Resepi : Sup Kaki Ayam Istimewa

Hari-hari keyword resepi sup kaki ayam menyinggah di blog puanbee.com , walaupun sebenarnya resepi tersebut tak ada , yang ada cumalah entri ringkas mengenai cakap-cakap orang tua disini , diorang cakap .. kalau anak lambat berjalan elok di beri makan sup kaki ayam setiap hari. Tak tahu betul atau tidak… Sebenarnya sup kaki ayam ni selalu sangat saya buat , seminggu sekali mesti buat. Sebab anak-anak suka.. tak makan dengan nasi , hirup sup macam tu je.

Korang suka ? geli dengan kaki ayam ke macam mana ?

resepi sup kaki ayam

Untuk resepi sup kaki ayam versi saya.Sila sediakan beberapa bahan yang mudah di dapati.

  1. Sup bunjut
  2. Kaki ayam secukupnya
  3. Kulit kayu manis
  4. Air
  5. Bawang merah kecik , bawang putih , halia
  6. Garam dan perasa sesuka hati
  7. Daun sup , bawang goreng , daun bawang (untuk hiasan dan penambah perisa)

*Selain bahan di atas korang boleh tambahkan pelbagai jenis sayuran lain , contoh ubi kentang , lobak merah , cendawan , saderi atau kurma merah ikut citrasa korang. Kadang-kadang tengok apa yang ada di dapur masukkan saja.

Cara nak masak sup kaki ayam simple saja. Yang penting kawal api dan reneh sup dengan api perlahan dan lama sedikit. Sebab bagi saya , kaki ayam tak sedap kalau masak cepat-cepat ok.

  1. Masukkan kaki ayam , sup bunjut , bawang merah kecil , halia , bawang putih , kulit kayu manis dan air hingga tenggelamkan kaki ayam tersebut . (jika suka boleh tambah kan sesudu rempah sup adabi , tetapi dalam gambar di atas sup jenis kosong tanpa rempah sup )
  2. Reneh dengan api perlahan , sehingga melegak dan kaki ayam kelihatan lembut atau mengelupas. Jika air telah kering tambah lagi.
  3. Jika hendak masukkan sayur , pastikan sup telah lama direneh , kemudian masukkan sayur dan reneh sekejap mengikut jenis sayur. Takut sayur terlebih masak pula kan..
  4. Masukkan garam , perasa dan daun sup serta daun bawang.
  5. Semasa hendak hidangkan tabur bawang goreng.

Dan dah siap , tak perlu tumis dengan minyak , sebab kaki ayam tu dah berlemak. Elakkan guna periuk jenis stainless steel yang nipis tu , sebabnya kaki ayam tu akan rasa pelik dan bewarna hitam. Lebih sedap jika di masak menggunakan periuk tanah.

Selamat mencuba πŸ™‚

10 Pilihan Resepi :

  1. Resepi wantan supΒ 
  2. Resepi lempeng tepung kastard dan kismis
  3. Resepi mee rebus tulang
  4. Resepi popia basah
  5. Tips buat sambal belacan sedap
  6. Bubur nasi segera faiza herba ponny
  7. Resepi sotong goreng kunyit
  8. Resepi puding jagung berkuah laici
  9. Cara buat pop corn dirumah
  10. Resepi Cendawan Goreng & Tips Goreng Cendawan Agar Ranggup

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

39 Comments:

  1. nis suke kaki ayam dah lembut lunyai2 tu… masukkan dlm pressure cooker…. pehhh….

    bihun sup kaki ayam pun sedap kan bee

  2. biasalah kan. masa puasa ni, resepi ni memang paling ramai orang cari.

  3. suka makan kaki ayam yang lembut.. hisap jer sudah bercerai isi dan tulang..

  4. My fav….Oo kena masak guna periuk tanah eh…boleh ke guna periuk tanah atas dapur gas?

  5. kepada yang suka makan kaki ayam dan juga peminat sup, memang boleh cuba resepi ni

  6. saya suka kaki ayam, besok mau mempraktekkan resep ini
    terima kasih πŸ™‚

  7. Pingback: Sup Herba Funggus Hitam , Kurma dan Ayam | Puanbee.com

  8. Maaf saya tidak makan kaki Ayam tetapi sesetengah orang suka.

  9. aduh…sedapnya…favourite nie..lama dah tak pekena…tambah2 bulan puasa mcm nie kan..huhu

  10. sedapppppppppp! sampai hingga menggigit tulang! haha aihh lapar pulak baca entri resepi ni πŸ˜›

  11. Emm sedap makan cicah roti..suka sgt mkan mcm tu..time duduk saje suruh isteri buat sup kaki ayam pah tu cicah roti sambil tengok tv…haha..

  12. Dulu2 masa kecik2 suka berkaki ayam main game
    lagi2 bila lari percut 100m. ini pasal mak suka buat
    sup kaki ayam kot.. har3

  13. cikgu aku cakap dulu, nak lari laju dalam 100meter, makan sup kaki ayam..balik rumah..hari-hari aku minta mak aku buatkan. haha..

  14. suka jgk sup kaki ayam, hirup kuahnya je.

  15. huhu.. Sya tak suka makan kaki ayam. Mak suka lah. πŸ˜€ Salam Ramadhan, PB.

  16. jrg2 sy mkn kaki ayam ni..hehe

  17. time puasa mcm ni mana lh nak pilih makanan.. apa ja yg ada atas meja itu lah jd makanan.. kaki ayam pun kaki ayam lah.. sedaap apa.. hehehe.. πŸ™‚

  18. kaki ayam sup ni cicah sos gitu je pun sodap.

  19. akak memang suka sangat2 cuma malas nak masak jer πŸ˜€

  20. Myra selalu kaki ayam buat goreng rempah, kalau sup tak berapa jalan…heheee

  21. Sedap ni sup kaki ayam… Kalau panas2 lagi bertambah sedap… Lambat lagi nak berbuka ni kak.. adeh…

  22. wah..sup kaki ayam..lama dah tak makan ni..

  23. Tak per nah makan kaki ayam… takut nak try…hehehe

  24. bulan pose ni… tengok sup kaki ayam pun boleh meleleh air liur

  25. kak mia kurang minat skit dengan kaki ayam ni…. heheheh… tapi memang sedap makan sup ni waktu panas2..

  26. Sekali sekala layan gak menu ni..hehe..

  27. saya suka! tapi, xleh mkn banyak…
    kalo goreng, haaaaa… banyak saya bleh makan πŸ™‚

  28. Ibu Mifzal Arsyad

    akak x makan kaki ayam…tp leh tukar nga ayam or daging kan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *