Resepi Sagu Laici Ala koktail

Resepi Sagu laici ala coktail ni mendapat permintaan dari kawan lama yang 3 tahun tak jumpa , tiba-tiba terjumpa di facebook , dia kata “bila tengok muka lu teringat sagu laici” heh! ggrr ?

Malam tu dah alang-alang bagi resepi pada kawan tu di facebook , air liur terasa kecur terbayang-bayang sagu laici dan teringin nak makan pula. Malam tu juga migrain melampau-lampau , malam tu jugak lah beli lapik meja baru konon-konon nak kurangkan stress yang menyebabkan migrain , dan malam tu juga terima call yang menyatakan kay di masukkan ke ward. Kay dan saya tak sempat makan Β (siap masak ambik gambar dulu , sebab tu tak sempat πŸ™‚ ), terus buang je sebab basi.. anak-anak sempat lah juga merasa. Sedih .. tengok gambar ni habis semua teringat balik.

Apa pun sekarang puanbee dah kembali ceria. Blog ni akan di ceriakan semula .

resepi sagu laici atau resepi puding laici

Di hari isnin yang monday blues untuk korang ni mari menjamu mata dengan resepi puding laici ala coktail ni , nanti lepas balik kerja boleh cuba-cuba buat. Ringkas saja pun … anak2 15 tahun tu dah boleh buat dah .. hehe ..

Bahan-bahan yang perlu ada :

  1. Laici tin
  2. Susu Cair
  3. Gula merah , gula melaka , gula nira (Pilih lah mana suka)
  4. Sagu
  5. Daun pandan

Cara masak sagu .

Part paling susah lah sikit , bagi saya ialah mendapatkan sagu yang betul-betul masak tanpa ada kelihatan putih-putih tu .. itu dulu .. sekarang saya guna cara paling senang iaitu ….

Basuh sagu dan rendam dalam 20 minit. Toskan dan kukus sampai masak… jika guna periuk kena kacau tanpa henti , baru sagu tak hangus. Leceh sikit lah .

Untuk kuah laici.

Senang saja , sukatan .. i tin susu bersamaan 1 tin laici , kalau rasa nak buat banyak tambah lah lagi … campurkan susu dan laici beserta air dalam periuk , panaskan dengan api perlahan … sehingga panas , tetapi bukan melegak ye ..

Kemudian guna periuk asing dan masak gula merah campur sedikit daun pandan tersebut untuk di letak kan di atas sagu semasa hendak di hidangkan. Sebenarnya kuah tu dah manis , jadi tak perlu letak banyak gula , sekadar hiasan saja.

Cadangan hidangan sagu laici yang sedap adalah setelah di letak di dalam peti sejuk dulu. Semasa cuaca panas tu elok sangat pekena sagu laici sejuk. Hurmmm .. saya terliur lagi .. nak kena buat kali ke dua..

P/S : Orang dlm pantang tak boleh cuba makan sejuk kata mak saya … layan ..

23 Comments

  1. yulia 28 April 2016 Reply
  2. Hafizul 29 October 2012 Reply
  3. akubiomed 19 October 2012 Reply
  4. Nadot 16 October 2012 Reply
  5. Jebeng Otaiβ„’ 16 October 2012 Reply
  6. Puan Bardboo 15 October 2012 Reply
  7. Qaseh Gifts 15 October 2012 Reply
  8. Ummi Hanie 15 October 2012 Reply
  9. Amar 15 October 2012 Reply
  10. Denaihati 15 October 2012 Reply
  11. saya cantik manis hehe 15 October 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 15 October 2012 Reply
  12. Rabiatul Adawiyah 15 October 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 15 October 2012 Reply
  13. CMRatu 15 October 2012 Reply
  14. Azie 15 October 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 15 October 2012 Reply
  15. Bro Framestone 15 October 2012 Reply
  16. mia liana 15 October 2012 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.