Resepi : Roti John Untuk Sarapan

Assalamualaikum dan hai hai hai .. Kali ni nak share resepi roti john paling senang nak buat di rumah. Guna bahan yang tersedia di rumah je. Tak payah nak ke kedai semata-mata nak buat roti john. Walaubagaimana pun boleh je tambah bahan lain seperti cheese , daging atau ayam. Tambah cheese jadi lah roti john cheese , tambah ayam jadi lah roti john ayam kannn .. dan begitulah seterusnya.. Lain kali kita tambah udang jadi roti john special udang pula. Tak begitu cik jah ?

Bahan – bahan untuk buat roti john :

  • ROTI SOSEJ : Jenis panjang tu ada 2 size kan , belilah yang muat kuali. Tak muat pun boleh potong. Nak guna roti biasa tu pun boleh je.
  • Bahan untuk inti : 6 biji telur ,  bawang besar potong dadu , telur , lada hitam dan garam.
  • Bahan untuk sayuran : kubis / salad dan bawang besar di potong dadu
  • Minyak atau metega untuk tumis. Ada mentega sedap sikit lah.

cara-buat-roti-john-telurCaranya : Pecahkan telur , masukkan lada hitam , garam , bawang merah dan kacau. Sukatan ada dalam gambar. Saya  main letak je . Rasa ok tak masin sangat dan tak pedas lada sangat sesuai untuk anak-anak , kalau suka lada hitam banyak boleh tambah lagi. Kalau nak tambah ayam atau daging boleh tabah , pastikan di kisar halus , nanti tak masak. Kalau suka boleh juga rebus atau tumis ayam dan daging dulu baru masukkan ke dalam adunan telur. Saya tak guna pak aji ye. Belah roti tetapi tak putus , macam biasa orang jual roti john buat tu.
roti-john-telur

Panaskan minyak , sikit je …  ambil sesenduk inti tadi tuangkan atas kuali biarkan masak sekeap , letakkan roti d atas telur.Boleh rujuk gambar di atas. Cara nak tekap tu. Kalau nak guna mentega masa ni ye . Letakkan mentega dan balik balikkan roti tersebut. Mentega sikit je , agak-agak lah ye.

cara-buat-roti-john-di-rumah

Ada orang letak sayur kemudian tuang sos dan mayonis kan ? tetapi saya gaul sayur dengan mayonis dan sos siap-siap. Bila roti john tadi dah masak. Angkat dan sejukkan sekejap terus letakkan sayur dan siap. Anak boleh makan terus. Dalam gambar saya gunaka kubis dan salad. Adunan telur saya ni boleh buat sebanyak 10 keping roti john. Banyak tak ?

Hah itu sahaja lah resepi paling mudah boleh di buat semasa sarapan atau pun semasa minum petang. Yang penting JIMAT. Anak saya memang suka makan. Lagi-lagi apa yang ibunya masak. Terharu mak ..

Please follow and like us:
follow subscribe - Resepi : Roti John Untuk Sarapan0

15 Comments

  • Wan Syahida

    28/10/2016 at 8:58 AM Reply

    Senang je rupanya.. cuma rajin tak rajin je. Heheh

  • akubiomed

    23/10/2016 at 9:41 PM Reply

    Buat sendiri roti john boleh letak bahan-bahan lebih sikit. Baru best. 🙂

  • galut

    22/10/2016 at 10:38 PM Reply

    Anak-anak saya pun suka ni roti John,nak cuba buat ikut resepi puanbee……

  • cik tom

    21/10/2016 at 11:19 PM Reply

    akak..comelnye header..buat sendiri ke tempah?

    • puanbee

      22/10/2016 at 12:18 AM Reply

      lama dah dulu tempah … 4 thn lepas rasanya , masa tu syamim blm lahir tp dah buat gambar 4 anak he3

  • Ummi Hanie a.k.a. Nis Azmier

    21/10/2016 at 6:59 PM Reply

    senang jer kan…

    serius nis tak pernah buat.. haha

    • puanbee

      22/10/2016 at 12:18 AM Reply

      buat le , ank puji tk habis2 ..segan pulak rasanya kih2

  • nurul fatin adiana

    21/10/2016 at 5:52 PM Reply

    simple je resepi, sng nk buat …tambah daging cincang lagi marvelous neh

    • puanbee

      22/10/2016 at 12:19 AM Reply

      ya betul tu , kalau ada daging cincang lg rasa chewy2 daging tu .. ermm sedap sikit nguyah … tp tkde malanya malas pergi pasar lah skrg ni .. asyik beli ayam dgn telur jekk

  • seri nian

    21/10/2016 at 2:15 PM Reply

    best bila anak2 mula pandai makan dan minta, ummi mesti kene google nak buat pula…hihi

    • puanbee

      22/10/2016 at 12:20 AM Reply

      haishh mcm2 makanan depa suka , yg kampung , yg bandar .sushi pun pandai makan ..

  • raihanah

    21/10/2016 at 8:50 AM Reply

    sedapnya roti john

    • puanbee

      22/10/2016 at 12:20 AM Reply

      feveret anak kak , detox tk sesuai hehehee

  • cik tom

    21/10/2016 at 12:34 AM Reply

    nampak sedap wlpn simple..ciktom pun suka buat roti john sendiri..sodap pun sodap.. boleh makan banyak2..kalau beli kat luar mahal..kebersihan tu kdg2 nmpk kurang sikit..lagi bagus masak sendiri..

    • puanbee

      22/10/2016 at 12:21 AM Reply

      penting , dapat banyak dan puas makan ..kira bajet buat dgn bajet beli lebih kurang je .. tp tahap kenyang tu yg lain

Post a Comment