Resepi : Puding roti Dan Sos Kastard

Puding roti pula , seperti biasa resepi yang datangnya dari puanbee mesti berkaler-kaler , anak-anak suka makanan yang ada kaler sikit , kalau kaler tak menarik diorang kurang makan. Oh anak saya ni susah sikit nak makan kecuali husna lah ye. Resepi puding roti ni adalah resepi yang terilham secara spontan. Datang mood rajin terus pergi buat. Sambil-sambil tunggu tu sempat juga tulis dalam note dekat fon , sambil doa kalau jadi boleh tulis di blog. Nasib jadi…

resepi puding roti

Bahan-bahan yang harus ada

Telur 2 biji
5 keping roti
2 Cawan susu segar (susu dalam kotak)
1/4 Cawan gula (gunakan cawan yang sama sukat susu)
Pewarna hijau sikit sahaja
esen pandan
2 sudu marjerin di cairkan terlebih dahulu.
Coklate rice untuk hiasan

Cara buat puding roti

  • Masukkan marjerin dalam mangkuk dan cairkan di dalam oven
  • Carikkan roti ke dalam dulang pembakar atau orang panggil pelengat.
  • Kacau telur + gula + susu + dan esen pandan biar rata.
  • Tuangkan ke atas dulang.
  • Titikkan warna hijau sedikit
  • Angkat marjerin yang tengah panas tadi tuangkan ke atas roti. Suka hati lah nak ratakan macam mana.
  • Dan bakar suhu dalam 180-200 selama lebih kurang 20-30 minit , kalau nak perang lama kan sedikit .. tak nak perang kurangkan masa membakar sedikit. Yang pasti , sila cek di bahagian tengah guna sudu atau pisau kalau nak tengok puding tu dah masak atau belum.

puding roti

Dah masak sila tabur kan choclate rice sesuka hati nak letak banyak mana.

Untuk buat sos kastard nya pula. Puding roti tu dah manis , so untuk sos nya saya tak nak manis , nak ada rasa lembut je .. so saya tak gunakan susu tin. Saya guna susu segar juga .

Masukkan susu segar dalam secawan ke dalam periuk , kacau satu sudu tepung kastard dengan air , campurkan 1 sudu gula , kacau atas api perlahan sehingga pekat . Dan sedia untuk di tuang atas puding roti.

Nak tengok kepekatan nya macam mana , secawan susu akan tinggal setengah cawan apabila telah masak.

resepi puding roti

Gambar di atas di ambil ketika puding roti masih panas , tetapi jika sejuk ianya lebih sedap .. dan nampak lebih keras , tapi lembut di dalam .. lincin je..

Kena buat lagi untuk si suami pula , hari tu buat dia tak de ..

Comments

  1. bee kak sun x pnah lg rasa puding roti sos kastard ni..nmpak cm sedap je..nk try buat..oven xde ..fiu fiu fiu…he3..

  2. rajin dan kreatif mung bee…

    nis ni dari sehari ke sehari nk buat puding karamel roti mcm dlm blog kak jie tu, tp mood melayanggg… arini plak pening2 mcm nk kena selsema tu… alhmdllh ptg ni dah ok

    • bee hari2 pening haa.. bee selalu buat makanan sampingan ni lepas berbuka puasa , bukan sebelum .. ntah lah tk larat nak masak time puasa , nak ke sana ke sini lagi ..

  3. tak pernah makan

  4. bukan anak2 je yg suka ni, kita pun boleh kasi licin.

  5. entahla. aku tak reti makan kastard2 nih. hehe..

  6. Suka tabur kismis dgn badam hiris diatas..

    si una ler tuh yg habiskan ke Bee? hik3

  7. mia liana :

    wahhhh sedapnya… tergodanya…. nak2 bulan puasa ni…..

  8. Serius….tengok puding ni waktu ni rasa nak pitam jer….waaaa dugaan…apa-apa pun menarik.cara buat pun senang…

  9. ermmm boleh meleleh juga air liur ptg2 nie hehehe…:)

  10. Tu dia rajinnya. Tentu anak-anak suka. 🙂

  11. Ibu Mifzal Arsyad :

    adeh…terliur la plak..

  12. Perghh.. Terliur melihat gambar-gambar ni! Benar-benar dugaan ni! 😀

Speak Your Mind

*