makan. hidup 2 alam.
    Tapi tiak tahulah kalau ada fatwa yang membenarkan..

    pernah masa di Tanzania, order ketam. Baba Afrika tu
    bawa ketam batu kerumah siap potongkan lagi. dah stgh jam
    pun masih gerak. tak sampai hati nak makan.. hik3

    • nora tu lah bee was2 dengan ketam batu ni , ketam hitam yg duk di kawasan nipah kan ? sbb pernah nampak di dalam tv .. tak tau lah .. bee makan ketam biasa jek ..

  26. Belum pernah cuba. Kalau sebelum ini makan ketam goreng sahaja. Ada yang mengatakan ia baik untuk merawat demam denggi.

Speak Your Mind

*